BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru! 1432 Hijrah!


Entry kali ni aku nk post pasal tahun baru Islam.
Macam kita tahu, ada pelbagai cara pengiraan takwim, iaitu dengan menggunakan matahari (syamsiah atau solar) dan bulan (qamariah atau lunar). Aku tak perlu terangkan. Kawan2 boleh search sendri nnt..Tgh berazam baru nih. Nnt aku post kt blog lg satu pasal azam nih. hee..


Selalu kita tak perasan tahun Islam ni kan sbb kita dah selalu tengok kalendar Masihi...
Perasan tak yang tahun Hijrah tiada pn penambahan tarikh atau hari, sedangkan kalendar masihi ni ada sikit penambahan macam tahun lompat la, bulan ada yang 29, 30 dan 31 hari bagi mencapai target masa putaran lengkap Bumi mengelilingi matahari..Orang Barat punya idea untuk jadikan matahari sebagai asas panduan. Kemuadian, tiap2 tahun masihi telah menjadi budaya yang diterapkan oleh Barat dimana kita menyambut tahun Masihi dengan "countdown" beramai2 agar meriah disertai bunga api dan aktiviti hiburan semata2. Tau tak yang orang Kristian menggunakan pengiraan berdasarkan solar kerana hari kebesarannya banyak membabitkan kedudukan matahari dan pergerakan musim seperti Hari Easter dan seumpamanya. Apa relevannya kita sambut 1 Januari? Takde pn peristiwa kebesaran yang nak kita banggakan.


Berbeza dengan tahun Hijrah. bulan awal Muharram ini nmpk lebih tenggelam bagi remaja2 atau belia2 di luar sana. Kurangnya sambutan menyambut tahun baru Islam ini. Sepatutnya, awal Muharrram ni menjadi titik permulaan bagi kita untuk berubah ke arah yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Kita perlu yakin dengan bantuan daripada Pencipta kita. Oleh itu, kita diajar agar membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Kawan2 cuba la skali. Aku pn blum berubah sebaiknya tapi aku sentiasa nak mencuba memperbaiki diri. Aku harap Dia tolong aku sekali.


Ok. Camni, doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas solat asar, ikutkan dah dekat2 nak masuk waktu Maghrib. Sini contoh doa akhir tahun. Doa awal tahun pula dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib. Sini contoh doa awal tahun.. Papepun, ini adalah usaha kita untuk berazam. Doa ini buat panduan kawan2 untuk membaca doa. Ikutkan, kita boleh membaca doa kita sendiri agar lebih berkesan doa itu dengan azam kita. Doa yang aku bagi ni sebagai contoh untuk diikuti. Doa kawan2 luahkan dan minta sendiri adalah lebih sesuai. Moga doa kawan2 diperkenankan dan kawan2 beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..


Ada hikmahnya kita buat mcm ni. Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah untuk kita bermuhasabah atau memperingati amalan-amalan kita pada tahun lalu, sama ada amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa. Dengan bermuhasabah ni, kita lebih berusaha untuk meminta ampun atas kesalahan-kesalahan kita tu serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.


Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya. Biasanya kita memang akan hilang fokus pada azam kita yang lalu. Tahun baru mcm ni la yang membantu kita menguatkan semula  azam kita untuk berusaha lebih baik dan tak putus semangat mengejar cita-cita kita. Mengejar kebaikan dalam mencapai azam kita tu. Selamat berusaha!


Haa...dah tau apa nk buat pada awal dan akhir tahun, kita ambil tau pula mengenai sejarah kalendar Hijrah ni.


Ok. Kalendar bagi umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. 
Takwim yang ni digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun. 


Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. 


Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. 


Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga menjadi pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie. 


Sebelum kemunculan kalendar Islam ni, di kalangan bangsa Arab sendiripun dah ada pelbagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliyah. 


Jadi Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa penghijrahan Rasullullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah. Peristiwa ini telah menjadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam. 


Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, tetapi peristiwa hijrah tu berlaku pada bulan yang lain selain dari bulan Muharram. Namun. kalender Islam tetap meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram iaitu bulan pertama tahun Hijrah. Ini kerana kemuliaan yang ada pada peristiwa ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah. Peristiwa hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. 


Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. 


Perbandingan antara kalendar juga telah dibuat oleh Umar, setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.


HoOOOAAAHHHhhhHHH~~~!!!
panjang jela plak menaip..aku khusyu' tetiba. ok la. selamat tahun baru Hijrah semua!
sama2 la kita berazam baru ya! Berazam, berusaha, beramal.
Azam tu penting untuk menggerakkan kita mencapai matlamat kita. Set matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Insya Allah akan ada yang membantu..=D

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Qurban semua!!


