BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 14, 2012

Handphone Aku Dulu


Assalamualaikum semua!

Hari ini, 14 December 2012 bersamaan dgn 1.2.34H (1 Safar 1434H). Jatuh pada hari Jumaat  (Penghulu segala hari). Menarikkan? Okay, sebenarnya aku bukan nak bercerita mengenai tarikh ni tetapi aku nak kongsi cerita mengenai jenis2 telefon mudah alih yang pernah aku guna selama ni. Menarik juga bila dapat teringat kembali. Alang-alang dah lama tak update blog, aku nak tulis panjang2 sikit...

Zaman sekarang dah banyak berubah. Dulu, handphone adalah sejenis alat elektronik yang sukar dimiliki dan hanya untuk orang yang berkemampuan sahaja. Sekarang, budak sekolah pun dah mampu miliki handphone.. Smartphone plak tu. Budak2 berumur 3 tahun pun dah tahu guna. Punya la handphone ni menjadi keperluan hidup manusia zaman sekarang. Takde H/P, umpama mereka hilang ingatan. (Aku pn sama sbb byk save dlm H/P apa2 note, reminder tarikh dan lain2...)

Dulu takde handphone, semua kanak2 dapat berkenalan dan bergaul rapat. Byk aktiviti luar dpt dilakukan. Tak kira bangsa dan tak kira jantina. Asal jumpa je, mcm2 permainan tradisional boleh kita praktik walaupun tu permainan nenek moyang kita. Tak luput ditelan dek zaman. Sekarang? Lain sangat. Anak2 muda sudah tidak lagi seperti dulu. Buat hal sendiri je. Lepak meja makan, belek telefon. Dalam tandas pun belek telefon lg tu! Punya la tak boleh berenggang dgn handphone.

Ada juga dalam sekolah pun pakai handphone. Aku sebagai bekas cikgu, geram je tgk h/p mereka. Canggih2 belaka. Belajar lagi dah berduit. Ada yang yang buat kerja part time semata-mata nak pakai h/p. Ini lain, cikgu mereka yang pakai h/p sekadar boleh call dan msg je.. Itu yang belajar lg dah ada pakwe makwe sampai susah mak ayah nak kawal lagi.

H/p ni juga bila lama kita pakai akan mengubah gaya kita menaip. Mcm aku taip post ni. Guna singkatan msg dlm h/p sikit la. Itu pun masih boleh faham lg sbb mcm bahasa Melayu baku lg  (ye ke?)… Sekarang, bila buka facebook, terbaca h/p student yg kena rampas, ramai budak2 sekarang menggunakan istilah yang jauh berbeza. Dulu kita menaip seringkas yang boleh untuk jimat msg. Sekarang ni lain, lg panjang plak ayat yg mereka guna. Contoh: “Euww~ Naper pew0t aq bowncit nih? Ex boyfie tnglkan aq, bukawn salah aq ta de aty kt dye... jahat la dye uh…” kan panjang tu… Kalau org zaman aku, “ish! Nape prut ak bncit ni? Ex-bf tgglkn ak, bkn slh ak xde hati kt die..jahat la die 2.” Kalau dalam bahasa baku nye, “Eh, kenapa perut aku buncit ni? Ex-boyfriend tinggalkan aku, bukan salah aku tidak ada hati pada dia... jahat la dia tu.” Haaa… tu dia… Papepn, jgn budak2 ni terbawa2 dlm SPM sudah la.. tu yg bahasa Melayu dpt E tu…

Ok. Setakat ni sahaja kita kongsi pasal benda dah berubah tu. Di bawah ni senarai h/p aku dulu:

Nokia 3310. 
(gambar cari dlm Google... warna H/P aku dulu warna biru gelap...)


Handphone pertama aku dapat semasa lepas sekolah. Dah dpt result SPM tau baru aku ada handphone. Pemberian orang tua aku... dia punya sebenarnya… dia bg sbb aku nak ambil lesen memandu dan sebab aku nak berniaga sendiri. Selalu jauh dari rumah. Masa buat drift kt Bukit Putus, sempat la taip msg sambil dengar lagu Nirvana… H/P yg canggih tak payah lihat masa menaip msg. Budak2 sekarang belum sekolah lg dah ada iPad… tuk main game. Msg2, kne tgk H/P gak..

Nokia 8250. (Gambar dari en gugel...ikutkan H/P aku dulu warna hitam.... H/P ni dikenali juga sbg Butterfly)



Yg ni h/p aku masa masuk matrikulasi. H/P tiga2 sekupang aku dulu aku bg adik aku. Dah dpt untung berniaga kan… Yg ni best sbb ringan dan tahan lasak kot.. Selalu aku buat pusing2 di tangan. Tercampak byk kali. Jatuh nun jauh ke depan, atas simen laa atas tanah laa tapi still berfungsi. Aku lg suka.

Nokia 8310

(gambar dari en gugel juga... warna sama)


H/P yg ni aku dpt dari ayah aku. Butterfly dulu tu aku bg adik aku. Yang ni lg kecik tp gem0k sikit. Aku suka juga guna yang ni. Bunyi nya best sbb aku dpt compose lagu sendiri guna H/P ni. Alaa.. mcm main piano sikit la. Nak harap ada keluar bunyi menyanyi mmg tak la…

Nokia 6020

(Gambar dari en gugel juga... 2-2 warna aku pakai... kan boleh tukar2..)


Ni H/P pertama yang screen ada warna dan ada kamera. Aku suka juga H/P ni sbb tahan lasak. Sejarah yg ni aku tak boleh lupa sbb dah 3 kali H/P ni jatuh jamban. Sekali jatuh dlm tandas awam. Letak kt poket baju. Bila tunduk, jatuh la plak. Aku capai juga la (dgn rsa nak muntah2 pn ada). Aku terus off, ceraikan, basuh dgn sabun dan jemur di atas dashboard kereta selama 3 hari, baru la aku ON semula. Kali kedua jatuh di tandas kampong. Off terus dan jemur 3 hari mcm sblm ni. Nasib boleh ON lg. Kali ketiga tu jatuh dalam sungai masa mandi jeram. Cepat2 tangkap dan off. Rosak sound dia. Kejap dgr kejap tak. Aku bg kt bapak aku sbb H/P dia rosak.. Shh~ mula2 tak bgtau papepn pasal jatuh jamban tu. Lepas dia dah pakai lama baru aku ckp dah pernah jatuh jamban… terus dia tukar H/P baru. Hehehe… at least jimat duit bulan tu. =p

Nokia 3110 Classic.

(Gambar search dari Google. Sama warna dan bentuk...)


H/P ni la yg aku cari tuk ganti H/P jatuh jamban tu. Mase tu baru ada makwe. Pilihan dia la nih. 2-2 nak pakai H/P sama. Beli je laa… Lepas dia dah kahwin, aku bg H/P ni pada adik aku pula. Lepas tu aku terus nekad untuk percaya "cinta lepas nikah"... (mcm frust menonggeng je aku nih... tp bkn sbb tu... ni untuk kebaikan aku jugak. belajar lg kan.. mungkin mak aku doakan aku agar dijauhkan daripada berbuat maksiat kot...)

Nokia N97 mini

(Sumber gambar: Google. Warna dan Bentuk : sama)


Pengalaman pertama jumpa H/P murah dan nak tolong kawan punya pasal. Aku terbeli H/P china. Nampak best tp bila pakai, banyak applikasi yang tak boleh pakai. Msg, call, calendar, dan internet tu boleh pakai tapi theme, setting internet, contact detail dan lain2 tu jd tak menarik sbb tak berfungsi. Sakit hati! Aku simpan je sampai bengkak baterinya. Rasanya ada lg dlm kotak bawah katil…

Nokia 1200

(Sama warna. Sumber: Google)


H/P ni menjadi pilihan hati kerana ada torchlight, murah, boleh call dan SMS. Yang penting, nmpk kukuh buatannya. Kan dah membazir beli H/P china. Yang kira yg terbaik la buat aku. Bkn ada makwe pn nk msg2 dan call. Torchlight tu je penting sbb aku suka keluar malam, check kereta, camping dan rumah sewa selalu blackout. H/P ni aku bg terus pd kawan aku sbb H/P dia rosak. (mcm baik la sgt... aku pn dh lupe aku bg siapa...yg pasti duduk serumah sewa dgn aku.. kira jd tanda persahabatan ktorg laa...)

Nokia 3120 Classic.

(Sama warna dan bentuk. Sumber gambar dari Google)


Jadi pilihan hati sbb hamper sama dgn H/P 3110 Classic dulu tp lebih nipis dan boleh buat 3G call. Alaa… 3G pn dgn parent dan bestfriend je. Selain tu pakai mcm biasa. Mesra pengguna dan ikut kehendak aku. H/P ni bertahan sehingga sekarang. Mula2 satu je H/P, sekarang H/P ni jd 2nd phone sbb aku ada pakai nombor Digi, khas untuk keluarga dan sahabat baik sahaja. Smartphone aku guna Celcom.

Sony Eriksson Xperia X10 mini pro.

(Gambar dari en Google. Rupa sebijik mcm aku punye..)


Smartphone pertama aku. Android 1.3 je mse beli. Aku dah upgrade jd 2.3 (Gingerbread)... Aku suka sbb kecik. Aku tak suka touch screen sbb tu aku ambil ada keyboard QWERTY… Agaknya sbb aku ni kasar sgt, screen H/P ni jd gelap. Masa tu aku tgh nak pergi kursus. Jadi, aku beli la H/P baru yang bukan dlm list pilihan aku. Tapi tak turun standard. Masih Smartphone. Hehe… H/P yang ni aku hantar repair sbb contact number dan dokumen aku save dlm H/P ni… Sayang pula lepas dah repair. Aku bg adik perempuan aku. Dia dah book awal2 dari aku…

Sony Xperia Neo L

(Sumber dari Google juga. Aku punya warna hitam)


Yang ni Smartphone screen besar pertama aku pakai. Aku tak suka touch screen tp memandangkan dia Andoid 4.0, memory besar lg dari SE Xperia X10 mini pro, aku ambil je. Tambahan pula aku nak cepat. Masa pakai H/P ni, aku takut kot2 buatan china tp nasib baik ori. Hehe… Ikutkan hati nak je beli Note II sbb boleh guna tuk melukis...lagipun dah alang2 nak pakai kan? Mse aku tahu pn pasal Note boleh buat melukis ni sbb aku baru kenal seorang gadis sopan nih… Dia bgtau pasal Samsung Note yg dia pakai... Masa kursus aku try la H/P Note membe aku. Best2… tp mungkin lain kali kot. Aku nak menyimpan pergi umrah dulu. (Boleh mohon jodoh didekatkan sekali kan...hehe). Papepn, H/P yang aku ada dari dulu bukan lah pilihan pertama aku. Aku harap, jika aku kahwin nnt, isteri aku hadiahkan H/P yg aku suka plak… (aku masih tak pilih tp mungkin aku akan mention apa pilihan hati… hehehe… at least dpt gembirakan diri aku dgn benda aku suka…)

Okay, itu sahaja cerita pasal handphone. Lain kali aku akan update blog ni lagi... terima kasih sbb sudi membaca ye.. =D

Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah / Awal Muharram (1434H)


Assalamualaikum kepada semua saudara Islam di luar sana..

Saya mengambil kesempatan masa lapang ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Islam, 1434H. Dan Selamat bercuti pada esok hari, Khamis. Di sini, saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari mengenai serba sedikit mengenai peristiwa Hijrah ini dan secara tidak langsung dapat mengingatkan diri saya sendiri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Tahukah saudara dan saudari bahawa "Maal Hijrah" itu bermaksud "bersama berhijrah"? Perasan tak selama ini kita dilaungkan dgn perkataan tersebut setiap tahun? Sedarkah kita betapa saudara Islam kita yang ada di luar sana ingin mengajak kita bersama-sama mereka menghayati peristiwa hijrah ini. Jadi, baru kini saya sedar untuk mengajak anda turut sama berhijrah daripada tidak baik kepada yang lebih baik pada tahun baru ini. Disini lah kita mulakan perubahan kita untuk meningkatkan ketakwaaan kita.

Firman-Nya :

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan diri, mereka adalah lebih tinggi darjatnya pada sisi Allah (SWT). Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan mengembirakan mereka dengan rahmat daripada-Nya keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperoleh kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah itu pahala yang sangat besar."  (Surah At-Taubah: 20)

"Maka segeralah kembali kepada Allah.."(Surah Adz-Dzariat: 50)

"Dan perbuatan dosa tinggalkanlah." (Surah Al-Muddathir: 4)

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hambaNya" (al-Baqarah: 207)


"Dari Amru bin Abasyah y berkata : Seseorang bertanya : Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Beliau menjawab : "Hatimu menyerah dan orang-orang Muslim selamat dari gangguan tangan dan lisanmu. Ia berkata : "Islam macam mana yang paling utama?" Beliau menjawab : "Al-Iman." Ia bertanya : "Apakah iman itu?" Beliau menjawab : "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan kebangkitan setelah mati." Ia bertanya lagi : "Iman macam mana yang paling utama?" Beliau menjawab : "Hijrah." Ia bertanya : "Apakah hijrah itu?" Beliau menjawab : "Engkau tinggalkan kejahatan."   (HR Ahmad)


Tauhid yang dituntut dari seorang hamba adalah kembali dari selain Allah menuju kepada Allah. Hijrah kepada Allah termasuklah menghindari apa-apa yang dibenci Allah, dan mengikuti apa-apa yang dicintai dan diredhai-Nya. Tuntutan hijrah berlaku sepanjang zaman seperti berhijrah dari satu tempat yang tidak ada tempat untuk belajar ilmu ke tempat yang boleh menuntut ilmu, juga dari satu tempat yang banyak melakukan maksiat ke tempat yang tidak ada maksiat. Selain itu, berhijrah daripada perkara buruk kepada suka perkara baik; daripada buat kerja saja-saja kepada buat kerja yg dimulai dgn bismillah dan niat; daripada update status Facebook dgn caci-maki kepada share petikan2 ilmu, nasihat atau pengajaran yang baik-baik.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya, "Tidak ada hijrah selepas pembukaan Kota Mekah kecuali jihad dan niat".


Okay, mari share sedikit mengenai sejarah kalendar Hijrah ni sikit sebelum kita baca lebih lanjut.
Kalendar Hijrah ini merupakan kalendar lunar iaitu takwim yang disusun berasaskan bulan, dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun. Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ini adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2 iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ia merupakan rentetan peristiwa dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain (Safar) selain Muharram. Namun, kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Al kisah kenapa kalendar ini mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar,  serta bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.


Okay, tahukah saudara dan saudari bahawa bulan Muharram ini adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram? Haram? Why?

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (Surah At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. Juga, larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Tahukah saudara dan saudari bahawa bulan Muharram itu adalah bulan pertama dalam kalendar tahun Hijrah? Mungkin ramai dari generasi sekarang hanya tahu Januari adalah bulan pertama dalam kalendar tahun Masihi. Tiada orang yang beritahu mereka sedangkan kita sering di ajak bersama-sama membuat kebaikan. Bukankah azan juga mengajak kita solat dan menuju ke arah kejayaan?
Okay, Hari ini adalah 14 November 2012, lepas maghrib nnt adalah 1 Muharram 1434H.
So, malam ni marilah kita sama-sama memeriahkan masjid-masjid di tempat kita. Solat berjemaah. (bkn hari ni je, lepas-lepas ni teruskan lagi..kiranya saya nak cakap.. JOM! Beribadah.)

Hari ini kita sama-sama membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. Bagi yang nak solat di rumah tu, di bawah ini saya sertakan doa awal dan akhir tahun:

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (Rabu, 14 Nov 2012 : Petang)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (Rabu, 14 Nov  2012: selepas Maghrib)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Setakat ini je yang sempat saya tulis. Nak baca lebih banyak pasal peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari kota Mekah ke kota Madinah; perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Muharram, silalah baca di blog blogger kita ni.. klik sini.

Okay lah. Tak nak buang masa lagi. Nak cepat balik siap-siap nih...
Selamat beramal semua! =)





Monday, August 13, 2012

Arak itu Mabuk, Mabuk itu Haram




Sebelum ini kita telah berkongsi cerita mengenai dadah dan saya juga pernah sentuh sedikit mengenai arak. Kali ini entry saya adalah berkenaan arak. Sesungguhnya di dalam al-Quran telah dinyatakan akan pengharaman arak. Bagi mereka yang mengetahui dan membacanya, sudah tentu akan perasan akan maksud surah al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”

Ada seorang kafir ini yang makan bersama saya tempoh hari telah membangkitkan isu dimana orang Islam sekarang ni boleh minum arak, kerana katanya yang haram itu adalah benda yang memabukkan dan bukannya arak. So, minum arak tu selagi tak mabuk, boleh lah.. Tambahnya lagi, dia sering melihat budak2 Islam ni minum berteguk2 tapi steady lagi. Kebanyakan mereka ini pula adalah golongan yang cerdik pandai. Pemikiran mcm ini mungkin sudah tidak asing lagi bagi anak-anak muda yang sudah mempunyai kerja besar2 di kota2 besar. Kadang2 dimulakan dengan mengikut kawan2. Sesungguhnya, mereka berada dalam kesesatan yang nyata. Buat apa kita nak ikut. kan? kan? Tak pasal-pasal terkeluar potongan ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud; "Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak daripada kebaikan." Manakala dalam surah an-Nahl ayat 44; "Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan."

Bukan mudah untuk terus letak maksud potongan ayat dalam surah tu mcm tu je... Apa yang ada dalam Quran tu, kalau kita tak faham, ada hadith yang menerangkannya agar menjadi lebih jelas lagi untuk kita faham. Sesuatu yang banyak memabukkan meskipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, An Nasai dan Abu Daud yang bermaksud: “Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau pun setitik. (Sumber hadith: Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, Bab 30, hadis No. 3392)

Tahukah kita tiap individu ini berbeza tahap kekuatan kewarasannya? Apa yang saya ingin katakan adalah, ada orang yang meminum arak tu sampai berbotol2 masih steady mungkin sebab dia dah biasakan. Bagaimana masa awal2 penglibatan dia minum? Yakin ke kita kalau dia kata tak mabuk tu masih pada logik akalnya? atau dia tipu kita? Tu antara dia dengan Tuhan la kan. Lagi satu, ada individu bukan Islam sekalipun tak mampu tahan rasa hangat ketika minum walau dengan jumlah yang sedikit, mereka terus mabuk. Mungkin ada orang kata dia steady tapi badan mereka tentu panas dengan muka pun naik merah. Arak ni memang dah jadi minuman di negara seperti jepun, korea, dan negara2 sejuk yang lain kerana sifatnya yang dapat memanaskan badan peminumnya. Pusat kawalan diotak manusia juga akan terganggu. Jadi tidak hairanlah jika peminum ini berjalan terhuyung-hayang, nada bercakap juga berubah-ubah, kejap2 marah la sedih la.. logik akal pn takde lg dah..sampaikan ada yang duduk tengah padang semasa panas terik, menjerit kuat2 kata panas tapi terbaring meneduhkan kepala nya sahaja di bawah bangku duduk atau pangkin sedangkan tak jauh dari dia ada bangku bawah pokok rendang yang lebih selesa dan redup. Tu la. Mulut bercakap mcm biasa tapi tak dapat menilai baik buruk lagi.. kalau yang ketagih arak tu lagi teruk la siap pukul orang dan rogol orang.

Satu lagi hadith yang turut terpakai bagi mengategori status dadah dan pil khayal yang lain tu adalah hadith Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda; "Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Sumber hadith: Kitab Sahih Muslim, hadis No. 3733)

Arak ini akan lebih mendatangkan keburukan dan kemudharatan kepada peminumnya. Akal fikiran dan kesihatan dah tentu rosak, lepas tak waras tu nnt rosak akhlak plak dan akidah pun rosak, dah mabuk dah tentu solat tinggal, tu dah tambah kemurkaan Allah. Dalam tak waras tu nnt timbul permusuhan dan kebencian sesama manusia.. habis porak peranda rumah tangga, keluarga dan masyarakat... Sabda Rasullullah S.A.W. juga, "Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Sumber hadith: Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Seperkara lagi, suka saya nak berkongsi. Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi."(Sumber: Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Ya, gelaran lain bagi arak telah ada di zaman milenium ini. Ada segelintir manusia yang ketagih untuk minum tapi nak menghalalkan caranya, mereka mencipta arak yang dikatakan "bir halal" atau "non-alcoholic beer" dan sebagainya. Kalau posing2 dan minum yang original tu nampak sangat sama mcm si kafir kot..tu yang reka nama lain kot..

Hmm.. Apa yang dikatakan sebagai "bir halal" itu? Haa.. itu adalah minuman yang diragui status halal haramnya iaitu perkara syubhah. Brand toksah sebut la. bleh fikir. Tambahan pula, Nabi S.A.W. duhulu kan dah suruh kita tinggalkan perkara yang menjadi was-was. Jadi tinggalkanlah. Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). Satu lagi hadith adalah; "Siapa yang berani menggunakan yang syubhat, maka dia hampir melakukan yang haram." (Hadith Riwayat Al-Thabrani)

Kisah penghasilan arak ini pernah saya kongsikan dalam komen dan post lama saya. Baca di sini.

Kalau budak-budak tu bleh la ajar mcm kaedah matematik atau fizik menarik gak kalau kita tgk di sini.

Perkara yang dah jelas tu tinggalkanlah... kalau ragu2 jenama tu tinggalkanlah. tak payah duk nak tanya2 orang boleh ke tak jenama itu ini lg. Nafsu tu. Takut tak dapat minum lagi air yang melambangkan kemegahan syaitan tu lagi, mungkin... sbb rsa nnt tak dapat minum minuman tenaga kita suka tu kan? Papepn, tgk lah siapa pengeluarnya dan tengoklah cara pembuatnya. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Sumber hadith: Kitab Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, bab 30, hadis No. 3380)

Oleh itu, jika pengeluarnya mmg syarikat arak dan mesin digunakan juga sama, dalam kilang yang sama, apa nak ditanya lagi? Tinggalkan je.

Dah besar panjang patutnya tahu jaga diri tu baik2.. berlambak air kt luar sna yg boleh diminum.. tu belum cerita pasal hukuman kepada peminum arak. Papepn, bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu pikir la sendiri!"

Alangkah ruginya golongan cerdik pandai bila taksub dengan perkara duniawi semata-mata wal hal kepintaran mereka tu lebih bernilai untuk diri mereka jika hal-hal berkaitan agama dapat difahami dengan lebih mendalam agar seimbang keperluan dunia dan akhirat. Dunia kini penuh dengan tipu daya dan keseronokan. Siap ada yang sanggup memperlekeh agama sendiri. Salah pilih jalan, tak jumpa jalan pulang.. Apa yang aku lihat, telah ramai saudaraku tersasar dalam keseronokan. Dalam aku mengingatkan diriku sendiri dan berharap agar keturunan ku menjaga maruah diri, aku juga berharap agar saudara-saudara ku yang berada diluar sana tu berhati-hatilah dalam perjuangan mu dan yang telah terkandas tu, pulanglah.. pulang ke pangkal jalan. Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka dan sesungguhnya ajal maut itu dirahsiakan harinya agar kita sentiasa berjaga-jaga.