Dulu, rumah aku kt Taman Delima, Kuala Pilah ade sebatang pokok anggur...anggur hijau...tinggi melampai ke atas sbb tanam kt ruang letak kereta. Ruang tu sejuk dan agak mendung skit sbb dpt cahaya matahari pn dari bahagian atas bumbung, kiri dan kanan plak dinding...tu yg anggur tu panjat dinding sampai ke atas. Tanah tak silap aku hitam kemerahan. Aku mkn angur tu rasenye masam...Mase tu aku kecik lagi...Last aku duduk rumah tu umur aku 7 tahun..Pastu ade sekeluarga Singh pindah ke rumah aku tu. Mase aku blaja kt Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yg terletak atas bukit dari taman rumah aku tu, aku merayau ke rumah lama aku dulu. Dah takde dah pokok tu...sayang btul..pokok...lame2 pn mati...dah hukum mcmtu..
Aku baru terpikir nak tanam anggur (beberapa tahun lepas baru terfikir sbb ade kwn ajak ternak kambing, so aku nk compare mane baik dan mne tau bleh wat baja taik kambing tuk anggur tu...huhu..). Tapi kalau ramai sgt tanam kt dalam Malaysia ni, susah gak. Permintaan tak mcm kt luar negara...banyak. Sini aku tgk majoriti Cina yg beli sbb diorg jaga kesihatan bermula dari makan dan selebih anggur tu dorg wat arak. Melayu ni dah jadi kismis nak la.. Untuk perkembangan minda anak2 blaja dan buat kek je la..hehe...
Tadi aku terbaca satu artikel dari akhbar BH,
Anggur Sendayan Valley. (Aku selalu lalu sendayan tu siap pajak tanah area tu...tapi aku ambil durian je. @enstek yg bli.) Tapi aku tak perasan plak ade kawasan tanaman anggur...ingatkan tanam sayur-sayuran mcm tomato ke...kekacang ke...Rupenye Negeri Sembilan ni ade gak la tanah yg sesuai untuk tanam anggur mcm kt Perlis nun...So, tak lama lagi byk la kursus nk komersialkan lagi tanaman anggur ni mcm kusus ternak keli, cacing dan lintah dlu. Tapi tak semua org berjaya dalam bidang tu. Pinjaman je lebih tuk dibayar. Yang tanam tak jadi pn..ni dapat sakit je lah. Sedangkan buah-buahan seperti anggur dan kurma banyak khasiatnya untuk kesihatan tapi awak sakit pulak. Papepn, jangan tersalah guna sampai nak buat penapaian minuman haram (arak). Tapi ape hukumnya minum jus dari kedua2 buah ini? Haa...
Menurut jumhur ulama’ dan ulama’ Fikh, mereka berpendapat menjadi makruh tanzihi iaitu makruh yg dekat dgn yg halal. Minuman jus campuran ini jadi makruh tanzihi sbb tak diharamkan selagimana tak menjadi arak. Namun, apabila bercampur antara jus anggur dan jus kurma, ia akan mempercepatkan proses menjadi arak (yg memabukkan). Jadi, kemungkinan seseorang yg minum minuman tu menyangka tak mabuk pn minum jus campuran buah tu, tapi sebaliknya peminum yg minum jus tersebut dah jadi mabuk lepas minum minuman tu.
Tak jadi haram apabila meminumnya, sbb ia bukan benda yg memabukkan seperti arak, peminum jus campuran ni tidak tahu bila masa ia akan bertukar jadi mabuk. Kadang-kadang tidak mabuk jika sedikit kuantiti minuman yg diambil. Manakala, haramnya apabila minuman itu jelas-jelas memabukkan.
Oleh itu, peminum jus campuran buah ini perlu berhati-hati jika hendak meminumnya. SEBAB makruh tanzihi ini boleh bertukar menjadi makruh tahrimi iaitu makruh yang dekat dengan yang haram jika ia dilakukan terlalu kerap kerana ia akan memabukkan. Mcm yg kita tahu, sesuatu yg memabukkan itu adalah haram.
Tapi jangan risau, yg pasti halal tu ade...mcm air blackcurrant Ribena, kordial anggur Jalen, air berkarbonat F&N...mase raya ni byk org hidang. Jangan tak minum plak, kang tak pasal2 ade yg mintak sky juice kt tuan rumah...hehe...
Sebenarnya, mcm2 produk orang nk buat dari anggur ni bukan ape, dorg nak dapatkan khasiat tu je. Byk khasiat anggur ni, antaranya dapat turunkan berat badan sbb ia buah berserat; dapat kurangkan kerosakan mata; elakkan penyakit hati, jantung, strok dan kanser.
Ape2 pn, bergantung kepada kita nak pilih sesuatu yg terbaik untuk diri sendiri. Setiap sesuatu yg baik tu ade buruknya dan setiap sesuatu yg buruk itu ada baiknya. Renung2kan...
Ok lah...aku nk kongsi memori silam aku je sebenarnye tadi...Adios!