BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 27, 2009

BBQ sesama sanak saudara di Mambau pada raya ke 5

Pada mlm raya ke lima, rumah kami menganjurkan majlis berbeku. Saudara mara blah mak dan ayah datang dari petang membantu proses mengemas, menyedia bahan mentah dan membakar. Rumah terbuka dan tertutup ni tuk kaum family dlm n9...yg jauh tu tp dkt dpt la dtg...kwn2 rapat adik2 dan jiran...idea nih timbul mse bergurau sesama Mak Chik Zamah mlm mak kluar hospital semalam...bnda tak rancang betul2 pn... Tp esok hari tu jadi gak BBQ...huhu...





  • Operasi menghidupkan api....Tugas Pak Chik Farid, Idam, Anip dan aku...Kasi bakar besar2....Muahahaha....!!








  • Operasi di dapur sblm perempuan melayu terakhir yg lain sampai...Mase ni Awe dan Mak Chik Dayang je ade kt dapur..Mak Chik Zamah kt dpn.






  • Operasi memulakan bakar ikan2, ayam, sosej dan prepare meja buffet...








  • Ayam yg mula2 aku bakar...baru siap satu meja...ade spagetti, nasi impit, laksa dan buah2an...






  • Operasi makan2...semua jamu selera. ambil sendiri. Ade awekz junior aku dlu, kwn adik aku, dh lawa2 dah...dorg igt aku tp aku je tak igt dorg...ampun...yg lelaki aku igt lg sbb aku ade jumpe dorg lg...







  • Adik mak, Pak Chik Din dan ayah mmg gila2 zaman bujang dorg..sampai tua pn sama lg...











  • Pak Chik Farid dan Mak Chik Zamah yg awal sampai pada hari tu.





  • Ikan talapia bakar yg tgh tunggu turn untuk dilapah...








  • Kucing aku, Mokdek yg tak lupe nak buat aku kabut sikit...Ko jgn curi ikan tu!






  • Si bujang dan si dara menjamu selera di ruang tamu...








  •  Mkn kt luar la...dpt duduk bersila sambil ambil angin...huhu...






  •  Pak Chik Tapa mencapai mknn lagi...Pak Andak Din dan mak melihat dgn sabar dan sedih sbb diorg berpantang mkn byk..sakit mcm2.. Pak Chik tu pn same gak tu...buat2 lupe..bg la yg kecik tu habiskan...hehe...




  •  Kawan2 Jaja, selaku budak bawahan aku mse sekolah dlu...apis, amri, amad, fizi, norsham, rabiatul, dan yg lain2 tu jgn kecik ati...aku igt korg...byk plak nk tulis nnt..





  •  Sepupu aku yg masih bersekolah...Semangat badan ko, Haikal!







  •  Maaf la korg mkn kt blkg kerusi...aku pn tak perasan...sian korg...






  • Ni lg 2 org...Iwan, Along...mkn kt dpn tu...jgn tgk tv plak kt sini... join kwn yg lain tu..






  •  Sampai masa tuk angkat kaki pulang...dah kenyang dah...Maaf Pok Ngah...hehe...





Selesai progam mlm tu...ape lg...letih la ktorg membasuh pinggan mangkuk dan mcm2 tu...nasib aku ade adik beradik ramai yg saiz pn ehem2...haha...selesai...tujuan program ni nk eratkan silaturrahim dan bg peluang yg muda2 nih bersosial sesama dorg...tak cukup dgn hp je bai...k..

Beraya di hospital selama 4 hari

Al kisah di malam raya pertama. Mak biskot dimasukkan ke wad akibat darah tinggi dan kehabisan ubat.
Pukul 1 pagi dimasukkkn ke Hospital Tunku Ja'afar, Seremban. BP 220/105 dan gula 11..

Raya kedua, keluarga aku tidak beraya seperti org lain. Kami melawat hospital. Pagi2 lg aku dh bangun pergi hospital hantar makanan dan pakaian (tak tau lg mak pakai baju hijau dah). Aku dgn Idam je. Yg pompuan masak pg td. Ayah plak dh tdo. Jaga mak sampai pagi.

Pagi ni bacaan BP mak turun tp tghri naik blk. So, tak bleh kluar. Tarak stabil lg.
Sepanjang hari aku tak keluar ke mana2. 4 kali sehari aku drive ke hospital. Mungkin mak tension aku drive mlm raya tu atau sbb aku tak habis blaja lg tuk tlg die jaga adik...mungkin. Bersalah gak aku.

Kesian mak. Lagi naik tekanan darah die. Nak rasuah nurse yg ambil BP tu la..Lagi lama, dlm wad, lg tinggi BP mcm nih..tak faham2 la doktor nih...kejap ckp dh bleh kuar, kejap tak jd. Nnt cucu nak raya kt rumah laa.. Hehe...mne taknye, darah mak naik 190...cane nk kluar...170 tiba2 turun 135...pastu naik 185..pehh...tak tau la mak pk ape. Dah la dpt wad kls ketiga. Selayakknye wad 1 tp sbb raya, gerenti leter online pn tak update. Pengetua cal kerani. Dh dpt, wad plak tak kosong. Akhirnya keluar pn masih wad kls tiga. Berpeluh mak. Panas. Kipas mmg laju tu je. Tak bleh laju lg...Kejap je mak basah...mmg naik lg BP...

Kata mak die tido je. Aku pn urut mak aku...balasannnye, aku mkn mknn hospital. Tawar. Takde garam langsung! Sedih rasanye hati mak. Beraya dlm hospital. Mesti bosan dan risau. Aku terbayang perasaan aku duduk wad 3 hari mase kemalangan dulu. Bosannye...lg sakit2 badan...

Mungkin ade hikmahnye...Allah nk bg mak rehat sbb wat lemang dan rendang byk sgt sblm raya ari tu. Kawan2 sekolah mak tempah...Selain tu, nk jimat duit myk kuar beraya. Nasib la ktorg tak berhabisan tuk beraya. Guna ape yg ade je. Barang raya tahun lepas masih elok lg.

Sanak saudara yg mendengar berita pn beraya la ke hospital. Lawat mak. Pastu, dorg ikut ktorg blk rumah. Raya kt rumah plak. Adik perempuan aku ade tuk masak menjamu dorg. Tak sedap la sedara dtg dr jauh2, tak bg mkn. Letih tu...Dah la drive nk beraya. Jln jem plak tu. Kne gak jamu dan bg rehat sket...




















  • Mak cik Zamah dan nenek lawat mak. Ramai lg dtg tp kne tggu kt bawah plak. Budak2 kecik tak bleh naik. Sorg dua je satu family bleh naik lawat pesakit sbb H1N1. Pakcik Din, Cik Yam, anak murid mak dan cikgu2 sekolah.





















  • Adik perempuan aku baru berpeluang lawat mak pada hari raya ketiga.



Akhirnya setelah merasa beraya di hospital, mak dibenarkan keluar pada sebelah petang hari raya keempat..
Baru la aku keluar raya rumah kawan pada mlm tu. Bg la mak rehat duk rumah jap...Sehat gak mak... Alhamdulillah..

Saturday, September 26, 2009

Laporan Raya Pertama

Hari raya pertama aku hampir sama turutan seperti hari raya sebelum ni. Cuma kurang rumah yang diziarahi dalam sehari dan ada bufday adik aku. Termasuk penutup hari yg lain dari selalu. Berikut adalah catatan bergambar hari pertama:





  • Bangun sblm Subuh di awal pagi raya. Mandi sunat aidilfitri dulu.  Berpakaian baju melayu lengkap.






























  • Siap semua, ikut sunnah pula, bersarapan di pagi raya puasa sebelum ke masjid.






  • Memandu ke Masjid Qariah Tmn. Rasah Jaya. Masjidnya baru di cat dan kawasan luas. Saje ke Rasah sbb Masjid Kayu Ara dan Masjid Negeri kompem penuh. Bergerak awal ke masjid untuk duduk i'tiqaf dan melaungkan takbir lebih lama... Merasa solat sunat raya di Mambau. Selalu di Kuala Pilah. Sejak nenek arwah, dh 4 thn solat di Mambau.



















  • Selepas pulang dari masjid, kami sekeluarga bermaaf-maafan sesama kami. Dimulakan dengan mak dan ayah, seterusnya adik-beradik.








  • Dah berair air mata, kami menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke 18 adik aku, Mohamad Hisham. Die ni belajar di Universiti Teknologi Petronas, UTP. Kek dan makanan sampingan semuanya buatan adik perempuan aku yang berbaju biru tu, Nor Hafizah yang baru melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam selepas bekerja selama stahun di hotel. Mase diploma dulu die ambil jurusan kulinari di UiTM Dungun. Adik yg ke4 aku, Muhammad Hanif, sama saiz dan berat dengan adik aku Idam. Tak hairan la ramai cakap dorg mcm kembar. Aku je kecik..

















  • Selesai sambutan bufday adik, ade la budak2 kecik datang rumah. Pastu kami merempuh jem di Bukit Putus untuk pulang ke kampung di Sri Menanti. Tah berapa jam dlm jem aku pn tak sedar sbb aku dgn adik leka menyanyi lagu raya. Yang pasti sejam tu mmg habis kt situ je. Ade gak 2-3 kemalangan mase tu. Oleh itu, hati2 di jalan raya semasa beraya...Nnt sshkn org lain plak. Nasib je 1 Malaysia, Melayu raya, India dan Cina jaga hospital. Dorg raya, kita plak jaga. Syukur duduk Malaysia nih.






  • Akhirnya, tiba di rumah arwah nenek blah mak, Tanjung Galau. Dlm gambar tu, blkg tu la rumah arwah. Tmpt berkumpul ramai2 dlu. Meriah. Skrg, dh tinggl. Hanya bersihkan skali sekala je. Keluarga blah mak tggl 2org je. Mak dan adik mak aku, Pak Cik Din. Mak ada 7 org adik beradik. Yg lain dah arwah bersama nenek dan datuk. Keluarga abg2 mak yg dh arwah masih lg melawat kami sekeluarga dan sekali sekala lawat kampung.

















  • Rumah kami lawat yg pertama adalah rumah adik nenek blah mak, Wan Chik yg terletak bertentangan dgn rumah arwah nenek. Rumah dorg dlm satu halaman je.








  • Pastu aku ikut Wan Chik aku ke bengkel kuih Bahulu die yg terletak tak jauh dr situ. Dorg usahakan Produk Bahulu dan Jus Rosell. Aku pernah ikut die bekerja dulu. Ramai nenek2 kg bekerja bersama di situ. Tua2 pun semangat lg.








  • Seterusnya ke Jumbang. Rumah nenek blah ayah aku yg masih ade lg. Ni rumah dulu2 nenek mase ayah aku pn kecil lg. Skang dh jd reban ayam dan stor.







  • Mase dtg Jumbang. Ramai sedara mara yg dh berkumpul dr pg dan ade yg dh pulang. Adik2 ayah sekeluarga ramai dah sampai dulu. kami sampai pn dh Asar. Penuh rumah ni dr atas ke bawah dn keluar rumah. Lepak sampai mkn mlm. Ayah ada 5 org adik-beradik dan 5-5 masih ada lg termasuk nenek. Mase aku lahir dlu pn datuk aku dh arwah.



  •  Sepupu dan nenek aku.



  • Aku pn dpt angpau sama mcm sepupu aku yg kecik tu.






  • Dpn rumah nenek blh ayah. Nasib dah ade yg blk.










  • Dah mlm, tba la mse main bunga api dan mercun. Pembukaan, sepupu aku, Shah Effendy pasang sepapan panjang mercun papan. Kami gantung pada sebatang buluh.








  • Letupan bertalu-talu memecah kesunyian malam. baru la rasa mcm raya!




  • Yang kecil2, main la bunga api.



















  • Yang besar sket main mercun. Mercun mancis, mercun roket (Thunder clap dan ade jenis lame tu...aku dh lupe dh namenye..) , mercun bola, mercun ketupat, mercun lebah (semua lari naik tangga...) , mercun bunga api (hias langit mcm bunga...cantik.) , dan mercun padi (aku letupkan kt hujung jari je)...mcm2 teknik bakar dan baling ade...baru la seronok.










  • Apsal la gambar anak Pak Andak aku je yg ade nih? Handphone aku tak cukup bateri nak ambil gambar dh. Merayau je sampai lupe nk charge..









  • Aku tak minat lg main mercun dh. Mungkin dh sedar dh tua. hehe...Bg budak2 kecik rase. Aku pantau  je sambil ambil gambar.







  • Dulu mase muda2 dlu, aku dgn sepupu aku, Shah, mmg tak lupe nk main meriam buluh, mercun roket, mercun bom yg besar gila tu...lawan dgn kampung seberang. Perang 4 penjuru. Kt tengah2 medan perang tu, ladang sawah nenek. Pehh...meriah bai. Cantik langit. Bunyi pun sambung2. Tambah, ble buat gila mse bubuh kebait byk sket. Pecah buluh tu. Nasib baik ktorg berlilit dawai. haha...

  • Tgh mlm blk Seremban. Tak jadi nk beraya ke hulu pilah sbb mak dan ayah dh kebas2 tgn dan kepala. Dah tua2 nih ade je penyakit. Mak plak ubat darah tinggi dh habis. Tp mkn mcm2 mse raya.





  • Kesudahnye, mak aku masuk wad sbb darah tinggi. Masuk air. Blood pressure 220/105...hai...penutup hari raya pertama mcm ni plak jdnye...Ingat la bg yg ambil ubat berterusan tu, top up ubat awal2 sblm raya. Bahaya lmbt topup. Pukul 1 pg masuk wad. Adoyai....Maknanya, hari ke2 dan ke 3 takde la gi tahlil kubur kt kampung...hmmm...







ok la...nnt aku cite psl raya seterusnya dan mak aku nih. Aku nak hantar adik aku blk Shah Alam hari ni. Blok lmbt post. k...daa....

Sunday, September 20, 2009

Dah siap2 nak beraya

Hahaha....aku mampu ketawa riang kerana telah selesai tugas2 iron baju raya tahun lepas. Bleh pakai lagi. Aku tanak bli baru sbb aku pose tak cukup. Esok bru balik kampung. kat cni kurang meriah. Main mercun pun tak sampai ati sbb ujan. Jiran aku pun kejap je perang. Pastu abis dah kot...huhu...Dari semalam sampai le arini, aku sekeluarga duk mengemas rumah luar dan dalam, basuh segala yang patut, masak kueh, masak kek dan macam2 termasuk lemang dan rendang untuk dijual kepada kawan2 yang order dari tgh bulan pose aritu..sempat gak berniaga ari2 last nih. Pastu aku rehat depan komputer dgn bepeluh2 tuk buka fesbuk dan blog. Sambil2 tu aku terbuka la video youtube nih...pasal bank islam. Kelakar gak aku tgk....Pasal potong2 nih...korang layan la gak. Aku pun tak buka lagi bank islam. Adik pompuan aku ade dah...ZAS!!



Hahaha...pasni pikir tuk pagi nanti nak gi solat raya kat masjid negeri atau masjid depan rumah parent Nabil Raja Lawak tu...Rase2 masjid negeri kot. Blum rase lagi. Slalu kt pilah jo...Kayu Ara pun dah bape kali dah. Okay. Esok solat kat Masjid Negeri. tak sempat la nak layan ketupat rendang nnt, nak kne kluar awal gi masjid. Ingat balik rukun2 solat raya...niat mandi raya...haa.. Aku dah senang ati dah. Baru la bleh masuk tido dgn nyenyak...k...Selamat Hari Raya korang sume..!!!

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Puasa Kepada Rakan2 Sekalian


Kira kad raya aku utk korang...posmen dah cuti nak hantar kat rumah korang...hehehe...

Friday, September 18, 2009

Ape Dah Berlaku Dalam Bulan Ramadhan Tahun Ni??

Wah...hampir ke hujung ramadhan dah...pagi ni nnt aku akan bertolak ke n9...drive sorg2... bosannye...dlu ade gak membe tumpang skali...skrg semua dah xde...hmmm...

Aku terkenangkan ramadhan kali ni aku x cukup beberapa hari akibat gastrik dan demam...
So, ni tahun kedua pose aku x penuh...plg last aku x penoh, mase tingkatan 2...demam gak...
Sekolah rendah? Mase x baligh lg? Aku pose penuh kot dari darjah 1...nk duit punye pasal mase tuh...hahaha...sehari RM1...Sebulan? Erm...+..-...Rm30?? byk la mase tuh...

Pose kali ni aku baru sekali je gi bazar ramadhan kat parit raja...habis, aku asyik masak je kt umah, gi bli bahan mentah kt pasar mini depan "line clear" tu je la...takde la tersangkut dalam jalan sesak..aku slalu kuar bedua dgn kwn aku, zulfadzli zainan utk beli barang dapur...ktorg tukang pikir resepi ape nak wat buka n sahur nnt...teman2 serumah yang lain pon ade gak tunjuk bakat masak...so, rajin la ktorg serumah ke dapur...huhu...seronok plak camni...harap sambung sampai lepas pose nnt...jimat dan 7 pot beras kompem abis skali hidang je...pehh..

Ni ade la serba sedikit gambar2 berbuka dan bersahur serumah...tapi apsal aku je tukang ambil gambar? tak byk plak gambar aku...ceh..

Sahur...ngantuknye............ bbuka dgn masakn n nasi tapau......... lauk kari lee buat.....



malek bancuh air sirap dan masak kicap kacang buncis....











Gulai ayam, sayur pucuk
ubi keledek dan ikan terubuk bakar yang aku buat...









Sambal belacan ijat buat cepat je habis....
Tambah ijat wat air longan dan cendol utk jual kat dalam ito...Pehh...


























Lee penyelamat waktu sahur sbb slalu masak sardin dan tomyam tuk sahur...huhu... sambal telur pon pembuka selera di pagi hari...







Sup pucuk soon ni mcm wat waktu tghari je...hehehe...sori beb...nak mkn ubat...antibiotik kne ikut mase bai...







hohoho...tu je la gambar yg ade nak share...yg lain ade yg x bebaju...segan nak letak...wakaka...
akhirnya kitorang pn tau resepi nak wat tiap2 mggu...ulang2 la...skali hidang, byk lauk sbb 2-3 orangnye resepi...mewah plak hidup bujang gini...6 orang sekali makan...beras pn cepat habis...
so, sampai sini je la aku post blog...duduk sorang2 kat umah ni...xde orang dah...semua dah balik... bosan giler...aku gak yang jadi tukang hantar dorg gi naik bas...last2 aku gak yg terbelonyok kt prt rja nih...hehehe...k...bubbye....