BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Selamat Tahun Baru Cina zodiak Arnab (Gambar aku dgn kawan belajar dulu)



Tahun Baru Cina atau dalam bahasa cina mandarinnya Gong Xi Fa Cai atau dalam bahasa cina kantonis Gong Xi Fa Choy. Kedua-dua bahasa cina ini mengunakan kaedah ejaan yang sama dan juga memberi makna yang sama tetapi berlainan cara sebutan. Kalau menggunakan tulisan yang dipisahkan, ada makna dalam sebutan tersebut.

Pertama, perkataan Gong Xi tu memberi makna ucapan tahniah atau tanda hormat bagi sesebuah keraian. Kedua, perkataan Fa Cai memberi erti jadi kaya atau buat duit banyak-banyak. Keseluruhan ayat tersebut boleh la ditafsir sebagai mengucapkan selamat kepada seseorang agar memperolehi kemakmuran pada tahun akan datang. Ringkasnya, Gong Xi Fa Cai boleh la disebut sebagai “Tahniah dan semoga beroleh rezeki”. Selamat Tahun Baru tu mungkin nenek moyang dulu tengok setiap awal tahun orang cina akan menyambut sejenis perayaan. Mungkin sebab tu ucapan Selamat Tahun Baru diucapkan. Lagi satu, ada satu cara seronok untuk memberi respon kepada ucapan selamat dari orang yang mengucapkan Gong Xi Fa Cai adalah Hong Bao Na Lai iaitu “Bagi la sampul merah atau angpau!”. Kira dapat duit raya juga la ni…

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut. Tahun 2011 ini merupakan tahun Arnab. Arnab merupakan haiwan yang keempat dalam kitaran 12 bulan haiwan zodiak Cina. Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan. Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah.



Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini sebagai simbol betapa eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, daging salai, tiram berkicap, kuih pulut, sayuran ‘prosperity’ dan limau mandarin.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’, yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru telah bermula.

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas tahun baru cina, perayaan ini ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh yang juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Kalau nak maklumat lagi lanjut, sila klik di sini.

Masa tahun baru cina ni juga la kita dapat tengok ramai kaum cina membeli kereta baru. Awal tahun beli kereta memang untung sebab bila jual balik berbaloi-baloi berbanding beli masa hujung tahun. Bila nak jual balik, harga dah jatuh ikut harga tahun sebelum. Memang bernilai beli kereta baru di awal tahun. Harga ayam jatuh sekarang ni. Banyak-banyak aku beli ayam di Tesco. RM3.50 sekilo. Gila murah. Memang makan besar!

Haa..kepada kawan-kawan yang ada follow blog 1 Malaysia, cuba check email anda. PM kita mungkin ada hantar email wish kita Selamat Tahun Baru Cina juga…Terima kasih Dato’ Sri. Saya telah terima email tersebut. Sekian sahaja coretan mengenai perayaan di Malaysia ini. Gong Xi Fa Cai semua~

0 comments: