BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 16, 2011

Apa Hukum Shisha?

Salam Maulidur Rasul. (12 Rabiulawal 1432H)...
Bukan hari ini je kita perlu ingat pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW tetapi kita contohi perilaku baginda untuk sepanjang hayat. Baginda lah contoh akhlak terpuji. Inilah ikon atau idola yang perlu kita laungkan. Masih ramaikah yang berada di luar sana mencontohi akhlak baginda? Aku sendiri alpa. Memang susah nak cari lagi lelaki baik di akhir zaman ni. Wanita juga yang baik budi pekertinya juga sudah sukar ditemui. Namun, kita masih boleh berusaha membaiki kelemahan diri kita sendiri. Tidak salah kiranya hari ini saya bercerita mengenai perkara selain daripada kisah Nabi. Sejak dari kecil hingga dewasa, kita sendiri tidak lari daripada mendengar kisah baginda. Pagi tadi siapa yang ikut perarakan dan mendengar ceramah maulidur Rasul dari kaca mata televisyen mahupun di Putrajaya, alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Baiklah...


Pernah lihat benda di atas ni? Benda ni tidak asing lagi bagi orang Arab. Namun bagi mereka yang mencari aktiviti sampingan ketika menghabiskan masa melepak bersama kawan di waktu malam juga akan turut mengenali benda ni secara tidak langsung. Kita boleh melihat anak-anak muda menghembuskan berkepul-kepul asap yang gahnya seperti seekor naga berang. Lelaki atau perempuan juga turut menggemari shisha. Aku pun pernah mencuba. Namun hari ini aku tertarik untuk berkongsi cerita mengenai shisha ini.

Baru sebentar tadi aku menonton Buletin Utama di TV3. Salah satu tajuk yang dibualkan adalah “Shisha dibawa ke mesyuarat majlis fatwa”. Huh!? Baru nak bawa? Ya sebab arus perkembangan kemodenan telah membawa umat Muhammad ni meneroka perkara baru yang tidak terdapat di zaman baginda. Menurut kata-kata ketua pengarah JAKIM, satu kajian telah dijalankan dan mendapati shisha mendatangkan kesan 400 kali ganda lebih berbahaya berbanding rokok. Bahayanya tu sama macam menghisap 50 ke 70 batang rokok. Makk aihh!! Banyak tu!

Okay, seperti yang kita tahu, rokok tu hukumnya makruh tapi ada juga ulama’ mengatakan rokok itu haram. Hal ini telah termasuk dalam perkara khilafiyyah dimana terdapat perbezaan di kalangan ulama’ sebab tiada dalil secara jelas menyatakan tentang perkara ini. Tapi lebih baik kita kembali kepada perkara asas dimana yang memudhratkan dan memabukkan itu adalah haram hukumnya.

Shisha ni adalah campuran tembakau dengan titisan air dan perasa buah-buahan.
Sekiranya kita mengambil shisha secara kerap, ia juga boleh mendatangkan ketagihan kerana salah satu kandungan shisha adalah nikotin yang boleh didapati daripada asap tembakau. Memang salah bila ada kawan-kawan kita mengatakan bahawa shisha itu asap wap air yang ditapis tetapi sebenarnya hanya bau tembakau sahaja yang ditapis tetapi kandungan bahan kimia dalam asap yang disedut adalah sama. Jadi, bila tertekan, jangan la hisap shisha terutamanya perempuan. Kata-kata kawan kadangkala tidak semuanya betul.

Sebelum ini JAKIM juga menyatakan yang shisha ini makruh. Namun selepas ada kajian dijalankan, JAKIM telah mengambil lagkah lebih drastik dengan membawa ke majlis fatwa. Kajian tu mendapati kesan 400 kali ganda adalah sangat merbahaya untuk rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak merokok tetapi menghisap shisha kerana ia dikatakan lebih selamat. Jadi, mari kita perbetulkan pendapat ini. Daripada ambil kadang-kadang baik tidak ambil terus sebab kita pun akan dapat mudharat sama dengan orang merokok dalam masa yang singkat je.

Berapa teruknya kesan pengambilan shisha ini bergantung kepada beberapa factor seperti kekerapan pengambilan shisha, betapa dalamnya kita sedut shisha ni sebab setiap orang ada cara sendiri menikmati setiap sedutan shisha, dan selain itu kandungan dalam shisha itu sendiri kerana ada juga kandungan shisha yang ditambah dengan ganja dan ice.

Walau apa pun, terpulang kepada setiap individu untuk membuat keputusan sama ada mahu menyayangi diri mereka sendiri atau sebaliknya. Perkara hukum ini ada perspektifnya tersendri. Dari segi sikap, hukum haram jatuh apabila seseorang itu mabuk dan sakit-sakit akibat pengambilan sesuatu bahan seperti pengambilan dadah. Dadah itu tidak haram tetapi perbuatan salah guna dadah atau tujuan pengambilan dadah itu sendiri yang boleh menyebabkan terjatuhnya hukum haram. Kenapa saya kata bahan dadah itu tidak haram? Kerana ubat-ubatan seperti panadol dan ubat darah tinggi itu sendiri terdiri daripada dadah tetapi diambil dalam dos yang tidak memudharatkan. Sebenarnya kalau kita boleh ubati sakit kita dengan herba contohnya batuk kita diubati dengan mengambil campuran madu dan limau, itu lebih baik daripada kita mengambil panadol atau ubat batuk. (Baca di sini untuk berkongsi berba sedikit mengenai perkara haram dan syubhah.) Bila disalah guna sampai khayal, itu yang menyebabkan ia menjadi haram. Sebab itu dadah diqiaskan dengan arak. Seperti yang kita tahu, setiap arak itu memabukkan dan setiap yang memabukkan itu haram.

Begitu juga kesnya dengan air nira yang kita dapati di tepi-tepi jalan terutama di Terengganu. Jika kita minum air nira yang bewarna jernih atau putih lagi, air itu masih sukar membawa kesan khayal berbanding air nira yang telah perang warnanya atau dah kemerahan warnanya dimana ia dah menjadi air tapai. Air tapai ni bila diambil kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kita mabuk tanpa kita sedari. Sedangkan pengambilan yang sedikit dapat membantu kita untuk bekerja kuat dan memberi tenaga. Bila mabuk, haram la hukumnya. Tidak kiralah minuman itu diperbuat daripada anggur, gandum, barli atau tamar. Asalnya ia menjadi air tenaga tetapi bila sampai tahap mabuk, ia tetap haram.

Jangan kata konsep kesan yang saya bagitau itu membenarkan anda mencuba meminum arak pula. Matlamat tidak menghalalkan cara. Yang haram tetap haram. Jauhilah yang haram itu. Rasulullah SAW juga bersabda, maksudnya:
“Apa sahaja (minuman) yang kadar banyaknya memabukkan, maka kadarnya yang sedikit adalah haram.”                                                   (Hadis riwayat Abu Daud)

Sama juga kesnya dengan pewarna rambut. Bahan itu tidak haram tetapi akibat penggunaan bahan itu yang menghalang air wuduk atau mandi hadas seseorang dari mengenai kulit mereka, itu yang menyebabkan hadas dan solat mereka tidak sah lalu dengan mudah terjatuhnya hukum haram.

Berbalik semula kepada hal shisha, tepuk dada, tanya selera.
Apa jua alasan yang diberikan, bersamalah kita menjauhi perkara mungkar. Tidak salah kiranya kita mengelakkan perkara yang syubhah yakni perkara-perkara yang terdapat antara halal dan haram. Bersamalah kita mencari keredhaan dan hidayah daripada Allah SWT agar kita tidak jauh daripada rahmatNya. Setiap amar makruf yang kita lakukan, dapat menjaga kewarasan fikiran dan kebersihan seketul daging dalam diri kita yakni hati. Sekiranya ada rakan-rakan yang telah terlanjur, bertaubatlah. Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertaubat. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih dan Penyayang.


Sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau kesilapan, maafkan saya. Saya insan yang baru belajar.

Sekian, Wallahu A'laam...


0 comments: