Friday, May 17, 2013
Friday, May 3, 2013
Menunaikan Ibadah Umrah Cinta Rasul 2013
Salam Sejahtera, Salam Ukhwah dan Salam Rindu..
Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan saya bersama jemaah-jemaah yang lain perjalanan Umrah yang lancar, selamat, padat serta diharap akan menjadi umrah yang mabrur.
Buat pengetahuan para pembaca, pada 12.12.2012 yang lalu, saya telah berkunjung ke kaunter Tabung Haji lalu mendaftar untuk menunaikan Umrah pada 18 April 2013 hingga 30 April 2013 dengan mengikuti pakej Umrah Cinta Rasul melalui TH Travel Sdn Bhd. Saya tidak sangka akan dijemput untuk menziarahi Baitullah. Tiba-tiba tergerak hati. Syukur Alhamdulillah kerana telah diberi peluang keemasan ini. Saya harap, saya akan dijemput lagi ke sana dan mungkin untuk melaksanakan Haji pula.. Insya Allah. (telah 2 tahun saya tangguhkan untuk mendaftar haji kerana tunggu berkahwin tetapi masih tidak berdaftar lagi sehingga sekarang sebab masih single lagi.. punya la risau kot2 bakal isteri tidak dapat pergi bersama nanti.. tetapi lepas berbual dengan semua jemaah umrah, pendapat saya telah berubah dan saya akan daftar haji selepas kembali daripada umrah ini nanti.. Insya Allah.)
Mula-mula daftar dengan kawan tapi bila penghujungnya, kawan saya tidak dapat pergi. Akhirnya, pemergian saya ke sana adalah berseorangan. Saya teruskan juga kerana hati ini rasa mudah dan tidak berat hati pun. Betul. Allah mudahkan perjalanan saya. Kawan baru pun ramai. Sejak dari kursus umrah lagi saya sudah dapat kawan yang selalu bersama-sama bila diperlukan. Alhamdulillah.
Sedikit nasihat buat pembaca, niat kita untuk ke sana bila dijemput perlu bersih, ikhlas dan berniat Lillahita'ala. Dari Malaysia lagi, kita perlu praktikkan niat yang betul agar di sana nanti kita tidak terpesong niat. Saya pun dinasihatkan oleh orang yang pernah pergi ke sana. Memang betul, semuanya lancar. Habis setiap ibadah kita buat, baru la fikir nak bergambar ke shopping ke tapi dengan syarat kita buat yang utama dahulu. Merendah diri, bersungguh-sungguh mengharapkan ibadah yang diterima serta mendapat umrah mabrur.
Para pembaca sekalian, suka untuk saya berkongsi serba sedikit perjalan umrah saya ke sana daripada sebelum sehingga selepas pulang. (Bergantung kepada masa yang saya ada..dan jika di izinkan Allah.. mungkin banyak dan mungkin sedikit yang dapat saya kongsikan.)
Pakej yang saya ikuti ini adalah Pakej Umrah Cinta Rasul. Harga jangan risau kerana Tabung Haji memang cekap dalam pengurusan mereka. Banyak input yang kita dapat dan mutawif yang ada begitu komited dengan tugas mereka sehingga kita rasa seperti sekeluarga. Mereka tidak tinggalkan kita dan tetap tekun membantu.
Kebetulan pula, pakej yang saya ikuti ini rupanya diikuti dengan orang yang selalu keluar TV dan radio. Tak sangka betul Allah bagi peluang bersama mereka. Jika Allah tidak takdirkan kita dijemput atau bersama mereka, memang kita tidak akan ada dalam flight ke sana. Betullah kata orang, hanya yang dijemput akan sampai dan dapat beribadah dengan tawaduk.
Orang yang saya katakan itu adalah Ustaz Haji Don Daniyal Don Biyajid (TV Al-Hijrah dan Program 30 Minit Bersama Ustaz Don) dan Ustazah Hajjah Yusnah Binti Yusof (Penceramah undangan IKIM FM dan slot Tazkirah Haji di Astro Oasis).. Tak dilupa juga para Mutawif muda iaitu Ust M. Izzat, Ust Mohd Fikri, Ust Ahmad Sobri, Ust Fakhrulhadi dan Ust Fakhrulnizam. Banyak pengalaman saya bila bersama mereka yang mungkin tidak semua pengalaman itu boleh dikongsi dalam ini kerana berunsur peribadi dan ada banyak video bersama mereka yang bersaiz besar.. Memang menarik dan seronok bersama mereka. Mereka juga tidak lokek ilmu. Banyak kisah sejarah dan ilmu agama yang berguna untuk meningkatkan lagi penghayatan kita di kawasan Tanah Haram. MasyaAllah.. semua cerita waktu kecik-kecik dulu dapat kita lihat dan recall dengan jelas di tempat asalnya... Kisah Nabi-nabi sampai kisah sahabat-sahabat. Semuanya cukup mengukuhkan lagi apa yang kita baca di dalam Al-Quran.
Bersama Ustazah Yusnah dan Ustaz Don Daniyal |
Bersama Mutawif (dari kiri Ustaz Izzat, saya, Ust Sobri, Ustaz Fakhrul, dan Ustaz Fikri.) |
Penting tuan-tuan dan puan-puan membaca tafsir al-Quran kerana apa yang kita baca di Malaysia dalam kitab tersebut semuanya dapat kita lihat dengan mudah di sana. Kalau kita tidak ada pengetahuan tentang isi kitab suci itu, kuranglah penghayatan kita nanti. Al-Quran itu bukan sekadar untuk dibaca berlagu tetapi untuk dihayati dan dirujuk. Ingatlah pesan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. bahawasanya kita ini tidak akan sesat selagi kita berpegang kepada 2 perkara ini iaitu Al-Quran dan Sunnah. Ya para pembaca. Disana sangat cantik lagi ibadah kita jika kita cuba mula mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. jika kita belum pernah nak ikut. Tambahan pula makam Baginda ada di masjid Nabawi.. Boleh kita praktikkan sebagai menunjukkan yang kita juga sayangkan baginda.
Oleh itu, sebelum kita berangkat lagi kita boleh mula mengaji al-Quran dan mempraktikkn sunnah serta membaca kisah-kisah nabi dan sahabat untuk mendapatkan lebih penghayatan. Banyakkan solat sunat dan qiamulail agar kita tidak berasa kosong bila ada masa terluang di sana nanti. Mulut pun jangan lupa untuk berzikir dan berselawat.
Penting juga study sendiri daripada awal tentang perjalanan Umrah dan hukum-hakam menunaikan umrah. Para pembaca perlu mencari peluang untuk mengikuti kursus umrah dan juga perlu membaca pelbagai bentuk buku rujukan umrah kerana setiap bacaan boleh memberikan kita pemahaman yang lebih. Ada juga buku bacaan yang menceritakan perjalanan apa yang perlu dibuat; ada juga buku yang menceritakan doa-doa yang sesuai; ada juga buku yang hanya berkisar tentang hukum-hakam mengikut mazhab dan ada juga buku yang menyebut tentang sejarah serta asas-asas dalam umrah.
Lagipun, kita yang perlu tahu bila perbuatan kita sudah kena Dam (hukuman/denda) atau tidak. Bukannya mutawif atau jemaah lain yang perlu pantau untuk kita sebaliknya kita sendiri yang perlu pantau diri sendiri agar tidak melanggar segala pantang-larang. Jika kita sendiri tidak tahu, nanti sampai balik Malaysia kita dalam pantang larang ihram pula. Berapa lama nak tangung dosa?
Okay tuan puan, saya menulis pada post kali ini sebagai mukadimah post-post umrah yang seterusnya. Harap tuan-puan sudi menunggu ye. Mungkin saya tidak berapa rajin nak menulis keseluruhan hari-hari di sana tetapi akan saya ringkaskan kepada part yang perlu kita tahu sahaja. Gambar-gambar juga tidak banyak saya ambil kerana menjaga niat semasa beribadah. Mana yang sempat selepas saya solat atau selesai sesuatu ibadat khusus baru la ada gambar yang saya ambil. Harap maklum.
Yang penting tuan-puan, niat kita datang untuk perbanyakkan beribadat dan bukan datang untuk melancong seperti yang kita biasa buat ketika ke luar negara. Maksud umrah itu sendiri jika difahamkan kita tidak akan buat macam nak melancong. Ada hadith yang kita perlu tahu daripada Riwayat Bukhari dan ada juga hadith Riwayat Muslim yang memberitahu kelebihan-kelebihan beribadat di tempat-tempat di sini. Kita kejar juga pahala yang akan kita dapat di sini yang tidak ada di tempat kita melancong. Bukan bawa list apa nak beli atau apa cenderamata nak bawa balik tetapi list apa kita nak buat di sana. apa ibadah sunat yang kita nak buat dan sebagainya.
Secara tak langsung, pakej Umrah Cinta Rasul yang saya ikuti ini juga ada diselitkan rancangan "30 Minit Bersama Ustaz Don"; "Forum Perdana: Al-Quran dan Al-Sunnah Tarbiyah Ummah"; serta buat pertama kalinya Ust Don memberi tazkirah di atas kapal terbang. Pilot kami pun boleh leka bercakap utara. Memang seronok Umrah kali ini. Kalau boleh, nak datang lagi. Berat hati dan sedih je masa nak tinggalkan Madinah.
Oh ye, pakej saya ikut ni masuk Mekah dahulu baru Madinah. Jadi boleh la saya katakan yang saya datang bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Bila tuan puan ikut program umrah atau haji nanti, tuan puan akan faham maksud saya.
Sekian catatan ringkas saya buat pemanas badan. Insya Allah kita akan kongsi lagi di lain hari.
Wa salam.
Posted by Sesedap Biskot Abang at 2:13 AM 0 comments
Wednesday, April 17, 2013
Mohon Ampun Dari Hujung Rambut ke Hujung Kaki
Salam Semua.
Hari ini adalah hari yang aku berdebar2... esok aku akan berangkat ke tempat yang aku dengar cukup istimewa dan indah di hati sanubari semua umat Muhammad s.a.w.
Jadi, dikesempatan ini, dengan rendah diri, ikhlas dari hati, aku menghulur sepuluh jari, memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini terutama keluarga, saudara-mara, guru-guru, dan sahabat-handai.
Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang serta selamat menunaikan tanggungjawab. Aku harap kepulangan aku nanti akan membawa sinar harapan baru serta perubahan yang baik terhadap diri aku.
Sekian sahaja post kali ini. Akan datang aku akan kongsi pengalaman aku ini.
Wa salam.
Posted by Sesedap Biskot Abang at 4:17 PM 1 comments
Friday, December 14, 2012
Handphone Aku Dulu
(gambar cari dlm Google... warna H/P aku dulu warna biru gelap...) |
(gambar dari en gugel juga... warna sama) |
(Gambar dari en gugel juga... 2-2 warna aku pakai... kan boleh tukar2..) |
(Gambar search dari Google. Sama warna dan bentuk...) |
(Sumber gambar: Google. Warna dan Bentuk : sama) |
(Sama warna. Sumber: Google) |
(Sama warna dan bentuk. Sumber gambar dari Google) |
(Gambar dari en Google. Rupa sebijik mcm aku punye..) |
(Sumber dari Google juga. Aku punya warna hitam) |
Posted by Sesedap Biskot Abang at 5:46 PM 0 comments
Wednesday, November 14, 2012
Maal Hijrah / Awal Muharram (1434H)
Assalamualaikum kepada semua saudara Islam di luar sana..
Saya mengambil kesempatan masa lapang ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Islam, 1434H. Dan Selamat bercuti pada esok hari, Khamis. Di sini, saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari mengenai serba sedikit mengenai peristiwa Hijrah ini dan secara tidak langsung dapat mengingatkan diri saya sendiri.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Tahukah saudara dan saudari bahawa "Maal Hijrah" itu bermaksud "bersama berhijrah"? Perasan tak selama ini kita dilaungkan dgn perkataan tersebut setiap tahun? Sedarkah kita betapa saudara Islam kita yang ada di luar sana ingin mengajak kita bersama-sama mereka menghayati peristiwa hijrah ini. Jadi, baru kini saya sedar untuk mengajak anda turut sama berhijrah daripada tidak baik kepada yang lebih baik pada tahun baru ini. Disini lah kita mulakan perubahan kita untuk meningkatkan ketakwaaan kita.
Firman-Nya :
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar." (Surah At-Taubah: 20)
"Maka segeralah kembali kepada Allah.."(Surah Adz-Dzariat: 50)
"Dan perbuatan dosa tinggalkanlah." (Surah Al-Muddathir: 4)
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hambaNya" (al-Baqarah: 207)
"Dari Amru bin Abasyah y berkata : Seseorang bertanya : Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Beliau menjawab : "Hatimu menyerah dan orang-orang Muslim selamat dari gangguan tangan dan lisanmu. Ia berkata : "Islam macam mana yang paling utama?" Beliau menjawab : "Al-Iman." Ia bertanya : "Apakah iman itu?" Beliau menjawab : "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan kebangkitan setelah mati." Ia bertanya lagi : "Iman macam mana yang paling utama?" Beliau menjawab : "Hijrah." Ia bertanya : "Apakah hijrah itu?" Beliau menjawab : "Engkau tinggalkan kejahatan." (HR Ahmad)
Tauhid yang dituntut dari seorang hamba adalah kembali dari selain Allah menuju kepada Allah. Hijrah kepada Allah termasuklah menghindari apa-apa yang dibenci Allah, dan mengikuti apa-apa yang dicintai dan diredhai-Nya. Tuntutan hijrah berlaku sepanjang zaman seperti berhijrah dari satu tempat yang tidak ada tempat untuk belajar ilmu ke tempat yang boleh menuntut ilmu, juga dari satu tempat yang banyak melakukan maksiat ke tempat yang tidak ada maksiat. Selain itu, berhijrah daripada perkara buruk kepada suka perkara baik; daripada buat kerja saja-saja kepada buat kerja yg dimulai dgn bismillah dan niat; daripada update status Facebook dgn caci-maki kepada share petikan2 ilmu, nasihat atau pengajaran yang baik-baik.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya, "Tidak ada hijrah selepas pembukaan Kota Mekah kecuali jihad dan niat".
Okay, mari share sedikit mengenai sejarah kalendar Hijrah ni sikit sebelum kita baca lebih lanjut.
Kalendar Hijrah ini merupakan kalendar lunar iaitu takwim yang disusun berasaskan bulan, dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun. Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ini adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2 iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ia merupakan rentetan peristiwa dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain (Safar) selain Muharram. Namun, kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Al kisah kenapa kalendar ini mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar, serta bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Okay, tahukah saudara dan saudari bahawa bulan Muharram ini adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram? Haram? Why?
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (Surah At-Taubah: 36)
Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. Juga, larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.
Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)
Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Tahukah saudara dan saudari bahawa bulan Muharram itu adalah bulan pertama dalam kalendar tahun Hijrah? Mungkin ramai dari generasi sekarang hanya tahu Januari adalah bulan pertama dalam kalendar tahun Masihi. Tiada orang yang beritahu mereka sedangkan kita sering di ajak bersama-sama membuat kebaikan. Bukankah azan juga mengajak kita solat dan menuju ke arah kejayaan?
Okay, Hari ini adalah 14 November 2012, lepas maghrib nnt adalah 1 Muharram 1434H.
So, malam ni marilah kita sama-sama memeriahkan masjid-masjid di tempat kita. Solat berjemaah. (bkn hari ni je, lepas-lepas ni teruskan lagi..kiranya saya nak cakap.. JOM! Beribadah.)
Hari ini kita sama-sama membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. Bagi yang nak solat di rumah tu, di bawah ini saya sertakan doa awal dan akhir tahun:
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Rabu, 14 Nov 2012 : Petang)
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (Rabu, 14 Nov 2012: selepas Maghrib)
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Setakat ini je yang sempat saya tulis. Nak baca lebih banyak pasal peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari kota Mekah ke kota Madinah; perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Muharram, silalah baca di blog blogger kita ni.. klik sini.
Okay lah. Tak nak buang masa lagi. Nak cepat balik siap-siap nih...
Selamat beramal semua! =)
Posted by Sesedap Biskot Abang at 5:21 PM 0 comments
Monday, August 13, 2012
Arak itu Mabuk, Mabuk itu Haram
Sebelum ini kita telah berkongsi cerita mengenai dadah dan saya juga pernah sentuh sedikit mengenai arak. Kali ini entry saya adalah berkenaan arak. Sesungguhnya di dalam al-Quran telah dinyatakan akan pengharaman arak. Bagi mereka yang mengetahui dan membacanya, sudah tentu akan perasan akan maksud surah al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”
Ada seorang kafir ini yang makan bersama saya tempoh hari telah membangkitkan isu dimana orang Islam sekarang ni boleh minum arak, kerana katanya yang haram itu adalah benda yang memabukkan dan bukannya arak. So, minum arak tu selagi tak mabuk, boleh lah.. Tambahnya lagi, dia sering melihat budak2 Islam ni minum berteguk2 tapi steady lagi. Kebanyakan mereka ini pula adalah golongan yang cerdik pandai. Pemikiran mcm ini mungkin sudah tidak asing lagi bagi anak-anak muda yang sudah mempunyai kerja besar2 di kota2 besar. Kadang2 dimulakan dengan mengikut kawan2. Sesungguhnya, mereka berada dalam kesesatan yang nyata. Buat apa kita nak ikut. kan? kan? Tak pasal-pasal terkeluar potongan ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud; "Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak daripada kebaikan." Manakala dalam surah an-Nahl ayat 44; "Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan."
Bukan mudah untuk terus letak maksud potongan ayat dalam surah tu mcm tu je... Apa yang ada dalam Quran tu, kalau kita tak faham, ada hadith yang menerangkannya agar menjadi lebih jelas lagi untuk kita faham. Sesuatu yang banyak memabukkan meskipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, An Nasai dan Abu Daud yang bermaksud: “Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau pun setitik. (Sumber hadith: Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, Bab 30, hadis No. 3392)
Tahukah kita tiap individu ini berbeza tahap kekuatan kewarasannya? Apa yang saya ingin katakan adalah, ada orang yang meminum arak tu sampai berbotol2 masih steady mungkin sebab dia dah biasakan. Bagaimana masa awal2 penglibatan dia minum? Yakin ke kita kalau dia kata tak mabuk tu masih pada logik akalnya? atau dia tipu kita? Tu antara dia dengan Tuhan la kan. Lagi satu, ada individu bukan Islam sekalipun tak mampu tahan rasa hangat ketika minum walau dengan jumlah yang sedikit, mereka terus mabuk. Mungkin ada orang kata dia steady tapi badan mereka tentu panas dengan muka pun naik merah. Arak ni memang dah jadi minuman di negara seperti jepun, korea, dan negara2 sejuk yang lain kerana sifatnya yang dapat memanaskan badan peminumnya. Pusat kawalan diotak manusia juga akan terganggu. Jadi tidak hairanlah jika peminum ini berjalan terhuyung-hayang, nada bercakap juga berubah-ubah, kejap2 marah la sedih la.. logik akal pn takde lg dah..sampaikan ada yang duduk tengah padang semasa panas terik, menjerit kuat2 kata panas tapi terbaring meneduhkan kepala nya sahaja di bawah bangku duduk atau pangkin sedangkan tak jauh dari dia ada bangku bawah pokok rendang yang lebih selesa dan redup. Tu la. Mulut bercakap mcm biasa tapi tak dapat menilai baik buruk lagi.. kalau yang ketagih arak tu lagi teruk la siap pukul orang dan rogol orang.
Satu lagi hadith yang turut terpakai bagi mengategori status dadah dan pil khayal yang lain tu adalah hadith Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda; "Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Sumber hadith: Kitab Sahih Muslim, hadis No. 3733)
Arak ini akan lebih mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada peminumnya. Akal fikiran dan kesihatan dah tentu rosak, lepas tak waras tu nnt rosak akhlak plak dan akidah pun rosak, dah mabuk dah tentu solat tinggal, tu dah tambah kemurkaan Allah. Dalam tak waras tu nnt timbul permusuhan dan kebencian sesama manusia.. habis porak peranda rumah tangga, keluarga dan masyarakat... Sabda Rasullullah S.A.W. juga, "Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Sumber hadith: Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)
Seperkara lagi, suka saya nak berkongsi. Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi."(Sumber: Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)
Ya, gelaran lain bagi arak telah ada di zaman milenium ini. Ada segelintir manusia yang ketagih untuk minum tapi nak menghalalkan caranya, mereka mencipta arak yang dikatakan "bir halal" atau "non-alcoholic beer" dan sebagainya. Kalau posing2 dan minum yang original tu nampak sangat sama mcm si kafir kot..tu yang reka nama lain kot..
Hmm.. Apa yang dikatakan sebagai "bir halal" itu? Haa.. itu adalah minuman yang diragui status halal haramnya iaitu perkara syubhah. Brand toksah sebut la. bleh fikir. Tambahan pula, Nabi S.A.W. duhulu kan dah suruh kita tinggalkan perkara yang menjadi was-was. Jadi tinggalkanlah. Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). Satu lagi hadith adalah; "Siapa yang berani menggunakan yang syubhat, maka dia hampir melakukan yang haram." (Hadith Riwayat Al-Thabrani)
Kisah penghasilan arak ini pernah saya kongsikan dalam komen dan post lama saya. Baca di sini.
Kalau budak-budak tu bleh la ajar mcm kaedah matematik atau fizik menarik gak kalau kita tgk di sini.
Perkara yang dah jelas tu tinggalkanlah... kalau ragu2 jenama tu tinggalkanlah. tak payah duk nak tanya2 orang boleh ke tak jenama itu ini lg. Nafsu tu. Takut tak dapat minum lagi air yang melambangkan kemegahan syaitan tu lagi, mungkin... sbb rsa nnt tak dapat minum minuman tenaga kita suka tu kan? Papepn, tgk lah siapa pengeluarnya dan tengoklah cara pembuatnya. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Sumber hadith: Kitab Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, bab 30, hadis No. 3380)
Oleh itu, jika pengeluarnya mmg syarikat arak dan mesin digunakan juga sama, dalam kilang yang sama, apa nak ditanya lagi? Tinggalkan je.
Dah besar panjang patutnya tahu jaga diri tu baik2.. berlambak air kt luar sna yg boleh diminum.. tu belum cerita pasal hukuman kepada peminum arak. Papepn, bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu pikir la sendiri!"
