BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

Meniti titian sirat?

Setelah sekian lama, teragak pula aku nak post pape je yang aku lihat. Kali ni tajuk post aku berkaitan dengan video yang aku jumpe. Al kisahnya, ada seorang pemuda berkulit hitam mengangkat batu bata daripada sebuah tongkang ke darat. Mungkin tapak pembinaannya berada di situ...mungkin juga tempat tu adalah sebuah pulau yang sukar kenderaan moden keluar masuk. Perkara ini biasa sahaja berlaku di kawasan projek pedalaman di negara2 miskin luar dari Malaysia nih...tapi aku rasa luar biasa kerana rakyat Malaysia ni hidup senang-lenang dan tidak memeras kudrat terlalu banyak..mungkin juga sebab tu Malaysia dibanjiri warga asing. Kecenderungan bos di Malaysia ni mengambil buruh asing kerana mereka lebih murah dan lebih mudah diurus serta rajin melakukan kerja berbanding warga tempatan. Lihat sahaja video yang aku sertakan ni. mereka bekerja keras menggunakan tulang empat kerat. Mengangkat bata bukan sedikit. tapi bertingkat-tingkat!



Cuba bayangkan betapa sayangnya bos dengan pekerja sebegini..walaupun pada aku ni kerja gila! kita ade wheelbarrow, nape tak gunakan...ye tak? Dalam kita menghabiskan masa hari-hari dengan ibadat dan bekerja dengan ikhlas, mampukah kita meniti titian sirat nnt? Pastikah kita lepas? Tengok je gaya pemuda hitam ni menyeberang papan dengan beban di atas kepala yang sangat berat tu, macam dah biasa je. Mungkin di titian sirat nnt die boleh lepas dengan senang. kacang je bagi dia! kt dunia praktis dengan papan. Hehe...x semudah tu yang kita sangka. Di akhirat nnt kita bakal meniti titi senipis sehelai rambut yang dibelah tujuh...kita percaya haiwan yang kita buat akikah nnt akan membantu perjalanan kita. Kita percaya amalan yang kita bawa turut membawa kita ke syurga. Namun cukup kah? bagaimana kawan-kawan dan saudara-mara kita? Tak mahukah kita bantu mereka? Renungkanlah.

Sebenarnya aku tertanya-tanya...ramai dah warga asing di sini. Aku rasa tak sedap hati. Aku baru perasan. Aku balik kampung baru-baru ni, kebun-kebun warga emas yang terbiar, sudah dipenuhi dengan warga asing. Kenapa anak muda takde yang nak usahakan lagi? Yang belajar sampai SPM tu pun perlu sara diri juga. Kenapa mereka nak jadi mando yang membawa warga asing ke kampung sendiri dan melarang keluar masuk orang kampung? Mereka ni perlu diberi kesedaran patriotik. Negara ni sudah ade ramai orang yang mencabar undang-undang negara melalui politik. Takkan Melayu Islam diperintah oleh orang bukan Melayu di bumi Melayu ni? Warga asing dah mula banjiri negara walau kerajaan bertungkus lumus mengurangkan mereka. Kehadiran mereka sahaja sudah menggambarkan orang melayu semakin tidak mampu menjaga hak mereka sendiri. Warga asing siap hidup senang-lenang dengan hasil hutan di kawasan kampung. Banyak tu! Tanpa izin tuan tanah pula tu. Kira mencuri la kalau mcmtu. Habis, xde dah anak muda yang mampu ke depan memajukan sesebuah kawasan. Hmm...kita perlu berubah. Melayu perlu kuat kembali...bukan sekadar berkata, tapi dengan usaha. (Pesan pada diri sendiri dan orang lain).

Friday, December 18, 2009

Awal Muharram



Hari ini adalah hari pertama tahun 1431 Hijrah. Saya mengucapkan selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua rakan dan taulan. Doa saya semoga kalian dimurahkan rezeki, kaya dalam pelbagai segi, umur yang berkat, dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah, kewarasan dan keluasan berfikir, mudah melaksanakan urusan dunia begitu juga urusan akhirat. Mudah-mudahan juga amalan tahun lepas dan akan datang sebagai amalan yang diredhai oleh Allah swt yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isinya serta menjadikan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Insya Allah semoga kita juga dikurniakan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Amin.