BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 28, 2011

Dadah. Jenis syabu dan kesannya.

Hari ini aku terpanggil untuk menceritakan serba sedikit mengenai dadah. Mana tidaknya, ada antara sahabat yang menyuarakan kerunsingan mereka mengenai isu dadah yang semakin buas dalam masyarakat kita. Apatah lagi apabila ia hampir menyeret darah kandung mereka sendiri ke lembah gelap itu. Di sini aku hanya akan menceritakan serba sedikit mengenai dadah secara kasar.

Dadah merupakan suatu bahan kimia asli atau tiruan yang boleh memudaratkan diri seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental. Tahukah kita dadah terdiri dari beberapa jenis dan bahan2 berbeza seperti ini:

Jenis :- Bahan..
Narkotik (Opiat) :- Candu, Morfin, Heroin, Kodein.
Perangsang (Stimulants) :- Amphetamine, Kokain, Syabu, Ecstacy.
Penekanan (Deppressants) :- Ganja, Hashish, Sedatif Hipnotik jenis Barbiturat, Tranquilizer.
Halusinogen :- Lysergic Asid Diethylamide (LSD), Mescaline Psilosybin

Aku lebih tertarik untuk menerangkan mengenai syabu kerana hasil rampasan oleh pihak berkuasa pada tahun 2011 ini terhadap syabu telah banyak berbanding rampasan ganja.

Nama saintifik bagi syabu ialah amphetamine sejenis dadah jenis stimulant (perangsang). Pada amnya di negara ini amphetamine hanya diluluskan untuk sejenis penyakit kanak-kanak yang terlalu aktif dan kurang daya tumpuan dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder).

Syabu boleh menyebabkan ketagihan dan memudharatkan kerana ia adalah sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf (otak dan saraf tunjang) yang menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Kesan pengambilan syabu menyebabkan sakit emosi dan menyebabkan otak menjadi lembab, kemurungan dan boleh membawa kepada sakit jiwa yang teruk jika diambil berpanjangan.

Dadah jenis syabu mempunyai kesan mudarat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB). Pengambilan dadah jenis ecstasy dilaporkan paling banyak digunakan khususnya oleh para remaja yang mengunjungi ‘night club’, disko, karaoke atau tempat-tempat hiburan. Manakala syabu lebih diminati oleh golongan pelajar baik sekolah rendah dan menengah mahupun kolej dan universiti.

Pil ecstasy dari segi perubatan dikenali sebagai ‘methylenedioxy methamphetamine’ (MDMA). Pil Ecstasy juga dikenali sebagai Playboy, Pink Lady, Apple. Extc, Pink, Eagle, Horse, Bird, Rabbit dan terdapat 116 trade marks. Selain itu, pil ini berlainan warna mengikut wilayah 'tokan' samada kawasan KL, Kelantan, Johor, Perak atau Terengganu.

Pil ecstacy yang pelbagai bentuk dan trade marks.




Syabu adalah dadah tiruan mengandungi ‘methamphetamine’ dari Sodium Bicarbonate. Jenis ‘Designer Drug’ ini merupakan ketulan-ketulan cerah atau ‘Colourless’ Crystalline Substances. Biasanya dibungkus kecil2 dalam plastik atau dlm straw yang di ‘seal’. Sebungkus kecil bersaiz seinci yang didalamnya ada ketulan seperti gula itu boleh mencecah lebih RM50 dan ke atas. Harga syabu ini lebih 4-5 kali ganda daripada harga heroin. Antara negara pengeluar syabu yang besar adalah China (pengeluar asal) dan Filipina.
Cara bungkusan kecil ini menyebabkan ia sukar dikesan pada pelajar.

Bungkusan kecil syabu.


Apabila rampasan dilakukan, pihak berkuasa akan merampas bersama straw, botol air kaca, kertas timah (biasanya yang di ambil dr bhgn dlm rokok Dunhill) dan 'lighter'. Ini kerana peralatan ini digunakan untuk menikmati syabu ini. Ia bukan dimakan secara terus sebaliknya disedut asapnya. Straw akan dipotong dan dibakar sedikit dan dicelup ke dalam air agar berfungsi seperti penapis air umpama sistem menyedut sisha.

Biasanya pembekal syabu akan turut sama merasa syabu ini kerana mereka boleh mengelakkan diri daripada ditangkap sbg pembekal syabu. Cerdik ke tu? Selain itu, operasi penjualan akan berlangsung dengan cepat di tepi jalan, di tempat yang ramai org dan ada juga di tempat sunyi. Pembeli pula akan terus pulang ke sarang atau bilik mereka dan berkurung bagi menikmati syabu sblm bukti2 dihapuskan terus.