Alangkah ruginya golongan cerdik pandai bila taksub dengan perkara duniawi semata-mata wal hal kepintaran mereka tu lebih bernilai untuk diri mereka jika hal-hal berkaitan agama dapat difahami dengan lebih mendalam agar seimbang keperluan dunia dan akhirat. Dunia kini penuh dengan tipu daya dan keseronokan. Siap ada yang sanggup memperlekeh agama sendiri. Salah pilih jalan, tak jumpa jalan pulang.. Apa yang aku lihat, telah ramai saudaraku tersasar dalam keseronokan. Dalam aku mengingatkan diriku sendiri dan berharap agar keturunan ku menjaga maruah diri, aku juga berharap agar saudara-saudara ku yang berada diluar sana tu berhati-hatilah dalam perjuangan mu dan yang telah terkandas tu, pulanglah.. pulang ke pangkal jalan. Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka dan sesungguhnya ajal maut itu dirahsiakan harinya agar kita sentiasa berjaga-jaga.
Posted by Sesedap Biskot Abang at 2:14 PM 0 comments
Saturday, December 10, 2011
Gerhana Bulan
Hari ni, 10/12/2011M bersamaan 15/1/1433H. Entry kali ni mengenai gerhana bulan sebab ibu aku bising suruh pergi masjid tunaikan solat gerhana bulan secara berjemaah. Bukan selalu berlaku. Apa salahnya kita laksanakan secara berjemaah. Bersendirian pun boleh. Solat ini sama je macam solat sunat zohor dan solat sunat muaakad yg lain. 2 rakaat. Cuma waktunya bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Berikut adalah susunan solat sunat gerhana. tak kira lah gerhana matahari atau gerhana bulan sekali pun. Kaedahnya tetap sama. Cuma suara semasa solat sunat gerhana matahari dalam nada perlahan dan begitulah sebaliknya, suara nyaring semasa solat sunat gerhana bulan.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru : Mari solat berjemaah.
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(maksud ayat je aku bagi. tak reti nak taip jawi..)
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
Haa... mesti ada yg pelik bila ditulis qiam 2 kali plak, rukuk pun 2 kali gak, sujud pn 2 kali gak, tapi dalam rakaat yang sama. itulah istimewanya solat sunat gerhana ni.
Bagi kita di Malaysia ini, cara inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu tapi lebih baik kalau dibaca surah yang panjang seperti al-Baqarah, ali-Imran, an-Nisa', dan al-Maaidah). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Bawah ni ada sedikit video untuk kita tengok macamna gerhana bulan malam nih. ramalannya la...
Sekian sahaja entry pada kali ini. Selamat beramal. Lepas isya' kita pergi beramai2. Opps.. dari isya' lg patut dah pergi... yang wajib tu jangan lupe.. =)
Posted by Sesedap Biskot Abang at 7:58 PM 4 comments
Labels: amalan, Awal Muharram, gerhana, malam, pertama kali, solat raya
Wednesday, December 7, 2011
Breaktime
Kadang2 bila dah keje nih, ssh nk update blog. tambah2 sape yg kt opis duduk dpn2 ngan bilik kaca bos. skrin pn bos leh baca. haa... tak bebas nk online. mcm aku. buka software engineering je la... cuma arini aku sempat ber blog walking jap. arini bos kua, so, aku enjoy! jap lg aku pn nk kua walking btul2.. ngehehe...
Posted by Sesedap Biskot Abang at 2:22 PM 2 comments
Labels: break, kerja kuat, time
Monday, November 28, 2011
Dadah dan generasi muda
Posted by Sesedap Biskot Abang at 7:01 PM 0 comments
Labels: Awal Muharram, Dadah, Haram, Jihad
Dadah. Jenis syabu dan kesannya.
Pil ecstacy yang pelbagai bentuk dan trade marks. |
Bungkusan kecil syabu. |
Kesan syabu pada otak. |
Hilang kewarasan sehingga memudaratkan orang lain juga. |
Penagih dadah terlantar tidak bermaya. |