BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 13, 2012

Arak itu Mabuk, Mabuk itu Haram




Sebelum ini kita telah berkongsi cerita mengenai dadah dan saya juga pernah sentuh sedikit mengenai arak. Kali ini entry saya adalah berkenaan arak. Sesungguhnya di dalam al-Quran telah dinyatakan akan pengharaman arak. Bagi mereka yang mengetahui dan membacanya, sudah tentu akan perasan akan maksud surah al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”

Ada seorang kafir ini yang makan bersama saya tempoh hari telah membangkitkan isu dimana orang Islam sekarang ni boleh minum arak, kerana katanya yang haram itu adalah benda yang memabukkan dan bukannya arak. So, minum arak tu selagi tak mabuk, boleh lah.. Tambahnya lagi, dia sering melihat budak2 Islam ni minum berteguk2 tapi steady lagi. Kebanyakan mereka ini pula adalah golongan yang cerdik pandai. Pemikiran mcm ini mungkin sudah tidak asing lagi bagi anak-anak muda yang sudah mempunyai kerja besar2 di kota2 besar. Kadang2 dimulakan dengan mengikut kawan2. Sesungguhnya, mereka berada dalam kesesatan yang nyata. Buat apa kita nak ikut. kan? kan? Tak pasal-pasal terkeluar potongan ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud; "Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak daripada kebaikan." Manakala dalam surah an-Nahl ayat 44; "Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan."

Bukan mudah untuk terus letak maksud potongan ayat dalam surah tu mcm tu je... Apa yang ada dalam Quran tu, kalau kita tak faham, ada hadith yang menerangkannya agar menjadi lebih jelas lagi untuk kita faham. Sesuatu yang banyak memabukkan meskipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, An Nasai dan Abu Daud yang bermaksud: “Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau pun setitik. (Sumber hadith: Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, Bab 30, hadis No. 3392)

Tahukah kita tiap individu ini berbeza tahap kekuatan kewarasannya? Apa yang saya ingin katakan adalah, ada orang yang meminum arak tu sampai berbotol2 masih steady mungkin sebab dia dah biasakan. Bagaimana masa awal2 penglibatan dia minum? Yakin ke kita kalau dia kata tak mabuk tu masih pada logik akalnya? atau dia tipu kita? Tu antara dia dengan Tuhan la kan. Lagi satu, ada individu bukan Islam sekalipun tak mampu tahan rasa hangat ketika minum walau dengan jumlah yang sedikit, mereka terus mabuk. Mungkin ada orang kata dia steady tapi badan mereka tentu panas dengan muka pun naik merah. Arak ni memang dah jadi minuman di negara seperti jepun, korea, dan negara2 sejuk yang lain kerana sifatnya yang dapat memanaskan badan peminumnya. Pusat kawalan diotak manusia juga akan terganggu. Jadi tidak hairanlah jika peminum ini berjalan terhuyung-hayang, nada bercakap juga berubah-ubah, kejap2 marah la sedih la.. logik akal pn takde lg dah..sampaikan ada yang duduk tengah padang semasa panas terik, menjerit kuat2 kata panas tapi terbaring meneduhkan kepala nya sahaja di bawah bangku duduk atau pangkin sedangkan tak jauh dari dia ada bangku bawah pokok rendang yang lebih selesa dan redup. Tu la. Mulut bercakap mcm biasa tapi tak dapat menilai baik buruk lagi.. kalau yang ketagih arak tu lagi teruk la siap pukul orang dan rogol orang.

Satu lagi hadith yang turut terpakai bagi mengategori status dadah dan pil khayal yang lain tu adalah hadith Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda; "Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Sumber hadith: Kitab Sahih Muslim, hadis No. 3733)

Arak ini akan lebih mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada peminumnya. Akal fikiran dan kesihatan dah tentu rosak, lepas tak waras tu nnt rosak akhlak plak dan akidah pun rosak, dah mabuk dah tentu solat tinggal, tu dah tambah kemurkaan Allah. Dalam tak waras tu nnt timbul permusuhan dan kebencian sesama manusia.. habis porak peranda rumah tangga, keluarga dan masyarakat... Sabda Rasullullah S.A.W. juga, "Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Sumber hadith: Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Seperkara lagi, suka saya nak berkongsi. Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi."(Sumber: Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Ya, gelaran lain bagi arak telah ada di zaman milenium ini. Ada segelintir manusia yang ketagih untuk minum tapi nak menghalalkan caranya, mereka mencipta arak yang dikatakan "bir halal" atau "non-alcoholic beer" dan sebagainya. Kalau posing2 dan minum yang original tu nampak sangat sama mcm si kafir kot..tu yang reka nama lain kot..

Hmm.. Apa yang dikatakan sebagai "bir halal" itu? Haa.. itu adalah minuman yang diragui status halal haramnya iaitu perkara syubhah. Brand toksah sebut la. bleh fikir. Tambahan pula, Nabi S.A.W. duhulu kan dah suruh kita tinggalkan perkara yang menjadi was-was. Jadi tinggalkanlah. Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). Satu lagi hadith adalah; "Siapa yang berani menggunakan yang syubhat, maka dia hampir melakukan yang haram." (Hadith Riwayat Al-Thabrani)

Kisah penghasilan arak ini pernah saya kongsikan dalam komen dan post lama saya. Baca di sini.

Kalau budak-budak tu bleh la ajar mcm kaedah matematik atau fizik menarik gak kalau kita tgk di sini.

Perkara yang dah jelas tu tinggalkanlah... kalau ragu2 jenama tu tinggalkanlah. tak payah duk nak tanya2 orang boleh ke tak jenama itu ini lg. Nafsu tu. Takut tak dapat minum lagi air yang melambangkan kemegahan syaitan tu lagi, mungkin... sbb rsa nnt tak dapat minum minuman tenaga kita suka tu kan? Papepn, tgk lah siapa pengeluarnya dan tengoklah cara pembuatnya. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Sumber hadith: Kitab Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, bab 30, hadis No. 3380)

Oleh itu, jika pengeluarnya mmg syarikat arak dan mesin digunakan juga sama, dalam kilang yang sama, apa nak ditanya lagi? Tinggalkan je.

Dah besar panjang patutnya tahu jaga diri tu baik2.. berlambak air kt luar sna yg boleh diminum.. tu belum cerita pasal hukuman kepada peminum arak. Papepn, bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu pikir la sendiri!"

Alangkah ruginya golongan cerdik pandai bila taksub dengan perkara duniawi semata-mata wal hal kepintaran mereka tu lebih bernilai untuk diri mereka jika hal-hal berkaitan agama dapat difahami dengan lebih mendalam agar seimbang keperluan dunia dan akhirat. Dunia kini penuh dengan tipu daya dan keseronokan. Siap ada yang sanggup memperlekeh agama sendiri. Salah pilih jalan, tak jumpa jalan pulang.. Apa yang aku lihat, telah ramai saudaraku tersasar dalam keseronokan. Dalam aku mengingatkan diriku sendiri dan berharap agar keturunan ku menjaga maruah diri, aku juga berharap agar saudara-saudara ku yang berada diluar sana tu berhati-hatilah dalam perjuangan mu dan yang telah terkandas tu, pulanglah.. pulang ke pangkal jalan. Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka dan sesungguhnya ajal maut itu dirahsiakan harinya agar kita sentiasa berjaga-jaga.


0 comments: