Aku mula rindu kepada kawan2 yang telah mula meninggalkan aku untuk pulang beraya dan bekerjaya.. Sebagai seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya seperti dirinya sendiri, tak salah untuk aku ingat mengingati terutama untuk diri sendiri.
Mengikut statistik terbaru tahun ini, Johor mendahului negeri lain sebanyak 59 kes dilaporkan. Batu Pahat menduduki tangga pertama dalam senarai Johor. Oleh itu, dinasihatkan kepada kawan2 dan adik2 di luar sana agar berhati-hati ketika memandu terutama yang menunggang motorsikal.
Pastikan dalam musim dekat2 nak raya nih, motor di kunci dan park di tempat selamat. Nak cucuk duit pun, bawak teman. Yang perempuan tu, jgn sebarang letak beg tgn anda. Kedudukan selamat beg tgn adalah bertentangan dengan arus jalan, selain tu, bleh bg laki anda pegangkan. Pihak polis ada anjurkan kempen rumah selamat. Jadi, sebelum balik kampung, isi borang di balai polis berdekatan dulu. Sekurang2nya ada pihak tolong jaga rumah kawan2.
Ada video ngeri nk share tp sbb takot aku jd penyebab korg muntah2 nnt, aku tak jd letak. Jadi, aku ingatkan kepada kawan2, ingatlah orang tua kita dan orang tersayang. jangan biarkan mereka menunggu kepulangan kita berhari raya bertukar menjadi menunggu kepulangan jenazah kita. Jangan biarkan mereka bersedih di raya ini.
Selamat Pulang Berhari Raya kepada yang dah pulang awal tu...yang belum, saling ingat-mengingati.
Wallahua'lam.
Saturday, August 28, 2010
Pesanan abang kepada yang tersayang
Posted by Sesedap Biskot Abang at 8:41 AM 1 comments
Labels: Nasihat pulang beraya
Wednesday, August 25, 2010
Mengenali Tempat Kelahiran Aku. Negeri Sembilan.
Posted by Sesedap Biskot Abang at 9:09 AM 0 comments
Labels: Adat Perpatih, Negeri Sembilan
Saturday, August 14, 2010
Aku menari Zapin.
Sebelum bulan puasa hari tu, 5hb 8. aku telah dijemput untuk menari zapin. Tp cancel seminggu awal. Tak tau plak ade perubahan dalam jadual. Dgn terpaksa rela, aku melaksanakan tugasan tu bersama 2 lagi rakanku. 8 jam latihan. Apakah hasilnya? Last minit sblm event baru bgtau persembahan zapin jd. Hasilnya? Tgk video bwh ini...
Korg nak tau cerita pasal zapin? Search sendiri...byk sgt sumber dlm en google...hehe..
Maaf la. aku nk cepat. Saje nk update. Nnt dah xde online lg.
Posted by Sesedap Biskot Abang at 1:08 PM 0 comments
Labels: Zapin.
Wak lu~~ Tak kental gak gua nih!
Aku dah jarang nk online. Sibuk barang kali. Masa seolah mencemburui aku untuk duduk melekakan diri. Tapi takpe. Bagus untuk aku. Aku pn mula rindu bakal kehilangan kawan2 yang ada disekeliling aku. Walaupun siapalah aku di mata mereka. Cuma "jiwa batu" aku makin hilang. Tidak se"kering" dulu. Entah kenapa masuk sahaja sehari bulan puasa, aku "cair". Mungkin seseorang dengan "ciri-ciri tu" telah menemui "titik kelemahan" aku sama seperti dulu. Fikiran aku cepat melayang. Perkataan "kenapa" sering berlegar dalam fikiran aku. Nasib puasa. Aku pujuk hati ini untuk tidak membenarkan diriku alpa. Aku tak sangka. Aku masih ber"jiwa" itu lg. Kenapa Allah cuba menguji aku di bulan Ramadhan ini dengan "ujian" ini? Adakah Dia mahu aku memikirkan masa depan aku bermula dari Ramadhan ini? Menguji kesetiaan aku kepadaNya. Aku rindu Engkau dan RasulMu sentiasa bersama dalam ingatan dan amalku. Adakah aku akan lupa bila fikiran aku melayang? Menguji kesediaan aku untuk memasuki "corak kehidupan dan pemikiran" yang lebih ke hadapan? Memikul tanggungjawab lebih besar? Cukupkah persediaan aku? Ayat ini lebih sesuai dengan aku. Aku "trauma" perkara sama seperti dulu berlaku lagi. Aku takut untuk mencuba lagi. Tapi sampai bila aku nak biar hati aku "mati"? Tak sangka aku ni penakut jugak. Tu je yang membuatkan aku berhati-hati daripada terjebak. Haahhh~~ bagus ade blog nih. I'm back to normal. Luahkan sikit je...dah cheer balik! Aku berserah kepada takdir...lgpn, mampu ke aku? k...aku tak nak blog ni jd tempat cerita pasal emosi, cuma kali ni aku nk kurangkan tekanan skit. Aku dpt rasa aku ada jantung. Benda nk kne marah or nk kne belasah or nk wat keje, aku xde hal. tp bab 1 ni je aku takleh nk selindung. Lemah~ Badan je mcm kebal tp di dalam dot dot dot...
Posted by Sesedap Biskot Abang at 10:45 AM 1 comments
Labels: Feeling sick of this
Wednesday, August 11, 2010
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak
Malam ni dah masuk bulan Ramadhan. Kira sempat la ucap kepada kawan-kawan sekalian. SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK. Bulan Islam selepas Syaaban dan sebelum Syawal. Bulan buat kita untuk meningkatkan amalan dan amal ibadah dengan ikhlas. Menguji ketahanan iman dan jasmani. Bagi yang suka membaca fadhilat bulan Ramadhan, sila layari blog ini. Bulan kali ini adalah bulan yang pertama kali aku tidak bersama dengan keluarga untuk bersahur dan berbuka pada hari pertama bulan Ramadhan..Rindu rasanya untuk berjumpa dengan adik2 dan ayah serta bonda. Anakanda akan pulang tidak lama lagi..Kali ini, kawan2 menemani aku lebih awal. Aku mahu kawan2 dan aku juga penuh puasa dan terawih. Aku berharap aku dapat malam 1000 bulan tu. Aku rindu. Aku sayang. Aku mahu. Hidup aku mungkin tidak selama dulu~~
Posted by Sesedap Biskot Abang at 12:49 AM 0 comments
Labels: Puasa Ramadhan