Biasanya pembekal akan mempengaruhi pelajar bahawa pengambilan syabu akan meningkatkan daya tumpuan mereka belajar. Sebenarnya, kata2 itu adalah psykologi agar pelajar rasa mereka memang menumpukan perhatian bila ambil syabu tersebut. Sebenarnya, tanpa syabu mereka memang boleh lakukan cuma mereka telah di 'brain wash' agar syabu ini menjadi pendorong kepada mereka. Sedangkan doa dan niat adalah pendorong sebenar bg orang Islam. Bagi mereka yg tidak mengharap bantuan Allah sahaja akan mengharap pada benda yg memudaratkan diri. Otak mereka dan niat mereka memang ingin belajar tetapi yang silapnya mereka merasakan dadah itu perlu diambil dahulu sebelum mendorong mereka menjadi rajin belajar dan bermulut manis. Habis sahaja kesan syabu, pelajar akan mula mengantuk, lembik, kuyu, murung, mula tidur lama, hilang selera makan, mata merah, perubahan pada tingkah laku, kemerosotan pada paras rupa dan menjadi diri mereka yg semakin mundur dari rakan2 yg lain. Mutu kerja juga akan berkurangan.

Kesan syabu pada otak.


Kalau diambil ketika mereka sedih, mereka akan menangis kesedihan sepuas2nya. Kalau mereka gembira, mereka akan cuba bergembira sahaja tanpa hiraukan waktu solat, waktu org lain sedih. Semuanya 'hyper' dr apa yg mereka pendam. Kalau marah, mereka marah semarah2nya. Kalau mereka berdendam atau ada niat merompak, mereka akan lakukanya sehingga membahayakan nyawa org lain. Kesannya adalah lebih dahsyat jika si pengguna memang berkelakuan tidak baik. Oleh itu, pengambilan syabu akan menyebabkan mereka bertindak di luar kesedaran mereka. Pada mereka, mereka  menjadi lebih baik. Sebaliknya tidak kerana ketika itu mereka telah hilang pertimbangan waras.

Hilang kewarasan sehingga memudaratkan orang lain juga.

Sebagai orang Islam, kita perlu berpegang pada al-Quran dan al-Hadith. Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
Maksudnya : ” Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram”.
(Riwayat Muslim)

Dalam al-Quran juga meminta umat Islam menyayangi diri mereka.
“..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..”
(Surah Al-baqarah : 195)



Ulama' juga bersepakat mengatakan bahawa semua kegiatan dadah adalah haram hukumnya.
Pendapat Ulama' ini berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Jelasnya, penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya, seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar.



“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6) penuangnya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.”






Malah bukan Islam sahaja menolak umatnya mengambil dadah. Agama lain juga menolak pengambilan dadah. Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa: “Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati”.

Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira “adharmic” yang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh kerana itu, penggunaan dadah juga dianggap “adharmic”.

Penagih dadah terlantar tidak bermaya.


Negara kita juga berusaha memberikan panduan untuk memilih kehidupan yang baik dengan meluluskan hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan.


Sahabat Rasulullah SAW, Mu’az bin Jabal pernah menyatakan, “Tidak ada seorang hamba yang menghadap Allah pada hari kiamat yang tidak akan menggerakkan tapak kakinya sehingga ia ditanya mengenai empat perkara; Pertama, bagaimana tubuhnya digunakan. Kedua, bagaimana ia menghabiskan umurnya. Ketiga, bagaimana ia mengamalkan ilmunya. Keempat, bagaimana ia mendapat dan membelanjakan hartanya?”



Secara keseluruhan, dadah itu memberi kesan seperti meminum arak. Perbuatan ini selalunya menyumbang kepada masalah sosial yang lain. Contohnya, keruntuhan institusi kekeluargaan, kes jenayah berat, merosakkan diri dan bunuh diri. Maka, bersama kita menjauhi dadah. Setiap nasib kita di muka bumi ini adalah atas pilihan kita sendiri samada kita bertindak segera untuk hidup yang lebih baik atau sebaliknya.


3 comments:

Unknown said...

entri yang sangat bagus dan best untuk dibaca:)

Qiya Saad said...

Klu blh trangkn scara tprinci mcm mne sikap n prangai pelik jika sseorg tu mghisap syabu ni..tq..

Sesedap Biskot Abang said...

terima kasih, zila ismail. Akan ditambah baik pada masa akan datang.



Saudara Infinity Trends, saya mungkin tidak dapat nak terangkan secara terperinci sebab syabu ni jenis stimulan. Keadaan pengguna tu dapat dikesan jika orang tu selalu bersama dan kenal sikap dia. Mereka akan kelihatan berkelakuan lain daripada biasa. Biasanya, pengguna syabu akan ada rasa “euphoria” iaitu dia akan rasa gembira dan seronok, rasa lebih bertenaga, hilang mengantuk, rasa lebih daya tumpuan, berjaga-jaga dan kurang berselera makan.

Walaubagaimanapun, pengguna syabu akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh-peluh, anak mata jadi besar sikit, tangan dan badan menggeletar dan mereka akan alami sakit kepala.

Selepas kesan khayal hilang, mereka akan rasa gelisah, cepat marah, gementar, bingung, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Bergantung pada keadaan sekitar mereka. Bila berfikir tu nampak macam tak matang sikit. Mereka juga akan mudah hilang keyakinan diri.

Kalau ambil pada dos yang tinggi, dadah ni boleh menaikkan suhu badan dan boleh terkena sawan.