 SELAMAT HARI RAYA QURBAN!!!!
Tau tak kawan2? Hari ini adalah salah satu raya terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia selain daripada raya puasa.  Raya qurban disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir raya pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha (raya qurban) serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha ni adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Mari kita berseronok beribadah bersama semua peringkat umur, taraf dan generasi...


Sekian sahaja ucapan raya pada post tahun ini... Bz dan bz sahaja... malas nk post pape wat mse nih..
papepn, tidak melupakan kawan2...saya ucapkan semoga selamat dalam perjalanan. jgn jd qurban jalan raya...

Monday, November 1, 2010

Dengar Lagu Marabahaya versi ASEAN

Style! This song are one of ASEAN style...for me, new youth generation can gather our experties to make our ASEAN program success. One of the example, our ASEAN artists can gather and sing along a song. I want share this videoclip. In this video we can find ASEAN artists which are Pop Shuvit from Malaysia, Saint Loco from Indonesia, Ahli Fiqir from Singapore, Slapshock from Philippines, Silksounds and Thaitanium from Thailand. All these bands make the Marabahaya song that I heard before from Impak Maksima OST. With some touch, its become more enjoyable to hear. Thank you ASEAN peoples. You guys stylo! Love ya! Love this video's graphic~! Let sing along...I paste the lyric too...



Project EAR - Marabahaya

(Chorus)
Jauh ku meluncurkan semakin jauh
Kanan kiriku tiada hanya di depanku
Laju ku laju dan tuju kan ku tuju
Hujung garis ku tawan terhitam putihlah jajahku

(Silksounds part)
Danger hir, danger der
I can be dat dangerous, big like noturious
living before of us, Revolutionary Rap
That’s y wer glorious, that’s y dey calling us E.A.R.

We got da fire and flesh
dats we standing tall
and da tower n our cities
we can see it on da far

Shining bright, candle light
I can be dat star, I can be dat far
like 30 seconds of oz

(Pop Shuvit part)
Dey call me Mediaval Black you know
to da revolution tu santu ra tuji matu tura man ku biya
best of da friends if we fight, u sucka friends
but i am hir to reborn, I am Legend

(Toto part)
Lihatlah aku, caraku, gayaku
gerak gerikku tirulah aku ,aku ko baby
naw raku kalat su lu moku ni R.I.P.
bela la karapatan tsa kus ter su

(Chorus)

(Thaitanium part)
What we come tru, u know wer dangerous (MARABAHAYA)
is dis show wer on a revolution, so come togeder now

Welcome to sky now, 10stories high now
we type of walking dangerous, haste was hey ok
I know dey aims us, gangsters cleaning us
leaning us, think dis rapper can prevail us
we got dem right E.A.R.
Adjustmnt, wer pumping, we blow up
i was diffrent, dis hip rock 7 will nver go bak down
if u cheers rap now and show me some sort of ur bak now
u can take it bakground dis oficial steps

Im da life, you die, we die
so but, we talk, to u now u die
i can let you so wat so da father will die
to take a little long, loop a loop and loop da dupe
i make me loop, and maybe u can put ur leg in petrusion
to da book of da New Asian East REEEEEEEEE
(Chorus)

(Slapshock part)
Nabuhay sa isla ng pilipinas
Sa bawat tira, hnd tumakas hnd umiwas
sa musika nakita ang aking mga pangarap
hnd nag alinlangan, lumaban ako sa hirap!!

Ilang beses na akong nasugatan
sa gabi’t araw
nguni’t pinilit kong lumaban sa ating nkaraan
D mo na ako mapipigilan, sa ano mang laban
titigan mo ang aking galit sa aking mga mata!

(Scream mode)

menentang harus marabahaya
melawan harus marabahaya
menentang harus marabahaya
melawan harus marabahaya

(Chorus)

Thursday, September 16, 2010

MARKISA dan Selamat Hari Raya 2010



Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua. Maafkan diri ini andai ada melukai hati dan perasaan saudara dan saudari. Dalam sedar mahupun tidak. Dalam membimbing ke arah jalan lurus ke tidak. Sesungguhnya diri ini terlalu kerdil untuk menilai betul dan salahnya tindakan sendiri.. Masih muda lagi la katakan. Masih perlukan teguran.

Pejam celik-pejam celik, sudah 30 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Makin dipejam celik, makin jauh kengkawan meninggalkan kita dalam bekerjaya. Sementara masih celik, patut kita hargai ukhuwah yang telah tercipta. Sebelum pejam tak celik-celik, ingin diri ini meminta maaf andai ada salah dan silap, terkurang dan terlebih dalam berurusan sesama kita. Kalau tak datang beraya tu, maaf la. aku ni bukan Supar Man, bleh terbang ke sana sini.

Lagi satu, maaf la lama tak update blog. Idea tu ada, tapi masa tu tak cukup nak publish. Nak publish plak, masa dah tak sesuai. Ye kawan-kawan. Alang-alang dah terlangsung ni, nak gak diri ni bercerita mengenai sejenis buah yang diberi nama buah "Markisa" atau dalam bahasa omputihnya, "Passion" ataupun nama saintifiknya  Passiflora edulis.  Bawah ni ada gambar buah ni yang bapa saudara aku kutipkan di kebun dia. Ada banyak lagi sebenarnya. Ni yang aku bawak balik je. Dah malam..tak sempat nak bergambar dalam kebun.


Kenapa diberi nama Markisa? Ada sesiapa tahu? Setahu aku, buah ni licin macam buah plastik atas meja untuk perhiasan tu. Dah memang nampak macam tu pun.. Pastu pokok buah ni tergolong dalam tumbuhan memanjat dan menjalar. Kita tanam atas para. Biasanya di rumah-rumah cina banyak buah ni. Nampak macam pokok-pokok strawberi, peria, kacang botol dan seangkatan dengannya. Kalau buat laluan susur gajah memang cantik.

Haa..Mase aku kecik-kecik dulu, buah ni aku bawak untuk bekalan menghilangkan dahaga kalau ke kebun. Atas puncak bukit kebun nenek aku tu. Mane la aku suka bawak botol air. Ade pn, aku minum air mata air kt atas puncak tu nanti. Buah ni masam-masam manis. Berbiji-biji kecil. Aku kunyah je biji dia. Tak tumbuh pun dalam perut. Jangan risau..janji tekak tu tak rasa dahaga sangat.


Kalau dah ada seplastik buah ni, aku akan buat air minum. Minum dengan ais la. Sejuk-sejuk. Secara umumnya, kita blend dlu isinya. Kulit tu buang je. Nak sedap, kita blend isi buah markisa ni dengan madu dan gula. Dah sudah blend tu, kita campur dengan susu pekat, susu cair dan air. Sukatan aku malas nak cakap sebab ikut teragak je. Lagipun aku dah cakap kan secara umumnya. Pandai-pandai la tengok warna dan rasa air tu. Agak-agak la kalau nak bubuh gula dengan madu pun, jangan la sampai mengundang kencing manis plak.


Owh ye, cerita pasal sedap minum air nih, tahu tak sahabat-sahabat pasal khasiat buah ni? Haa...ni aku nak kongsi ni. Buah ni mengandungi vitamin B yang boleh menenangkan seseorang dan potassium yang boleh merehatkan sistem saraf dalam badan kita. Orang-orang Amerika Selatan secara tradisional makan markisa untuk membantu diorang tidur. Bahkan menurut mereka, makan 1 buah markisa sebelum tidur boleh menyebabkan tidur kita ditemani mimpi-mimpi indah...pehh~~

Selain itu, markisa juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan gejala alergik yang kronik. Boleh juga memulihkan hati dan ginjal, serta meningkatkan sistem imun badan disamping menguatkan antibodi dalam darah. Bahkan, markisa juga mampu menapis, memisahkan, dan membuang toksik dari dalam badan. Selain itu, boleh meningkatkan kesegaran kulit tubuh dan merangsang pertumbuhan sel muda pada kulit wajah. Dari hasil penelitian makmal, markisa mengandungi vitamin C yang tinggi dan antioksidan. Banyak lagi manfaat buah markisa yang berkhasiat ini, contohnya seperti anti-kejang, penenang, anti-radang, kurangkan sembelit, kurangkan insomnia, membaiki gangguan haid, batuk, serak, kering tekak, merilekskan saraf  ketika sakit kepala, meredakan debar, meningkatkan selera makan, dan mingkatkan daya fokus. Wallahu'alam...

Ok la kawan-kawan. Masa pun dah cemburu dengan aku ni. Selamat mencuba. Kalau tak sedap tu, maafkan aku sebab tak terangkan secara detail. Tapi aku buat sedap. Jadi saudara saudari salahkan tangan yang tak sesedap air sahabat tu. Papepun, Selamat Hari Raya Puasa. Maaf zahir dan batin. Salam kerinduan Ramadhan. =)
*shruuppp~~* (bunyi aku teguk air markisa dalam cawan yang berpeluh-peluh..pehh~)

Saturday, August 28, 2010

Pesanan abang kepada yang tersayang

Aku mula rindu kepada kawan2 yang telah mula meninggalkan aku untuk pulang beraya dan bekerjaya.. Sebagai seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya seperti dirinya sendiri, tak salah untuk aku ingat mengingati terutama untuk diri sendiri.

Mengikut statistik terbaru tahun ini, Johor mendahului negeri lain sebanyak 59 kes dilaporkan. Batu Pahat menduduki tangga pertama dalam senarai Johor. Oleh itu, dinasihatkan kepada kawan2 dan adik2 di luar sana agar berhati-hati ketika memandu terutama yang menunggang motorsikal.
Pastikan dalam musim dekat2 nak raya nih, motor di kunci dan park di tempat selamat. Nak cucuk duit pun, bawak teman. Yang perempuan tu, jgn sebarang letak beg tgn anda. Kedudukan selamat beg tgn adalah bertentangan dengan arus jalan, selain tu, bleh bg laki anda pegangkan. Pihak polis ada anjurkan kempen rumah selamat. Jadi, sebelum balik kampung, isi borang di balai polis berdekatan dulu. Sekurang2nya ada pihak tolong jaga rumah kawan2.

Ada video ngeri nk share tp sbb takot aku jd penyebab korg muntah2 nnt, aku tak jd letak. Jadi, aku ingatkan kepada kawan2, ingatlah orang tua kita dan orang tersayang. jangan biarkan mereka menunggu kepulangan kita berhari raya bertukar menjadi menunggu kepulangan jenazah kita. Jangan biarkan mereka bersedih di raya ini.

Selamat Pulang Berhari Raya kepada yang dah pulang awal tu...yang belum, saling ingat-mengingati.
Wallahua'lam.

Wednesday, August 25, 2010

Mengenali Tempat Kelahiran Aku. Negeri Sembilan.

Bagi sahabat-sahabat di luar sana, hari ini saya nak berkongsi mengenai tempat lahir saya. Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor (di utara), Pahang (di timur), Johor (di tenggara), Melaka (di selatan), dan Selat Melaka (di barat). Negeri Sembilan merupakan salah sebuah daripada 14 negeri yang membentuk negara Malaysia. Ibu negerinya adalah Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu, Gemas, Kuala Klawang, Lukut, Gemencheh. dan Jempol. Negeri Sembilan digelar negeri 9 kerana negeri ini terdiri daripada 9 luak iaitu Jelebu, Inas, Johol, Rembau, Sungai Ujong, Tampin, Jempol, Ulu Muar dan Gunung Pasir.

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat, Naning, Hulu Pahang, Jelai, dan Kelang. Segamat kini menjadi sebahagian daripada Johor manakala Naning kini menjadi sebahagian daripada Melaka. Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu masih lagi sebahagaian daripada Negeri Sembilan. Hulu Pahang dan Jelai pula telah menjadi sebahagian daripada Pahang. Begitu juga dengan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. Sebenarnya, saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding Negeri Sembilan yang asal dahulu.

Ok. Merujuk kepada bandar Seremban, iaitu ibu negeri Negeri Sembilan, terletak cuma 60 km dari Kuala Lumpur dan kira-kira 40 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang baru di Sepang. Negeri Sembilan, bersama-sama dengan tujuh daerahnya (Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, dan Jempol) meliputi keluasan 6,645 km persegi atau 664,591 hektar. Kawasan ini terdiri daripada lembah-lembah dan dataran yang begitu indah mata memandang dalam dakapan alunan bukit-bukau dan pergunungan. Sambil Banjaran Titiwangsa semakin menirus menghala tanah rendah Johor, rupa bumi bergunung-ganang dan hutan belantara beransur berubah menjadi ladang-ladang getah dan kelapa sawit di sebelah barat.
 
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal dari Minangkabau, Sumatera yang telah tiba sejak abad ke-14. Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani. Tapi, pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. (Untuk pengetahuan sahabat, saya juga dari suku Biduanda). Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Yamtuan
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja.

Adat Perpatih
Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Negeri-negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning. Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.

Ok sahabat. gambar-gambar kat bawah ni adalah bendera dan jata Negeri Sembilan. Maksudnya, bleh search sendiri. Dah tak sempat nak cari. ada masa kejap je ni..Sila hayati sendiri maksud tersirat pada bendera dan jata nih. Pastu compare, sama tak maksud kita fikir.















Macam ni je cerita yang nak dikongsi. Update la sikit blog nih kan...
Sekian sahaja untuk tambahan ilmu di dada.
Jumpa lg dalam post yang lain..


Saturday, August 14, 2010

Aku menari Zapin.

Sebelum bulan puasa hari tu, 5hb 8. aku telah dijemput untuk menari zapin. Tp cancel seminggu awal. Tak tau plak ade perubahan dalam jadual. Dgn terpaksa rela, aku melaksanakan tugasan tu bersama 2 lagi rakanku. 8 jam latihan. Apakah hasilnya? Last minit sblm event baru bgtau persembahan zapin jd. Hasilnya? Tgk video bwh ini...


Korg nak tau cerita pasal zapin? Search sendiri...byk sgt sumber dlm en google...hehe..
Maaf la. aku nk cepat. Saje nk update. Nnt dah xde online lg.

Wak lu~~ Tak kental gak gua nih!

Aku dah jarang nk online. Sibuk barang kali. Masa seolah mencemburui aku untuk duduk melekakan diri. Tapi takpe. Bagus untuk aku. Aku pn mula rindu bakal kehilangan kawan2 yang ada disekeliling aku. Walaupun siapalah aku di mata mereka. Cuma "jiwa batu" aku makin hilang. Tidak se"kering" dulu. Entah kenapa masuk sahaja sehari bulan puasa, aku "cair". Mungkin seseorang dengan "ciri-ciri tu" telah menemui "titik kelemahan" aku sama seperti dulu. Fikiran aku cepat melayang. Perkataan "kenapa" sering berlegar dalam fikiran aku. Nasib puasa. Aku pujuk hati ini untuk tidak membenarkan diriku alpa. Aku tak sangka. Aku masih ber"jiwa" itu lg. Kenapa Allah cuba menguji aku di bulan Ramadhan ini dengan "ujian" ini? Adakah Dia mahu aku memikirkan masa depan aku bermula dari Ramadhan ini? Menguji kesetiaan aku kepadaNya. Aku rindu Engkau dan RasulMu sentiasa bersama dalam ingatan dan amalku. Adakah aku akan lupa bila fikiran aku melayang? Menguji kesediaan aku untuk memasuki "corak kehidupan dan pemikiran" yang lebih ke hadapan? Memikul tanggungjawab lebih besar? Cukupkah persediaan aku? Ayat ini lebih sesuai dengan aku. Aku "trauma" perkara sama seperti dulu berlaku lagi. Aku takut untuk mencuba lagi. Tapi sampai bila aku nak biar hati aku "mati"? Tak sangka aku ni penakut jugak. Tu je yang membuatkan aku berhati-hati daripada terjebak. Haahhh~~ bagus ade blog nih. I'm back to normal. Luahkan sikit je...dah cheer balik! Aku berserah kepada takdir...lgpn, mampu ke aku? k...aku tak nak blog ni jd tempat cerita pasal emosi, cuma kali ni aku nk kurangkan tekanan skit. Aku dpt rasa aku ada jantung. Benda nk kne marah or nk kne belasah or nk wat keje, aku xde hal. tp bab 1 ni je aku takleh nk selindung. Lemah~ Badan je mcm kebal tp di dalam dot dot dot...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al Mubarak


Malam ni dah masuk bulan Ramadhan. Kira sempat la ucap kepada kawan-kawan sekalian. SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK. Bulan Islam selepas Syaaban dan sebelum Syawal. Bulan buat kita untuk meningkatkan amalan dan amal ibadah dengan ikhlas. Menguji ketahanan iman dan jasmani. Bagi yang suka membaca fadhilat bulan Ramadhan, sila layari blog ini. Bulan kali ini adalah bulan yang pertama kali aku tidak bersama dengan keluarga untuk bersahur dan berbuka pada hari pertama bulan Ramadhan..Rindu rasanya untuk berjumpa dengan adik2 dan ayah serta bonda. Anakanda akan pulang tidak lama lagi..Kali ini, kawan2 menemani aku lebih awal. Aku mahu kawan2 dan aku juga penuh puasa dan terawih. Aku berharap aku dapat malam 1000 bulan tu. Aku rindu. Aku sayang. Aku mahu. Hidup aku mungkin tidak selama dulu~~

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru !!

Guru Pembina Negara Bangsa. Inilah tema hari guru tahun lepas dan tahun ini. Sempena Hari Guru ini nak jugak ambil kesempatan update blog sendiri untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua golongan pendidik di dunia ini terutama yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya. Asal ada ilmu diberi, anda telah menjadi guruku termasuk kawan-kawan, penulis blog dan penceramah bebas.

Teragak jugak nak bersajak tapi tak cukup masa mengarang. Mungkin lain kali. Jadi kali ni izinkan saya pinjam kata-kata sasterawan dan seniman agung negara iaitu Usman Awang dalam karyanya:

“Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.”
(Usman Awang-1979)



Betullah tu. Takde cikgu, takde orang pegang jawatan dlm pelbagai bidang dengan berdedikasi. Ceywah~~
Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga (infiniti) buat golongan ini kerana penat-lelah mereka membimbing anak bangsa kita yang secara tidak langsung anak-anak bangsa inilah yang membuka mata dunia akan kewujudan Malaysia ini.

Dah rasa teringin pula nak coretkan perjalanan pertemuan dengan guru yang pernah muncul dalam usaha mengajar saya dari bermulanya kewujudan saya sehingga ke hari ini. Tapi mungkin lompat2 sket cerita. Pikir la da berapa lama plak hidup. Mesti pnjang nk tulis kan...hehe..

Okay..Guru terawal yang membimbing saya tentang kehidupan tak lain tak bukan adalah  ibu dan ayah. Mereka tidak serik melayan karenah anak-anak mereka dan tetap sabar mencurahkan ilmu dan kasih sayang sehingga sekarang. Mereka lah yang tetap ada di sisi untuk menjadi kaunter pertanyaan mengenai pengalaman hidup apabila dewasa ini. Disebabkan mereka juga, saya cuba mengenali guru terhebat kita, Nabi Muhammad s.a.w. dimana bahan rujukan tinggalannya, alQuran dan sunnah diguna pakai sehingga sekarang. Menjadi bahan rujukan dunia.

Seterusnya guru-guru yang mengajar saya di Taski ABIM, Kuala Pilah. Masih ingat lagi saya di suruh menyanyi dalam pertandingan nasyid dan itulah kali pertama saya menyanyi di khalayak ramai. Selain mengajar, cikgu juga yang merawat luka saya yang ditusuk pensel oleh rakan taski dan merawat luka akibat jatuh pokok. Terima kasih cikgu walaupun cikgu tak pukul budak tu tuk saya. Hehe..

Seterusnya guru-guru yang mengajar saya di Sekolah Kebangsaaan Mambau, Jalan Seremban-PD. Semasa sekolah rendah ini lebih ramai guru yang membimbing saya. Mungkin sebab ayah jadi Pengerusi PIBG, saya dpt menjadi pengawas sehingga menjadi ketua pelajar. (Ye ke?) Mase skolah rendah ni, cikgu yang paling tak dapat lupa ialah Cikgu Tahir iaitu Guru Penolong Kanan dan juga ayah angkatku. Banyak masa aku dihabiskan di rumahnya di Taman Guru Senawang terutama peperiksaan semakin hampir. Cikgu Asnor, Cikgu Normah, Cikgu Mazila, Cikgu Mariah, Cikgu Rosli, Cikgu Azmi, Ustazah Arbita dan seangkatannya, terima kasih kerana mengajar saya dan adik beradik saya turun temurun. Manakan tidak, adik setahun sorang. Berderet 5 orang dlm satu sekolah. Hehe..Sorang lagi cikgu Thelaga yang selalu tidak puas hati dengan saya. Asyik nak hukum saya dan kawan. Tapi saya tak kisah. Mungkin ada salah faham sebab orang lain elok je.

Bab ilmu akhirat ni, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada arwah Ustaz Abdul Rahman kerana mengajarku mengaji dari Iqra', Muqaddam dan sampai la khatam Al-Quran. Ustaz Latif pula mengajar kelas Fardu A'in di surau depan rumahku. Dorg ni tegas. Ramai lagi guru yang seangkatan dengan dorg. Ustaz Tuti, Ustaz Badrul Shah, Ustaz Rosli, Ustaz Farid, Ustaz Shahril, dan ramai lagi.

Okay. Lepas skolah rendah mesti la gi skolah menengah kan. Saya masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau. Guru-guru di sana adalah kawan-kawan ibu saya sebab ibu turut mengajar di sana. Ibu sesi pagi dan saya sesi petang. Jadi guru-guru akan laporkan kenakalan saya setiap hari semasa pertukaran sesi. Terima kasih cikgu Norazah kerana memilih saya sebagai ketua sesi petang. Jadi Terpaksa saya berkelakuan baik agar ibu tak risau. Hehe..Pun begitu sempat juga merasa sesi pagi dalam sebulan dua sblm pndah sekolah. Cikgu May, Cikgu Rahmah, Cikgu Azhar, Cikgu Reta, Cikgu Jacob, Cikgu Rashid, Ustazah Norazamawati, Cikgu Khatijah, Cikgu Sobana, Cikgu Norehan, Cikgu Chong, dan cikgu-cikgu yang lain. Maafkan saya tak tulis nama cikgu, saya ingat nama cikgu dlm satu skolah ni tapi banyak sangat nak taip. Mne terlintas je saya tulis. Saya tetap hargai cikgu semua dan ingat wajah-wajah cikgu. Masih ingat lagi, baru form 3, saya dah masuk kelas add math cikgu chong dlm kelas form 4. sempat gak belajar add math dgn cikgu chong. terima kasih sebab tak marah saya melepak dengan kawan-kawan senior mse tu. Kenangan bersama cikgu paling banyak di sekolah ini. Mereka ni sama gak giler2. Pasal usik mengusik tak payah cakap dah. Post ni da meleret jauh dah. hehe...

Kemudian saya masuk Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar. Mse ni saya agak liar sebab dah jauh dari ibu bapa. Di sini nama timangan Biskot tu saya dapat. Cikgu Bahasa Jepun saya, maaf sbb lupa nk sebut nama mcmna tapi saya hargai sangat cara cikgu mengajar. tak lokek bahasa. Cikgu Fatimah, Cikgu Raden, Cikgu Najib, Ustaz Tuti dan pengetua. Banyak kenangan dengan mereka walaupun kejap. Pengetua dah tulis dalam buku log sruh jadi ketua pengawas tapi apakan daya, saya dah dapat tawaran sekolah asrama penuh dan saya dah tak minat nk jadi ketua lagi. Bosan. Cikgu Najib mmg garang tp nasib baik org dah pesan jgn wat hal dgn dia. Pernah nk kne tumbuk ngan Cikgu Raden tp tu tuk jdkan saya lebih rajin. orait..

Sekolah Menengah Sains Seremban jadi pilihan untuk keluar dari STTJ. bukan ape, saya rasa mcm saya liar sgt dan rekod mungkin lebih buruk dgn sikap saya. Lgpn saya slalu mengantuk mse tu. Mknn kt DM kurang memuaskan tekak saya. Jadi saya pindah ke SaSer. Belum pape, Cikgu Ismail dah tarik saya menjadi pen ketua umum. Dalam hati nak xnk pegang jawatan dah sbnrnya. Mse ni ramai bersaing nak jawatan. Mcm pilihan raya. Sya gak yg silap. Terima je. Masih tak tau menolak. Pengetua yang baik, Cikgu Hj Azam, orang sekampung gak sbnrnya. Cikgu Abdullah, Cikgu Hasni, Ustaz Badrulshah, Cikgu Rosli, Cikgu Mustafa, Cikgu Aisyah, Cikgu Norisah dan cikgu-cikgu yang lain. Terima kasih gak kepada guru-guru mase kursus-kursus yang saya join.

Okay, da hujan kilat da ni. Nak cepat sket taip. Pastu saya masuk kolej matrikulasi N9. Tak panggil cikgu dah sbb dorg nk suh kita biasakan diri di U nnt panggil encik atau pangkat. Tu pun masih terpanggil cikgu sbb dorg tetap mcm cikgu menyampaikan ilmu. Pastu msuk UTHM. Pensyarah-pensyarah sini juga adalah cikgu. Terima kasih sangat2. Jasa anda tidak dapat dilupakan. Mohon Ampun andai terlaku salah silap dan menyentuh hati tulus seorang guru. Selamat Hari Guru semua yang telah bertembung dalam jaringan dunia hidupku.

Okay...penat korang baca, apa kata layan video dari youtube yang aku jumpe ni. tu pn tahun lepasnye. Cuma kita rasa tersentuh sket dengan cara remaja menghargai guru dlm cara yg baik camni... Layan~~!!



Ni yang arwah Din ade skali..

Wednesday, April 7, 2010

Anugerah Sengal Lalat!

Kesinambungan dari post sblm td, aku baru balik dari bli barang dapur nk masak...sampai rumah aku dah letih...tba2 aku disergah ngan bunyi hon nationwide express courrier...owh...tiba2 aku segar semula...aku trus basuh baju dan masak tgahari... Seterusnya barulah aku mengadap blog dan buku muka aku...aku serta merta terdetik nk upload gamba dan tulis blog. bawah ni beberapa gambar buat tatapan.


 
Waa~~!! Terharunyer~~!
Terima kasih korg~! Rasa mcm baru dpt anugerah bintang popular berita harian aritu plak dah...isk3...
Abg dah dapat bin bon nih...nk bg ucapan skit (standard dpt anugerah ABP BH mesti berucap kt dpn..)




"Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan dan layanan yang diberikan oleh kumpulan sengal lalat di smk seri rompin...rasa bersyukur dan bahgia yang tak terhingga kerana mendapat adik2 yang cerdik pandai kreatif cenggini...masih ingat ape yg saya cakap...balasannya nasihat yg korg bagi akan saya terima pakai, takkan pakai baju kotak2 tu lagi sebelum berumah tangga dan dapat anak...dapat je anugerah dari korg, saya baca bismillah dan mendoakan kejayaan korg semua...Castello, Shah, Amirul, Hafiz, Ziyad, Aman, Najib, Nana, Wan, Mira (F5), Mira (F4), Ros, Fiqah, Iera, Syu, Yasmin dan sekor lagi lalat sesat yg tgh terbang2 kt area group ktorg mse pertama kali berkenalan...xde lalat nih, xde korg kne wat tepuk lalat tuh...lalat tu senyum saya nmpk samar2 je sbb da mlm...tp mmg senyum ikhlas mcm korg gak... Sebenarnya, abg E, abg ajak dan abg biskot mmg kanak2 sesat dlm jasad org tua...jadi kita kne happy selalu...buat peminat2 saya diluar sana, saya masih single lg...blum ada rasa nk tamatkan zaman nih...nnt xde lg mkn ikan goreng bosan2...sukacita saya ingin membaca puisi yang korg bg,

Walau sukar menggapai dunia,
Takkan aku dipandang hina,
Andai diri tak putus asa,
Gagah perkasa laksana perwira.

Bosa bona maksud tersirat tu, bodoghau daghah den...
i like~~izinkan saya membalas puisi ini...

Mengerjakan kerja janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Kesukaan orang adik-adik cari,
Supaya hatinya takkan lari,
Masyurlah adik-adik dalam negeri,
Sebab kelakuan bijak bestari.

Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.

Sabar dan rajin kunci cita-cita,
Selalu menolong tiada hentinya,
Yang benci menjadi cinta,
Yang mustahil menjadi nyata.

Tulis surat dalam gelap,
Jagalah diri jangan tersilap,
Mak ayah penuh mengharap,
Moga menjadi orang yang diharap.

Sekian sahaja ucapan sepatah dua daripada saya...mohon maaf andai ada salah dan silap...andai ada terkasar bahasa atau menguris hati dengan sengaja, harap dimaafkan. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan...takkan lupa korang...kad pn akan diframe dengan bedak2 skali...moga berjumpa lagi di lain hari, dilain masa, dilain program, dilain suasana, dilain tempat dan cara... Semoga korg bahagia dan berjaya mencapai apa yang korang hajatkan...wassalam.."

*melangkah turun pentas dengan memakai anugerah di badan... matanya turut bermutiara jernih...hatinya diruntun rindu...*

Cermin kereta pecah la plak...



Aku baru balik dari bli barang dapur tadi...jalan kaki je sebab cermin depan kereta aku pecah tetiba semalam. Mase tu aku dlm perjalanan ke Angsana, tp berhenti di Kulai akibat cermin depan pecah. Henpon plak bateri da nazak...keluar td lupa nk cas. Peh~~ cepat2 aku cari kdai runcit. Boli selotip ngan plastik alas meja dlm 1 meter stgh...burn RM6 camtu je. Pastu siap lepak jap cas bateri henpon kt kadai tu. Dah alang2 kdai tu jual hp skali, aku minta tlg la...nk call kawan xdpt..habis cas, baru la tepon bro E, kata kete aku xdpt nk jalan jauh dah. Tak dapat uruskan program lg satu. Da la sepanjang perjalanan kejap hujan kejap panas. Aku pn trus ke kereta dan menjalankan aktiviti kreatif membuat cermin depan kereta daripada plastik. Habis je pasang, tiba2 langit runtuh. lebat tu! Peh~ nasib aku sempat sellotape plastik kt dpn tu! Aku pn berlari lepak minum kt kdai mamak bertentangan dgn tmpat aku parking kete. tggu je la bro E dgn Malek yg kata nk dtg. aku da ckp x payah tp dorg nk gak...bagus dorg nih...tgk sampai plak Malek ngan bro E di tempat kejadian. dorg ditemani ayah Malek yg kebetulan nk jalan2 gak naik kereta. Ktorg pn mkn n minum sampai hujan berhenti la...Berhenti je hujan, kitorg gi lawat kereta aku dan pecahkan cermin depan ramai2. ala2 cite samsing tak puas hati la...pastu plastik aku balut td dibuka dan buang butiran cermin yg ditampung dek plastik tu. E ngan malek pasang plak plastik buku dorg bli yg tutup seceput blah tgh2 ruang cermin je...mungkin tuk elak batu kena aku. Dalam perjalanan, lalu kt garisan kuning yg byk2 tu, saki baki cermin retak kt depan kete aku jatuh berderai dengan irama hentakan tayar pada jalan. peh...nasib tak masuk mata.. tu pun aku bawak perlahan 90 km/j sambil msg2 dgn bro E. Sampai rumah, garaj jadi tmpat tggl tetap kete aku. Duit kering la nk repair. Dah la baru bayar api air ngan sewa rumah, pecah plak.
Jadi harini segalanya dengan bas dan kaki...

Wednesday, March 31, 2010

Program Sentuhan Si Lebah

Buat tatapan warga SMK Seri Rompin, Pahang. Video ni je yang sempat dibuat...dah mula busy...
Untuk makluman, program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 26-28 Mac 2010. Merupakan kesinambungan program Sense dahulu. Kali ni SENSE UTHM D' SMK SERI ROMPIN 2010.
Tanpa pengarah program kita si Reeza, program ini mungkin tidak diadakan di SMK Seri Rompin. Jadi terima kasih diucapkan kepada sahabat kita ni..Masa selama 3 hari dirasakan tidak cukup. Layanan korg juga mmg terbaik. Sangat rindu korg semua.Terima Kasih. Ada masa lapang, boleh contact kami semua. Jadi, layan video di bawah nih...
Kalau nak gambar full tak berconteng, ambil dari page myspace Bro E atau ambil gambar dah berconteng dari link facebook pada tajuk atas. Kalau korg nak email ke pape, korg gi mintak kt form 6. Bg dorg biskut sekeping dlu. k...LAYAN~~!!


Pastu korang layan plak page nih...ZASS!!

Akhir sekali...layan video bawah ni plak...Friends Forever!