BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah / Awal Muharram (1434H)


Assalamualaikum kepada semua saudara Islam di luar sana..

Saya mengambil kesempatan masa lapang ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Islam, 1434H. Dan Selamat bercuti pada esok hari, Khamis. Di sini, saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari mengenai serba sedikit mengenai peristiwa Hijrah ini dan secara tidak langsung dapat mengingatkan diri saya sendiri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Tahukah saudara dan saudari bahawa "Maal Hijrah" itu bermaksud "bersama berhijrah"? Perasan tak selama ini kita dilaungkan dgn perkataan tersebut setiap tahun? Sedarkah kita betapa saudara Islam kita yang ada di luar sana ingin mengajak kita bersama-sama mereka menghayati peristiwa hijrah ini. Jadi, baru kini saya sedar untuk mengajak anda turut sama berhijrah daripada tidak baik kepada yang lebih baik pada tahun baru ini. Disini lah kita mulakan perubahan kita untuk meningkatkan ketakwaaan kita.

Firman-Nya :

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar."  (Surah At-Taubah: 20)

"Maka segeralah kembali kepada Allah.."(Surah Adz-Dzariat: 50)

"Dan perbuatan dosa tinggalkanlah." (Surah Al-Muddathir: 4)

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hambaNya" (al-Baqarah: 207)


"Dari Amru bin Abasyah y berkata : Seseorang bertanya : Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Beliau menjawab : "Hatimu menyerah dan orang-orang Muslim selamat dari gangguan tangan dan lisanmu. Ia berkata : "Islam macam mana yang paling utama?" Beliau menjawab : "Al-Iman." Ia bertanya : "Apakah iman itu?" Beliau menjawab : "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan kebangkitan setelah mati." Ia bertanya lagi : "Iman macam mana yang paling utama?" Beliau menjawab : "Hijrah." Ia bertanya : "Apakah hijrah itu?" Beliau menjawab : "Engkau tinggalkan kejahatan."   (HR Ahmad)


Tauhid yang dituntut dari seorang hamba adalah kembali dari selain Allah menuju kepada Allah. Hijrah kepada Allah termasuklah menghindari apa-apa yang dibenci Allah, dan mengikuti apa-apa yang dicintai dan diredhai-Nya. Tuntutan hijrah berlaku sepanjang zaman seperti berhijrah dari satu tempat yang tidak ada tempat untuk belajar ilmu ke tempat yang boleh menuntut ilmu, juga dari satu tempat yang banyak melakukan maksiat ke tempat yang tidak ada maksiat. Selain itu, berhijrah daripada perkara buruk kepada suka perkara baik; daripada buat kerja saja-saja kepada buat kerja yg dimulai dgn bismillah dan niat; daripada update status Facebook dgn caci-maki kepada share petikan2 ilmu, nasihat atau pengajaran yang baik-baik.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya, "Tidak ada hijrah selepas pembukaan Kota Mekah kecuali jihad dan niat".


Okay, mari share sedikit mengenai sejarah kalendar Hijrah ni sikit sebelum kita baca lebih lanjut.
Kalendar Hijrah ini merupakan kalendar lunar iaitu takwim yang disusun berasaskan bulan, dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun. Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ini adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2 iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ia merupakan rentetan peristiwa dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain (Safar) selain Muharram. Namun, kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Al kisah kenapa kalendar ini mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar,  serta bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.


Okay, tahukah saudara dan saudari bahawa bulan Muharram ini adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram? Haram? Why?

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (Surah At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. Juga, larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Tahukah saudara dan saudari bahawa bulan Muharram itu adalah bulan pertama dalam kalendar tahun Hijrah? Mungkin ramai dari generasi sekarang hanya tahu Januari adalah bulan pertama dalam kalendar tahun Masihi. Tiada orang yang beritahu mereka sedangkan kita sering di ajak bersama-sama membuat kebaikan. Bukankah azan juga mengajak kita solat dan menuju ke arah kejayaan?
Okay, Hari ini adalah 14 November 2012, lepas maghrib nnt adalah 1 Muharram 1434H.
So, malam ni marilah kita sama-sama memeriahkan masjid-masjid di tempat kita. Solat berjemaah. (bkn hari ni je, lepas-lepas ni teruskan lagi..kiranya saya nak cakap.. JOM! Beribadah.)

Hari ini kita sama-sama membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. Bagi yang nak solat di rumah tu, di bawah ini saya sertakan doa awal dan akhir tahun:

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Rabu, 14 Nov 2012 : Petang)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (Rabu, 14 Nov  2012: selepas Maghrib)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Setakat ini je yang sempat saya tulis. Nak baca lebih banyak pasal peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari kota Mekah ke kota Madinah; perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Muharram, silalah baca di blog blogger kita ni.. klik sini.

Okay lah. Tak nak buang masa lagi. Nak cepat balik siap-siap nih...
Selamat beramal semua! =)