BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 22, 2011

Hai obat~ Hai obat Islam.

Sudah lama tidak berbloging...Otak pun memeng da karat sebab lama sangat bermain dengan emosi diri sendiri yang tak tentu arah kebelakangan ini. Nasib da mula lega. Wah..banyak betul sawang dlm blog aku nih. Aku bersihkan sket arini. letak la hiasan satu post pasal perubatan Islam eh..

Ok. Nak dimulakan topik nih, ada beberapa orang yang aku bertembung kt luar sana yang tak mahu makan ubat atau pergi berubat dengan doktor. Katanya, perubatan moden bukan perubatan Islam. tambahnya lagi, ubat yang Nabi s.a.w. ajar tu je yang betul perubatan Islam. Ada lagi sorang nih, mengikuti cabang ajaran Islam tanpa asas yang kukuh (mcm mana nih yang asas tak dicari dulu..). Katanya, menurut guru yang ajar dia la, sakit tu datangnya dari Allah dan perginya pn ditarik oleh Allah. Ya. Memang betul tu. Secara umumnya yang kita semua tahu. Tetapi bila sampai dikata penyakit itu akan pergi tanpa kita berubat, ni kita perlu perhatikan semula pada naz-naz Islam. Pemahaman dia yang kita cuma perlu minta dari Allah agar penyakit itu hilang tanpa berusaha adalah tidak wajar dipercayai. haa..ni mungkin terjadi sebab salah satu penyampaian yang diajar oleh guru tu disalah faham oleh anak muridnya nih...Tengok mata anak muridnya pn da tau dia sakit tanpa dia sedar. dah ada selaput pada matanya, tanda adanya kencing manis. bahaya kalau tak dikawal dan dicegah dari awal.

Sebenarnya, tiada istilah 'Perubatan Islam' seperti yang didakwa segelintir orang. Pemahaman mereka pula hanya merujuk kepada jampi dan bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. semata. cthnya mcm madu, limau dan lain-lain. Sahabat, berubat ni memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi s.a.w, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan.

Jadi, perubatan moden, atau cina, atau india, atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, tak haram, bukan khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut.

Nabi pun sebut pasal berubat tu secara umum. maknanya tiada had untuk berubat. Jadi, setiap orang hendaklah berusaha mencari ubat yang paling berkesan. Terdapat dalam hadis sahih yang menyatakan Nabi s.a.w bersabda:

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Sabda baginda lagi:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Haa...mcm sakit hati gak la. kalau orang yang buat kita sakit hati tu dah bersungguh minta maaf dan betulkan balik kesalahan dia, tanpa sedar, hati kita pun senang balik. Sakit hati tu pun takda dah. Bab hati ni memang kena betul caranya. Kalau tak, lebam bijik mata ko! Baru betul hilangnya. Ye tak?

Ok. Ada lagi. Sebelum Imam Nawawai meninggal pada 676 H, beliau ada menyebut bahawa:

“Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia, antaranya; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya..” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Oleh itu, berubatlah kalau sakit. Bukan biarkan sembuh sendiri. Tertekan semasa bekerja pun ada ubatnya.

Nak diingatkan juga! ada banyak hadis-hadis palsu tentang perubatan ni.  tak semua hadis tentang perubatan tu sahih. jadi, perlu hati-hati. Salah satu ciri-ciri hadis paslu adalah hadis itu lebih berunsur ungkapan para pengamal perubatan, dimana ayat mereka tu kita boleh buktikan kepalsuannya dengan pancaindera atau fakta yang sahih. Dalam erti kata lain, di zaman sekarang ni jika fakta sains berjaya membuktikan kesalahan fakta hadis tersebut, maka itu salah satu ciri bahawa ia hadis yang palsu.

Sebagai contoh ada hadis “Terung itu mengikut hajat ia dimakan” dan hadis “Terung itu ubat untuk segala penyakit”. haa...ini adalah riwayat palsu.
Kata al-Imam Ibn al-Qayyim:

“Semoga Allah menghodohkan pereka kedua hadith di atas. Perkara seperti ini jika disebut oleh orang yang paling pakar dalam perubatan pun, orang ramai akan mentertawakannya. Jika dimakan terung untuk demam panas, kemurungan dan banyak penyakit lain, ia hanya menambahkan keburukan lagi. Jika orang fakir makan agar dia kaya, dia tidak akan kaya. Jika orang jahil makan untuk pandai, dia tidak akan pandai” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 51. Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyat).

