BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 20, 2009

Rumahtangga meow yg goyah...

Aku baru pulang dari program ke UMP selama 3 hari. Asalnya pagi ni aku nak post pasal program tu tapi tak jadi la sebab aku nak share pasal rumahtangga kucing ni...ramai anak2 muda di luar sana yg hadapi masalah begini sejak akhir2 ni...tak tau la mengapa mereka tak dapat memberi sepenuh kesetiaan kepada pasangan masing2... terutama yg sudah berumah tangga...kte ade akal...gunakan...Nuha baru kawin Sabtu aritu...maaf la tak dpt datang...(cite bwh ni bkn pasal Nuha...huhu..) ok la... enjoy the video...

Friday, October 16, 2009

Deepavali 1 Malaysia




Kita yang hidup bermasyarakat majmuk di Malaysia haruslah saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama melihat sejenak asal usul perayaan ini.

Perkataan Deepavali itu sendiri adalah gabungan perkataan "Dipa" yang bererti Cahaya dan perkataan "Gavali"  pula bererti barisan. Jadi, tidak hairanlah semasa perayaan Deepavali, kaum India beragama Hindu menyalakan lampu-lampu sebagai lambang cahaya terang yang mengusir kegelapan dan kejahatan.

Pada malam Deepavali, setiap bahagian rumah mereka akan dinyalakan pelita kecil yang diperbuat daripada tanah liat yang disebut ‘diya/diva/panati’. Ritual menyalakan pelita ini adalah sebuah bentuk penghormatan kepada Dewa mereka untuk mendapatkan keberkatan, kesihatan, kekayaan, pengetahuan, kedamaian, keberanian, dan kemasyuran yang diterima sepanjang tahun. (Ini menunjukkan setiap agama walaupun berlainan ritualnya tetap mempunyai persamaan dalam menganjurkan perbuatan baik dan bergantung kepada Tuhan masing-masing.)

Seperti perayaan yang lain di Malaysia, amalan saling mengunjungi sanak-saudara, sahabat-handai dan rakan-taulan turut dipraktikkan sambil saling memberikan ucapan selamat dan berdoa bagi kebahagaiaan dan kemakmuran bersama. Macam perayaan kita, pelbagai jenis makanan dan manisan dihidangkan sebagai pelengkap perayaan.

Satu lagi ritual adalah pembuatan ‘kolam’, iaitu membuat hiasan berbentuk bunga-bungaan beraneka corak dan warna yang diletakkan di pintu masuk rumah. Hiasan bunga-bungaan ini diperbuat daripada butiran-butiran beras yang beraneka warna. Mengikut kepercayaan mereka, pada malam Deepavali, Dewi Lakshmi, Sang Dewi Kekayaan, akan berkunjung ke setiap rumah yang diterangi cahaya dan memberkati rumah tersebut. Hiasan ‘kolam’ merupakan lambang penyembahan kepada Demi Lakshmi mereka agar Sang Dewi sudi datang berkunjung dan memberi keberkatan, kebahagiaan dan kekayaan bagi setiap penghuni rumah.

Setakat itu sahaja cerita untuk dikongsi bersama sebagai ilmu tambahan kita. Kalau nak mengupas lebih lanjut tentang sejarah dan asal usul pula, datang la beraya ke rumah kawan-kawan kalian. Biarlah kaum mereka sendiri terangkan kepada anda. Sekadar nak tau je...jangan sampai terpesong akidah sudah la..
Bagi kaum India, jangan la lupa untuk membekalkan rakan2 muslim yang datang beraya dengan minuman air kotak dan makanan berbungkus yang halal. Kita perlu hormati rakan2 kita.

Saya ucapkan selamat menyambut Deepavali kepada Jegathes, Jayamalar, Nageswarar, Nagarajan, Deepa, Vinod, Sivalingam, Kasturi, Ganesh, dan kawan2 India lain (tak dapat nak taip semua). Happy always.
 

Friday, October 9, 2009

Ciptaan seperti Kucing Pun Menghargai Musik



Haa...seronok hati aku hari ni sebelum gi solat Jumaat. Sebab ape? Aku tgh lepak2 merehatkan badan. Pastu membe aku, Si Malek a.k.a. Abang Rembo ni telah keluar membeli akhabar Kosmo! Aku tak belek pun. Die je baca. Aku dh baca berita online pagi tadi. Tiba2 Malek menuding ke arah satu tajuk yang menarik perhatian aku. MAHIR BERMAIN PIANO: Persis Diva Hollywood. Tapi gambar kucing.
Wahh...ape lagi, aku buka blog kucing tu la...huhu...

Seronok tengok telatah kucing tu main piano. Mula2 aku berharap macam Maksim main piano...tapi baik lagi la dari aku yang tak berapa reti ni. Janji ade emosi, ritma serta key yang betul sampai bunyinya sesedap telinga mendengar la.

Ok..memperkenalkan diva kita pada hari ini..Nora! Tu nama kucing tu. Mata die hijau bai. Dulu kucing ni lepak2 kat pusat perlindungan haiwan di New Jersey, Amerika Syarikat. Pastu dibeli oleh Betsy Alexander dan Burnell Yow iaitu tuan kucing ni sekarang. Tuan die ade 2 piano tapi kucing suka main kat piano pilihan hati die sendiri...jenama Yamaha Disklavier Grand.

Pastu lagi gila aku baca, akhbar The Times London menyifatkan muzik piano gubahan kucing ni dah ada pada tahap pertengahan iaitu antara muzik komposer  Amerika, Phip Glass dan muzik jazz. Mane taknye.. dari tahun 2007 sampai sekarang bleh kata hari2 kucing tu main piano.

So, anak2 aku sok aku nk bg main piano.  Rare sikit. Malas blaja je, aku tunjuk video kucing ni main piano. Dorng menjawab aku reply,  "Korang ni...kucing pun tau main piano lpas di ajar. Korang takkan nak kurang ajar!" Muahaha...ayat aku buat2 marah kat anak. Eh? Cite pasal anak plak.

Haa...kadang aku suka gak gi join membe2 gi jamming, konsert, dan karaoke. Tapi kadang2 tu ade orang menghalang. Salah ke? Bkn melalak waktu azan Maghrib pn..Apepun, musik ni membantu me'relax'kan minda kita bila dah letih...jangan la sekat seseorang tu nak dengar muzik ape pn...dah emosi dorg tgh layan feeling lagu tu. Al Quran tu pn bila dilagukan pn mcm musik tersendiri...tenang je...tapi ikut tajwid la. Meh aku bagi korang berhibur...tgk la video kucing tu di sini.


Bawah ni ade konserto kucing tu...Layan!

Sunday, October 4, 2009

Negeri Sembilan ade anggur.

Dulu, rumah aku kt Taman Delima, Kuala Pilah ade sebatang pokok anggur...anggur hijau...tinggi melampai ke atas sbb tanam kt ruang letak kereta. Ruang tu sejuk dan agak mendung  skit sbb dpt cahaya matahari pn dari bahagian atas bumbung, kiri dan kanan plak dinding...tu yg anggur tu panjat dinding  sampai ke atas. Tanah tak silap aku hitam kemerahan. Aku mkn angur tu rasenye masam...Mase tu aku kecik lagi...Last aku duduk rumah tu umur aku 7 tahun..Pastu ade sekeluarga Singh pindah ke rumah aku tu. Mase aku blaja kt Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yg terletak atas bukit dari taman rumah aku tu, aku merayau ke rumah lama aku dulu. Dah takde dah pokok tu...sayang btul..pokok...lame2 pn mati...dah hukum mcmtu..

Aku baru terpikir nak tanam anggur (beberapa tahun lepas baru terfikir sbb ade kwn ajak  ternak kambing, so aku nk compare mane baik dan mne tau bleh wat baja taik kambing tuk anggur tu...huhu..). Tapi kalau ramai sgt tanam kt dalam Malaysia ni, susah gak. Permintaan tak mcm kt luar negara...banyak. Sini aku tgk majoriti Cina yg beli sbb diorg jaga kesihatan bermula dari makan dan selebih anggur tu dorg wat arak. Melayu ni dah jadi kismis nak la.. Untuk perkembangan minda anak2 blaja dan buat kek je la..hehe...

Tadi aku terbaca satu artikel dari akhbar BH, Anggur Sendayan Valley. (Aku selalu lalu sendayan tu siap pajak tanah area tu...tapi aku ambil durian je. @enstek yg bli.) Tapi aku tak perasan plak ade kawasan tanaman anggur...ingatkan tanam sayur-sayuran mcm tomato ke...kekacang ke...Rupenye Negeri Sembilan ni ade gak la tanah yg sesuai untuk tanam anggur mcm kt Perlis nun...So, tak lama lagi byk la kursus nk komersialkan lagi tanaman anggur ni mcm kusus ternak keli, cacing dan lintah dlu. Tapi tak semua org berjaya dalam bidang tu. Pinjaman je lebih tuk dibayar. Yang tanam tak jadi pn..ni dapat sakit je lah. Sedangkan buah-buahan seperti anggur dan kurma banyak khasiatnya untuk kesihatan tapi awak sakit pulak. Papepn, jangan tersalah guna sampai nak buat penapaian minuman haram (arak). Tapi ape hukumnya minum jus dari kedua2 buah ini? Haa...

Menurut jumhur ulama’ dan ulama’ Fikh, mereka berpendapat menjadi makruh tanzihi iaitu makruh yg dekat dgn yg halal. Minuman jus campuran ini jadi makruh tanzihi sbb tak diharamkan selagimana tak menjadi arak. Namun, apabila bercampur antara jus anggur dan jus kurma, ia akan mempercepatkan proses menjadi arak (yg memabukkan). Jadi, kemungkinan seseorang yg minum minuman tu menyangka tak mabuk pn minum jus campuran buah tu, tapi sebaliknya peminum yg minum jus tersebut dah jadi mabuk lepas minum minuman tu.

Tak jadi haram apabila meminumnya, sbb ia bukan benda yg memabukkan seperti arak, peminum jus campuran ni tidak tahu bila masa ia akan bertukar jadi mabuk. Kadang-kadang tidak mabuk jika sedikit kuantiti minuman yg diambil. Manakala, haramnya apabila minuman itu jelas-jelas memabukkan.

Oleh itu, peminum jus campuran buah ini perlu berhati-hati jika hendak meminumnya. SEBAB makruh tanzihi ini boleh bertukar menjadi makruh tahrimi iaitu makruh yang dekat dengan yang haram jika ia dilakukan terlalu kerap kerana ia akan memabukkan. Mcm yg kita tahu, sesuatu yg memabukkan itu adalah haram.
Tapi jangan risau, yg pasti halal tu ade...mcm air blackcurrant Ribena, kordial anggur Jalen, air berkarbonat F&N...mase raya ni byk org hidang. Jangan tak minum plak, kang tak pasal2 ade yg mintak sky juice kt tuan rumah...hehe...

Sebenarnya, mcm2 produk orang nk buat dari anggur ni bukan ape, dorg nak dapatkan khasiat tu je. Byk khasiat anggur ni, antaranya dapat turunkan berat badan sbb ia buah berserat; dapat kurangkan kerosakan mata; elakkan penyakit hati, jantung, strok dan kanser.

Ape2 pn, bergantung kepada kita nak pilih sesuatu yg terbaik untuk diri sendiri. Setiap sesuatu yg baik tu ade buruknya dan setiap sesuatu yg buruk itu ada baiknya. Renung2kan...
Ok lah...aku nk kongsi memori silam aku je sebenarnye tadi...Adios!