BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 4, 2009

Negeri Sembilan ade anggur.

Dulu, rumah aku kt Taman Delima, Kuala Pilah ade sebatang pokok anggur...anggur hijau...tinggi melampai ke atas sbb tanam kt ruang letak kereta. Ruang tu sejuk dan agak mendung  skit sbb dpt cahaya matahari pn dari bahagian atas bumbung, kiri dan kanan plak dinding...tu yg anggur tu panjat dinding  sampai ke atas. Tanah tak silap aku hitam kemerahan. Aku mkn angur tu rasenye masam...Mase tu aku kecik lagi...Last aku duduk rumah tu umur aku 7 tahun..Pastu ade sekeluarga Singh pindah ke rumah aku tu. Mase aku blaja kt Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yg terletak atas bukit dari taman rumah aku tu, aku merayau ke rumah lama aku dulu. Dah takde dah pokok tu...sayang btul..pokok...lame2 pn mati...dah hukum mcmtu..

Aku baru terpikir nak tanam anggur (beberapa tahun lepas baru terfikir sbb ade kwn ajak  ternak kambing, so aku nk compare mane baik dan mne tau bleh wat baja taik kambing tuk anggur tu...huhu..). Tapi kalau ramai sgt tanam kt dalam Malaysia ni, susah gak. Permintaan tak mcm kt luar negara...banyak. Sini aku tgk majoriti Cina yg beli sbb diorg jaga kesihatan bermula dari makan dan selebih anggur tu dorg wat arak. Melayu ni dah jadi kismis nak la.. Untuk perkembangan minda anak2 blaja dan buat kek je la..hehe...

Tadi aku terbaca satu artikel dari akhbar BH, Anggur Sendayan Valley. (Aku selalu lalu sendayan tu siap pajak tanah area tu...tapi aku ambil durian je. @enstek yg bli.) Tapi aku tak perasan plak ade kawasan tanaman anggur...ingatkan tanam sayur-sayuran mcm tomato ke...kekacang ke...Rupenye Negeri Sembilan ni ade gak la tanah yg sesuai untuk tanam anggur mcm kt Perlis nun...So, tak lama lagi byk la kursus nk komersialkan lagi tanaman anggur ni mcm kusus ternak keli, cacing dan lintah dlu. Tapi tak semua org berjaya dalam bidang tu. Pinjaman je lebih tuk dibayar. Yang tanam tak jadi pn..ni dapat sakit je lah. Sedangkan buah-buahan seperti anggur dan kurma banyak khasiatnya untuk kesihatan tapi awak sakit pulak. Papepn, jangan tersalah guna sampai nak buat penapaian minuman haram (arak). Tapi ape hukumnya minum jus dari kedua2 buah ini? Haa...

Menurut jumhur ulama’ dan ulama’ Fikh, mereka berpendapat menjadi makruh tanzihi iaitu makruh yg dekat dgn yg halal. Minuman jus campuran ini jadi makruh tanzihi sbb tak diharamkan selagimana tak menjadi arak. Namun, apabila bercampur antara jus anggur dan jus kurma, ia akan mempercepatkan proses menjadi arak (yg memabukkan). Jadi, kemungkinan seseorang yg minum minuman tu menyangka tak mabuk pn minum jus campuran buah tu, tapi sebaliknya peminum yg minum jus tersebut dah jadi mabuk lepas minum minuman tu.

Tak jadi haram apabila meminumnya, sbb ia bukan benda yg memabukkan seperti arak, peminum jus campuran ni tidak tahu bila masa ia akan bertukar jadi mabuk. Kadang-kadang tidak mabuk jika sedikit kuantiti minuman yg diambil. Manakala, haramnya apabila minuman itu jelas-jelas memabukkan.

Oleh itu, peminum jus campuran buah ini perlu berhati-hati jika hendak meminumnya. SEBAB makruh tanzihi ini boleh bertukar menjadi makruh tahrimi iaitu makruh yang dekat dengan yang haram jika ia dilakukan terlalu kerap kerana ia akan memabukkan. Mcm yg kita tahu, sesuatu yg memabukkan itu adalah haram.
Tapi jangan risau, yg pasti halal tu ade...mcm air blackcurrant Ribena, kordial anggur Jalen, air berkarbonat F&N...mase raya ni byk org hidang. Jangan tak minum plak, kang tak pasal2 ade yg mintak sky juice kt tuan rumah...hehe...

Sebenarnya, mcm2 produk orang nk buat dari anggur ni bukan ape, dorg nak dapatkan khasiat tu je. Byk khasiat anggur ni, antaranya dapat turunkan berat badan sbb ia buah berserat; dapat kurangkan kerosakan mata; elakkan penyakit hati, jantung, strok dan kanser.

Ape2 pn, bergantung kepada kita nak pilih sesuatu yg terbaik untuk diri sendiri. Setiap sesuatu yg baik tu ade buruknya dan setiap sesuatu yg buruk itu ada baiknya. Renung2kan...
Ok lah...aku nk kongsi memori silam aku je sebenarnye tadi...Adios!

3 comments:

sKywAlkeR said...

Aku pernah terbaca satu mail dr member aku. Katenye Air Ribena tu ade 1% kandungan arak.Tapi yg tu dekat pasaran US la.Kat cni aku tak tau.. Haa,elok la sgt ko mkn anggur tu,biskot..Sebab mata ko pon bkn cam mata org lain...Ko tu rabun,tau tak...Wahahahaa

Sesedap Biskot Abang said...

owh...haah..aku lupe cite yg ade 0.01% arak atau alkohol klu kt luar negara...tp aku penah baca dlm Berita Harian yg produk Ribena yg dikeluarkan oleh GlaxoSmithKline (GSK) Malaysia Sdn. Bhd.tak mengandungi alkohol mcm yg ada kt pasaran Britain tu. Pastu, Ribena keluaran GSK Malaysia jugak mempunyai pengiktirafan dan pengesahan halal yg dikeluarkan JAKIM.


Setakat yg aku tau la, stiap bahan yg kaya dgn gula akan alami fermentasi beralkohol (alcoholic fermentation) terutama dlm keadaan anaerobic (tanpa udara) kalau yeast (ragi) tercemar.
Dalam kes Ribena ni, ada 2 kemungkin:
1. Alkohol (disini ethyl alcohol) terbentuk hasil fermentasi gula.
2. Alkohol digunakan sebagai pelarut untuk pewarna.

Dalam kedua-dua kes di atas, kandungan alkohol adalah terlalu sedikit dan mengikut sesetengah pendapat, ia dibolehkan.

Ok...ade contoh makanan dan minuman yg aku nk kongsi dgn korang. Jus buah-buahan, susu pekat, zabadi (susu masam yang popular kt tanah arab), tepung yg telah diuli dan diletakkan ragi (makanan segera mcm kuih muih segera), dan sebagainya. Jenis2 makanan dan minuman macam ni mengandungi kurang drpd 0.5 % kandungan alkohol.Maka, jenis ni adalah halal dan harus digunakan disisi syarak.

Ada jugak jenis makanan atau minuman yg menggunakan alkohol utk mencairkan beberapa bahan yg digunakan utk membuat makanan atau minuman tu macam pewarna, bau-bauan makanan dan sebagainya. Bahan2 tu semua tak boleh cair dgn gunakan air je, jadi alkohol gak yg digunakan. Ok..1 contoh terbaik minuman yg guna kaedah ni adalah minuman coca cola, pepsi dan mirinda. Semua minuman ni guna bahan pewarna yg dicairkan dgn kaedah alkohol. Nama pewarna tu ialah Beta Carotene. Kaedah pencairan ini mengguna pakai kandungan alkohol dlm nisbah penggunaan sebanyak 0.2 – 0.3 % sahaja dan ini juga menurut hukum syarak adalah dibolehkan.

Aku ade tgk kenyataan / fatwa yg dikeluarkan oleh Muktamar fiqh (Perubatan) yg bersidang di Kuwait pada Mei 1995 dlu.
“Sesungguhnya penggunaan alkohol dalam industri pembuatan makanan dan minuman untuk tujuan mempercepatkan proses pertumbuhan makanan atau minuman ( seperti ragi ) dan untuk proses pencairan bahan-bahan untuk kegunaan pembuatan makanan dan minuman tersebut adalah dibolehkan atas dasar al-umum al-balwa.”

Apa-apa pun ade jugak jenis2 makanan dan minuman yg guna alkohol jenis memabukkan dgn tujuan untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap dan boleh membuatkan orang ramai merasa ketagihan selepas makan atau minum bahan tersebut. Haa..alkohol jenis ni banyak terdapat dalam beberapa jenis aiskrim, manisan, sebahagian coklat, minuman bergas dan sebagainya.

Jadi, kalau penggunaan alkohol macam ni, dgn jelas tak dibolehkan malah diharamkan dalam Islam. Sebabnya, alkohol yg digunakan tu adalah dari jenis alkohol yang digunakan dalam pembuatan arak dan alkohol jenis ni adalah diharamkan penggunaannya secara mutlak oleh ulama sebagaimana kata Ibnu Hazm dalam “Al-Muhalla” (1 / 135 ) : "Telah sepakat ahli Ilmu dan para ulama bahawa sekiranya arak dicampurkan kedalam makanan atau ubat-ubatan samada cecair atau pepejal, ianya tidak ternyah (terhapus), bahkan kesan dari segi warna, bau dan rasa masih lagi wujud pada makanan atau ubatan tersebut dan ianya akan merosakkan makanan dan ubatan tersebut. Maka penggunaannya tetap haram disisi syarak.."


Macam tapai tu pn sama gak. Lagi lama, lg beralkohol. Tu pun kita makan selagi ade manisnya. Makan banyak mana pun tak mabuk. Yg tak boleh tapai ni, air nya kalau kita minum byk sbb akan memabukkan. Sama mcm air nira. kalau biar 2-3 hari jadi tuak. Nira boleh, tp tuak haram. Semua benda ni ade alkohol dalamnya. Tgk jadi byk ke tak je. Tapi, org tua2 dulu pn kata selagi tak memabukkan, tak haram. Cuma makhruh mcm aku cakap kt post.

Wallahu-alam.

sKywAlkeR said...

Jangan beli Istak....Hahaa