BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 18, 2009

Awal Muharram



Hari ini adalah hari pertama tahun 1431 Hijrah. Saya mengucapkan selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua rakan dan taulan. Doa saya semoga kalian dimurahkan rezeki, kaya dalam pelbagai segi, umur yang berkat, dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah, kewarasan dan keluasan berfikir, mudah melaksanakan urusan dunia begitu juga urusan akhirat. Mudah-mudahan juga amalan tahun lepas dan akan datang sebagai amalan yang diredhai oleh Allah swt yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isinya serta menjadikan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Insya Allah semoga kita juga dikurniakan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Amin.

0 comments: