BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 28, 2011

Menjadi Pengapit Pengantin


“Siapa pernah menjadi pengapit, zaman bujangnya bakal berlalu.”
begitulah kata seorang pak cik, seorang abang dan seorang kawan kepada aku.

Sebulan sebelum majlis bersanding sahabatku, Farousi telah menjemput aku ke majlis perkahwinannya dan meminta aku menjadi pengapitnya. Siapalah aku jika menolak permintaan seorang sahabat yang sama-sama melalui susah senang sepanjang perkenalan kami. Hubungan yang telah terbina tidak ubah seperti hubungan adik-beradik. Aku terima permintaannya tanpa rasa ragu. Bermulalah kisah aku menjadi pengapit buat pertama kali dalam hidupku.

Pengapit dan  pasangan pengantin.

Bermula hari tersebut, aku telah membuat sedikit kajian dari internet. Mencari maklumat mengenai tugas-tugas pengapit. Gambaran secara kasar telah aku perolehi. Pakaian aku tidak tanya samada disediakan atau sebaliknya. Tau tema je sudah la. Baju aku bleh cari. Dari dahulu, kami yakin walau tidak berkomunikasi selepas itu, kami tidak perlu risau kerana kami tahu, ayat kami adalah janji kami. Tidak kira apa yang menghalang, kami akan utamakan kata-kata kami. Keadaan ini mengingatkan kami pada zaman belajar dahulu. Kata sahaja hendak ke mana walau jauh ke hujung semenanjung sekalipun, kami tetap penuhi kata-kata tersebut tanpa bertangguh. Memang seronok bila saling mempercayai dan gila2 remaja..

Farousi adalah anak sulung kepada dua beradik lelaki dan pasangannya, Fyda juga adalah anak sulung dari dua beradik perempuan. Siapa sangka hubungan bagai kucing dan anjing telah mengikat hati mereka menjadi satu. Tahniah bagi pasangan pengantin! Semoga bahgia dan kekal ke anak cucu. Bak kata orang tua mereka, dapatkan 14 orang anak. Dapat cucu satu squad bola sepak.
Seorang berketurunan cina+mamak+melayu dan seorang lagi berketurunan jawa+Sarawak.

Menitis air mata seorang ayah, sahabat dan keluarga tatkala akad nikah diterima sah. Bayangkan setelah kita tahu latarbelakang susah senang seorang sahabat, perasaan gembira yang teramat sangat susah hendak disembunyikan. Aku dan Jabir. Sahabat Farousi tatkala zaman jatuh dan bangunnya. Sangat bersyukur melihat dia berjaya mendirikan masjid, apatah lagi perasaan bapanya. Ada yang akan menjaganya setiap hati. Menjadi orang baru. Menjadi manusia yang bakal menjadi penyambung generasi sedia ada.

Panjang lebar bercerita, ingin aku kongsikan tugas-tugas sebagai pengapit. Antara tugas pengapit adalah:

  1. Pada hari pertama aku datang, yakni 3 hari sebelum bersanding, aku telah menemani pengantin keluar mengambil barang-barang keperluan asas seperti sabun, syampu, air minuman, check in hotel, menginai tangan pengantin lelaki. 3 jari iaitu jari kelingking, jari manis, dan jari hantu. Nasib lelaki. Kalau perempuan, puas aku nk lukis corak2 paku pakis. Ngehehe...
  2. Keesokannya, aktiviti mengambil tempahan kek dua tingkat dan bunga sirih dari kedai2 yg kami tempah. Bawa pengantin lelaki mencuba baju pengantin lelaki. Menempah hotel untuk mak ayah dan saudara mara Farousi. Mengambil barang-barang hantaran dan simpan di hotel. Membeli barang2 untuk melengkapkan barang hantaran seperti buah-buahan dan bunga. Membeli barang yang tidak cukup untuk ayah pengantin dan juga pengantin seperti butang baju melayu, stoking, baju pagoda, dna sebagainya. Menjemput dan mengiringi keluarga pengantin ke tempat penginapan mereka. Menguji pengantin dgn soalan-soalan cepu mas yang bakal diaju oleh tok kadi. Berkongsi cerita dr pengalaman pengantin veteran yang pernah aku temui. Memasukkan “duit tol” banyak2 ke dalam sampul. Bermain kad terup.Menggosok baju dan sebagainya yang perlu digosok. Mencari baju pengapit lelaki. Tangkap muat je janji warna ikut tema. (Samping, songkok, butang baju melayu dan kasut walau aku bawak spare, tetap ada orang lain memerlukan barang aku tu. Kan Jabir? Hehe..
  3. Pada blah pagi sblum akad nikah di surau, kita perlu pastikan yang IC pengantin, kasut dan stoking serta pakaiannya telah kita uruskan. Kemas siap2 barang dlm blik hotel agar snang check out lepas akad nikah. Jadi pemandu arah saudara mara pengantin, memegang segala barang pengantin dan menjawab panggilan telefon pengantin. Membantu mengingatkan pengantin agar mengambil wuduk setibanya di surau. Selain itu, menjadi fotographer tak bertauliah di majlis akad nikah tu. Insaf dan terbuka hati aku bila mendengar khutbah ringkas tok kadi kpd bakal pengantin. Rasa mcm aku pn nk mendirikan rumah tangga agar dpt beribadat dgn lebih bersemangat. Nasib pengantin lelaki akad dua kali. Tok kadi mmg saja nk membuli pengantin. Kan tok kadi? Pengantin tahu berbahasa arab~ ngehehe.. Selesai akad, 3 angpau disediakan. RM110 untuk tok kadi dan RM 20 seorang untuk 2 orang saksi. Pengapit memberi sampul wang kepada ayah pengantin agar senang dia menghulur kepada mereka.
  4. Selesai akad nikah, ada jamuan makan. Kalau menikah dalam hari yang sama dgn bersanding, tempat makan perlu diketahui samada dibuat di surau atau balai raya sebelahnya atau di rumah pengantin perempuan. Jika pihak perempuan telah menyerahkan barang hantaran di surau, maka, semasa datang ke jamuan, bawak barang hantaran tadi untuk “placing” saja. Barang hantaran lelaki perlu dibawa semasa pengantin lelaki sudah siap salin pakaian di rumah rehat yang tidak jauh dari rumah pengantin perempuan.
  5. Pengapit perlu memegang payung, kipas emas dan “duit tol”. Sebelah tengahari, kami berarak ke rumah pengantin perempuan beramai-ramai. Aku mengipas dan memayungkan si pengantin lelaki. Setiba di perkarangan khemah, beberapa buah kerusi kelihatan disusun. Kemudian, beberapa orang pak cik yang berlagak muda mudi duduk bersilang kaki. Diikuti pula oleh makcik dan kanak-kanak di belakang mereka. Bukan main gembira rupa masing-masing menunggu “tol”. Aku dgn lagak pembantu seorang dermawan, aku menyuruh Jabir memegang payung dan kipas buat sementara. Lalu aku memberi isyarat berhenti kepada rombongan. Aku seorang sudah memadai untuk membuka laluan tersebut. Ececey~
    Lambaian tangan menyapa ku hulurkan. Salam ku hulur menghormati yang veteran. Ku berbisik memohon sesuatu.
    “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali; Rombongan lelaki sudah tiba, marilah kita masuk sekali.”
    Lalu dibalas oleh pakcik pengnatin perempuan sambil mendapatkan sokongan pengikut di belakangnya. “Boleh lalu tapi dengan satu syarat. Pengerasnya.” Tanpa membuang masa, aku pun menghulur sesampul wang tol. Pakcik tersebut tidak mahu berganjak. Mempertahankan kerusinya dengan senduk nasi kawahnya. “Yang tua perlu lebih” Lalu aku menghulurkan lagi agar si pakcik berpuas hati. Kemudian, pakcik tersebut bangkit dan meminta aku “settle” dengan penunggu kerusi yang lain. Peh, puas juga aku berlakon sebagai seorang dermawan. Kanak-kanak aku tak bersoal jawab. Aku hulur saja sambil berpesan, “Pergi main jauh-jauh!”. Selesai tol depan, pengantin lelaki akan duduk di kerusi dan pakcik-pakcik tadi tampil mempersembahkan silat pengantin mereka seorang demi seorang sebagai tanda menyambut pengantin. Sesapae pun boleh volunteer bersilat. Aku berdiri di tepi, mengelap keringat yang mengalir dari dahi pengantin. Selesai bersilat, kami sambung berjalan berdua dan dipenghujungnya, mak andam duduk menanti di atas kerusi pelamin lelaki sambil menutup muka pengantin perempuan. Aku memberanikan diri menghulur sejumlah RM50 buat mak andam. Mak andam memeriksa kandungan sampul. Tidak cukup katanya. Aku menghulur lagi dan memberi amaran akan berkeras jika meminta lagi. Akhirnya mak andam setuju melepaskan dua mempelai ini bersatu di atas pelamin setelah memperolehi RM100. Bukan main lagi mak andam punya tol.
  6. Duduk sahaja pengantin, aku mengipas pengantin sambil lap peluh-peluh yang keluar menunjukkan cuak duduk di depan khalayak ramai. Seterusnya, aktiviti tepung tawar berlangsung. Puas juga aku mengeringkan air yang tertumpah banyak pada tangan pengantin lelaki. Aku membetulkan kedudukan pengantin lelaki sambil memesan saudara si lelaki apa yang perlu dilakukan jika mereka terlupa step nk tepung tawar nih.
  7. Selesai bersanding, aku mempelawa dan  juga menarik kerusi pengantin untuk duduk di meja jamuan. Memesan agar pengantin menyuapkan isteri, ayah dan neneknya yang berada berdekatan. Memastikan pengantin tak makan mcm budak2.
  8. Selepas makan, sesi bergambar memotong kek. Aku kne la ambil piring untuk pengantin letakkan potongan kek. Lalu diserahkan kpd pengantin sendiri utk menyuap sesama pasangan.

