BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 28, 2011

Dadah dan generasi muda


Saban hari terpampang di akhbar2 tempatan dengan berita mengenai sindiket dadah samada di dalam mahu pun di luar negara. Dapat kita lihat, ramai generasi muda sekarang yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini.

Sesungguhnya, ketegasan kerajaan dalam memerangi isu dadah ini tidak memadai dengan mewujudkan undang-undang yang amat ketat. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 menegaskan mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Lihat pula berapa banyak wang yang disalurkan oleh kerajaan untuk memulihkan anak2 muda yang mengambil dadah ini. Betapa banyaknya pusat serenti yang ditubuhkan. Pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan. Pelbagai pertubuhan anti dadah telah mula diperbanyakkan. Penguatkuasaan juga telah mula diperhebatkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam dan beberapa NGO yang lain. Terdapat juga Rakan Cop yang sukarela membantu pihak berkuasa.

Tidak nampak kah mereka akan usaha yang dilakukan? Betapa takutnya kita terhadap keruntuhan akhlak anak muda. Betapa tidak sampai hatinya kita untuk menghukum golongan ini sedangkan penyakit HIV yang sangat sukar diubati itu lebih dekat dengan mereka yang positif dadah. Malaysia lebih tegas terhadap mereka yang memproses, menjual, menyeludup dan membekalkan dadah sehingga tiada kompromi, maut menanti. Sedangkan yang mengambil dadah ini tidak dihukum gantung pula. Tetapi dibiarkan menghadapi kesan dari perbuatan mereka sendiri. Jika terlambat mereka berhenti, mati sia2 juga mereka ini akhirnya. Seksa pula tu. Yang melihat ini rasa kesian dan jijik dgn keadaan kamu nnt. Bukan senang nak berubah, bukan senang nak berhenti.

Oleh itu, elakkan dari mengambil atau terlibat dgn dadah ini drpd awal2 lg. Tidak malukah kita nnt bila tertangkap? Tidak bersalahkah kita melihat maruah ibu bapa kita tercalar dek sikap tidak bertanggungjawab kita? Tidak sedarkah kita yang kita telah menzalimi diri kita sendiri? Sanggupkah kita merosakkan dan menggelapkan masa depan keturunan kita sendiri? Yakinkah kita tidak menyebarkan virus HIV atau penyakit AIDS kepada anak dan isteri kita? Siapa yang sanggup menjaga kita bila kita dah sakit nnt? Akan tercapaikah Wawasan 2020 yang dilaungkan oleh pemimpin kita, Tun Dr Mahathir Mohamad? Tidakkah persoalan2 ini timbul dlm benak fikiran kita tatkala kita berhadapan dgn dadah?

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
“..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...”
(Surah At-Tahrim : 06)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya.”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Mari bersama2 kita tangani masalah ini. Didikan dari rumah perlu dimulakan. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memenuhi keperluan harian mereka bkn memenuhi kehendak mereka dgn mudah. Kenali siapa mereka berkawan dan sentiasa mengingati mereka agar mereka dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara. Tindakan kawalan yang tegas perlu diambil sekiranya anak2 mula menghampiri atau terhidu kegiatan tidak baik mereka itu. Namun, bukan kongkongan untuk jangka masa lama cuma pastikan mereka dalam perhatian. Sekiranya telah terlibat, asingkan. Itu lebih baik. Selain itu, ibu bapa perlu mengukuhkan institusi kekeluargaan. Anak2 juga perlu memainkan peranan memilih kawan. Beringat2lah dengan kata org tua2, ‘kawan makan kawan’, ‘musang berbulu ayam’. Ketahuilah bahawa dunia ini begitu liar untuk mereka terokai tanpa ‘interpersonal skill’ yang baik.

Fenomena ini menjular secara senyap dalam masyarakat kita ini. Terdapat anasir luar yang ingin merosakkan golongan muda daripada memberi sumbangan berguna terhadap agama, masyarakat dan negara. Apabila lemah generasi muda ini, maka akan memudahkan usaha mereka menjatuhkan kita dan menguasai kita pada masa akan datang. Banyak sumbangan yang mereka salurkan ke dalam negara ini untuk merosakkan golongan muda. Selain itu, kedudukan Malaysia di dalam peta dunia menarik ramai pihak untuk menjadikan Malaysia sebagai transit penyeludupan dadah antara timur dan barat. Tambahan pula, ramai warga asing yang belajar atau bekerja di sini mendapati mata wang serta pelanggan di Malaysia mampu memberi hasil lumayan kepada mereka.

Usaha serangan pemikiran golongan kafir ini telah mula tersebar luas. Kita juga telah lama diberi amaran dan peringatan mengenainya sejak dulu lagi melalui firman Allah di dalam al-Quran:

” Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka) ” (Surah An-Nisa’:89).

Kehidupan yang di bawa oleh Islam cuba dihapuskan oleh golongan ini dengan membawa mesej agama menjadi kemunduran umat manusia. Sedangkan Islam lah yang mendidik manusia supaya proaktif mencipta kemajuan seiring dengan kemantapan akhlak dan kemantapan iman. Modenisasi dilaung-laungkan kini menjadi budaya pemikiran remaja melalui trend berpakaian, cara bersosial, teknologi canggih yang membenih sifat kemalasan dan gaya berfikir, secara halus cuba meranapkan kehidupan Islam yang sebenar.

Pengaruh dadah ini terjadi biasanya dari pengaruh rakan sebaya dan masalah keluarga. Kegoyahan iman dan pegangan agama menyebabkan ada yang tidak mampu membezakan sesuatu yang baik dan buruk serta tidak mampu menahan nafsu sendiri. Bermula dengan mencuba rokok untuk suka2, kemudian menjadi rutin harian yang memudaratkan. Dalam suka2 itu, tidak ramai yang bernasib baik. Ada yang dianiaya. Antaranya, dalam rokok itu dicampur dengan dadah. Sekali ketagih, keinginan hendak lg itu susah dibuang. Ada juga dadah disuntik dlm minuman kotak atau dimasukkan dalam gelas. Ada juga tujuannya hanya bermula untuk menikmati tubuh anak gadis muda kita tp kesan pd anak gadis itu nnt pula bagaimana? Ada juga yang dipujuk sehingga menjadi keldai dadah. Daripada tidak memiliki akan timbul keinginan untuk memiliki selepas dibutakan dengan nikmat dan hasil lumayan yang ditunjukkan. Ada yang menjadi penagih tegar, ada yang menjadi tokan dan ada yang menjadi ketua kongsi gelap atau sindiket dadah. Apapun caranya, ia boleh dielakkan jika kita tidak mudah mempercayai orang terutama yang baru dikenali dan berpegang pada prinsip menyayangi diri sendiri. Sentiasalah berhati2 dalam pengambilan makanan dan pergaulan kita.

Hebatkah kita mengambil dadah? Mungkin ya. Tp sekejap sahaja kesannya. Lihat lah nasib antara artis2 kita yang telah mencuba dadah. Ke mana mereka akhirnya? Sihatkah kita mengambil dadah? Tidak. Doctor pn bagi dos tertentu sahaja untuk perubatan. Itu pn dgn nisbah yg sgt sedikit. Kaya kah kita bila menjadi pembekal? Ya, kita kaya. Tp tidak lama. Apa guna jika selepas itu sisa hidup kita di dalam lokap atau pusat serenti atau terlantar lemah atau tidak tenang? Sebagai Islam kita harus sedar dan beringat. Firman Allah SWT:

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Tuhanmu menghukum kaum 'Aad' penduduk Kota Iram itu mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Belum pernah bangun(suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain. Dan kaum Tsamud mampu memotong batu-batu besar dilembah. Kaum Firaun bahkan mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). Mereka berbuat sewenang-wenangnya dalam negeri. Bahkan mereka berbuat banyak kerosakan di dalam negeri itu. Kerana itu, Tuhanmu menimpa azab kepada mereka. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi."
(Al Fajr: 6-14)

Golongan muda yang merupakan asas kekuatan negara perlulah berperanan mengawal gelora nafsu agar tidak gelojoh mengejar kepuasan dunia. Mereka rata-rata hidup dalam angan-angan dan mencipta sebuah ketenangan yang palsu bersama hiburan melampau dan budaya kebebasan hidup tanpa sempadan.

”Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? ” (Al-An’am:32)

Pada mata masyarakat kita, penagih dadah ini umpama ‘mayat hidup’. Kurus kering. Mudah diserang penyakit dan perlu bergantung dengan dadah untuk mendapatkan kekuatan. Berapa lama kita sanggup hidup macam tu? Kita juga gelar mereka sbg golongan sampah masyarakat kerana mereka tidak mendatangkan hasil baik kepada anak bangsa dan negara. Malaysia ini bumi bertuah. Penuh dengan hasil2 yang boleh diniagakan, pelbagai kerja ditawarkan dan penuh dengan bidang yang belum diterokai. Pokoknya pada kita samada untuk mengubah nasib sendiri atau berhenti dengan menyalahkan takdir. Ingat mak ayah kita dulu pn terpaksa hidup susah untuk membesarkan kita.

Cuba kita perbanyakkan membaca artikel2, mendengar ceramah dan menonton cerita berunsur nasihat. Buka mata kita akan kehidupan yang golongan ini lalui. Berpesanlah sesama kita. Bersama kita bina kehidupan yang lebih selesa.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM.
Bersama kita membuka buku baru, berhijrah dan bertaubat selagi masih sempat.
Firman Allah;
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Baqarah: 218)

0 comments: