BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 16, 2009

Deepavali 1 Malaysia




Kita yang hidup bermasyarakat majmuk di Malaysia haruslah saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama melihat sejenak asal usul perayaan ini.

Perkataan Deepavali itu sendiri adalah gabungan perkataan "Dipa" yang bererti Cahaya dan perkataan "Gavali"  pula bererti barisan. Jadi, tidak hairanlah semasa perayaan Deepavali, kaum India beragama Hindu menyalakan lampu-lampu sebagai lambang cahaya terang yang mengusir kegelapan dan kejahatan.

Pada malam Deepavali, setiap bahagian rumah mereka akan dinyalakan pelita kecil yang diperbuat daripada tanah liat yang disebut ‘diya/diva/panati’. Ritual menyalakan pelita ini adalah sebuah bentuk penghormatan kepada Dewa mereka untuk mendapatkan keberkatan, kesihatan, kekayaan, pengetahuan, kedamaian, keberanian, dan kemasyuran yang diterima sepanjang tahun. (Ini menunjukkan setiap agama walaupun berlainan ritualnya tetap mempunyai persamaan dalam menganjurkan perbuatan baik dan bergantung kepada Tuhan masing-masing.)

Seperti perayaan yang lain di Malaysia, amalan saling mengunjungi sanak-saudara, sahabat-handai dan rakan-taulan turut dipraktikkan sambil saling memberikan ucapan selamat dan berdoa bagi kebahagaiaan dan kemakmuran bersama. Macam perayaan kita, pelbagai jenis makanan dan manisan dihidangkan sebagai pelengkap perayaan.

Satu lagi ritual adalah pembuatan ‘kolam’, iaitu membuat hiasan berbentuk bunga-bungaan beraneka corak dan warna yang diletakkan di pintu masuk rumah. Hiasan bunga-bungaan ini diperbuat daripada butiran-butiran beras yang beraneka warna. Mengikut kepercayaan mereka, pada malam Deepavali, Dewi Lakshmi, Sang Dewi Kekayaan, akan berkunjung ke setiap rumah yang diterangi cahaya dan memberkati rumah tersebut. Hiasan ‘kolam’ merupakan lambang penyembahan kepada Demi Lakshmi mereka agar Sang Dewi sudi datang berkunjung dan memberi keberkatan, kebahagiaan dan kekayaan bagi setiap penghuni rumah.

Setakat itu sahaja cerita untuk dikongsi bersama sebagai ilmu tambahan kita. Kalau nak mengupas lebih lanjut tentang sejarah dan asal usul pula, datang la beraya ke rumah kawan-kawan kalian. Biarlah kaum mereka sendiri terangkan kepada anda. Sekadar nak tau je...jangan sampai terpesong akidah sudah la..
Bagi kaum India, jangan la lupa untuk membekalkan rakan2 muslim yang datang beraya dengan minuman air kotak dan makanan berbungkus yang halal. Kita perlu hormati rakan2 kita.

Saya ucapkan selamat menyambut Deepavali kepada Jegathes, Jayamalar, Nageswarar, Nagarajan, Deepa, Vinod, Sivalingam, Kasturi, Ganesh, dan kawan2 India lain (tak dapat nak taip semua). Happy always.
 

1 comments:

ayed said...

hepi diwali bang biskot