Farousi dan Fyda memotong kek bersama.


Begitu lah antara tugas2 seorang pengapit. Mungkin ada cacat celanya dalam tugas aku. Namun, itu merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selesai majlis, aku pun bersama saudara mara Farousi untuk berkemas dan berangkat pulang. Aku dgn Farousi bkn bleh stop mcm tu je, pengantin pun gila2. Tolong2 mengangkat dan Cuci periuk.. masing2 salin baju dan pergi melarikan diri lepak minum. Tanda pengantin da tak bujang lg, dia kne balik awal dan tak lepak lama2 lg. Sekian sahaja entry kali ini. Tiba2 teringat nk share peristiwa yang sudah berlalu pada 27 Mei 2011 di Taman Manis, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Maklum la, aku pergi kenduri sahabat lama aku, Fizree atau acong di Ayer Hitam pada minggu lepas. Tengok2 dia diapit oleh member lama aku, Nurullah atau Mat. Terus teringat kisah lama nih. 

Pengantin, Fizree (Acong) diapit oleh Nurullah (Mat)


Papepn, sekarang aku dan Farousi bekerja sebagai engineer di syarikat yang sama. Tapi aku masih bujang trang tang tang.. =p
Harap2, post aku ini dapat memberi sedikit gambaran buat kawan2 yang bakal menjadi pengapit.

1 comments:

Yana Zaliana said...

Tenkiu berkongsi pengalaman. Sy pon nebes sbb few dys je lg i will be the bridemaid. Xkisah apitlaki or perempuan but tugasnya tetap sama cuma perempuan more cerewet sket kot. Anyway tenkiu kongsi cerita u :)