Sama juga kisahnya dengan orang keluarkan hadis kononnya makan kismis ni menguatkan ingatan. takda pun dalil sahih daripada nabi s.a.w. mengenainya. Cumanya yang ada, riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan. (lihat: Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma’ad, 4/318



Ok. bila kita baca tafsir, dalam al-Quran kita ada jumpa pasal madu. Apa yang disebut oleh al-Quran seperti khasiat madu, memang tiada sebarang syak tentang kewahyuannya. Cumanya, bagaimanakah proses perubatan itu hendak digunakan, berapa kadarnya dan caranya, semua ini memerlukan kajian ilmiah perubatan.

Adapun hadis-hadis yang sahih yang menyebut tentang ubat-ubat tertentu seperti hadis habbatus sauda’ (jintan hitam), berbekam, air kencing unta, susu unta, oud hindi dan seumpamanya; para ulama berbeza pendapat tentangnya. Ada yang berpendapat hadis-hadis ini berasaskan wahyu. Ada pula yang berpendapat bahawa hadis-hadis ini Nabi s.a.w sebut berasaskan pengalaman, persekitaran dan zaman baginda hidup, bukanlah wahyu daripada Allah S.W.T.

Berdasarkan golongan seperti al-Qadi ‘Iyadh, Ibn Khaldun, Muhammad Abu Zahrah, mereka berpendapat bahawa hadis-hadis perubatan ini bukan berteraskan wahyu, sebaliknya Nabi s.a.w bercakap berdasarkan pengalaman dan persekitaran baginda ketika itu. Bagi ulama yang berpegang dengan pendapat ini mereka menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak diutuskan sebagai ahli perubatan dan itu bukan tujuan baginda diutuskan. Maka, ucapan atau tindakan baginda dalam perubatan sama seperti ahli masyarakat Arab lain ketika itu dan tidak semestinya tepat dengan realiti perubatan.

Antara alasan golongan yang berpendapat bahawa perubatan Nabi s.a.w berasaskan kebiasaan dan pengalaman bukannya wahyu ialah hadis sahih yang mana Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:

“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain, baginda menjawab:

“Jika itu memanfaatkan mereka maka lakukanlah. Aku hanya menyangka satu sangkaan, maka jangan salahkan aku atas sangkaan. Namun, jika aku memberitahu sesuatu daripada Allah maka ambillah, kerana sesungguhnya aku sama sekali tidak akan berdusta atas nama Allah” (Riwayat Muslim).

Secara umumnya, tujuan hadis-hadis perubatan ni adalah untuk memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan. Nabi s.a.w menyebut bahan-bahan yang ada dalam masyarakat sekitar baginda dan digunakan dengan kesan pada zaman dan iklim baginda. Persekitaran itu berbeza dengan tempat kita tetapi bahan-bahan itu boleh diambil iktibar, namun bukanlah pilihan yang terbaik bagi setiap masa dan keadaan. Bergantung kepada sejauh manakah bahan itu berkesan untuk sesuatu tempat dan masa. Apa yang penting kita disuruh mencari yang berkesan tanpa mengira jenisnya.

Kesimpulannya, setiap ubat yang bermanfaat yang diiktiraf oleh Islam, tidak terbatas kepada apa yang disebutkan dalam hadis sahaja. Berdasarkan pendapat sebahagian ulama, apa yang disebut dalam hadis juga perlu untuk diteliti dan dikaji semula kesesuaiannya kerana mungkin ada keadaan yang berbeza, atau di sana ada ubat yang lebih berkesan. Oleh itu, kita perlu berusaha melakukan penyelidikan perubatan dengan bersungguh-sungguh bagi mencari penawar yang sesuai bagi sesuatu penyakit. Setelah kita berusaha berubat, baru la kita bertawakal memohon kepadaNya. Tawakal tanpa usaha tak berguna..Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.

Wallahu'alam.

1 comments:

Blogger said...

Baginda Rasul hanya mengetahui dari apa yang diwahyukan kepadanya. Selainnya baginda hanyalah manusia biasa. Ucapan baginda ada qudsi dari Allah dan ada nabawi. Dalam hal hukum, bagindalah sumber paling utama tentunya. Dalam hal-hal lain "antum a`lamu bi umuri dunyakum (Bukhari)".