BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

My First Time Blogging

Salam Berkenalan.
Hari ini, 3 Ogos 2009M, hari Isnin, bersamaan dengan 10 Syaaban 1430H, merupakan hari pertama aku membina blog aku sendiri. [Terpengaruh dengan kawan2] Entah kenapa hari ini "datang seru" untuk aku create blog...mungkin tadi aku terbaca blog housemate aku. sedangkan dulu rumah aku ni mcm rumah bloggers tapi tak terlintas pun nak ade satu blog sendiri.

Sekarang aku di Parit Raja, Johor. Sambung belajar. Bukan master atau PhD tapi ijazah sarjana muda kejuruteraan awam. Maklum la...extend 1 semester. Ini la akibat tidak menggunakan masa dan peluang sebaik-baiknya. Sem sebelum ini aku kemalangan motor dgn kereta Volvo [motor Honda EX5 jepun, tak sampai 2 minggu aku beli, 2nd hand]. Aku dicutikan selama 3 bulan dek doktor kerajaan. Pehh...bersimen kaki ni, naik bengap otak aku baring2 je...

Aku baru habis LI aritu. Lewat masuk blaja kat UTHM ni 3 minggu. Dengan hati keringnye aku daftar subjek yang aku drop sem lepas di fakulti. Dapat cari lecturer. Tapi kene join kelas junior..Ade yang aku ikut 4 orang je dalam satu kelas..ade kelas yang aku belum masuk-masuk lagi sampai minggu ni [minggu 5]. Cane la aku lepas ni...tambah malang...aku baru tau yang LI aku tak berdaftar. mane taknye...lepas 3bln cuti tu, kakak UHKI tu cakap die tolong daftarkan...rupenye...hmm...

Aku nak daftar LI harini...tunggu petang sket...PA aku takde tadi...ok la...takat ni je perbualan mukadimah...aku nak masuk cerita plak nanti...sambung lagi selepas ini....(^,^)v