BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru !!

Guru Pembina Negara Bangsa. Inilah tema hari guru tahun lepas dan tahun ini. Sempena Hari Guru ini nak jugak ambil kesempatan update blog sendiri untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua golongan pendidik di dunia ini terutama yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya. Asal ada ilmu diberi, anda telah menjadi guruku termasuk kawan-kawan, penulis blog dan penceramah bebas.

Teragak jugak nak bersajak tapi tak cukup masa mengarang. Mungkin lain kali. Jadi kali ni izinkan saya pinjam kata-kata sasterawan dan seniman agung negara iaitu Usman Awang dalam karyanya:

“Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.”
(Usman Awang-1979)



Betullah tu. Takde cikgu, takde orang pegang jawatan dlm pelbagai bidang dengan berdedikasi. Ceywah~~
Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga (infiniti) buat golongan ini kerana penat-lelah mereka membimbing anak bangsa kita yang secara tidak langsung anak-anak bangsa inilah yang membuka mata dunia akan kewujudan Malaysia ini.

Dah rasa teringin pula nak coretkan perjalanan pertemuan dengan guru yang pernah muncul dalam usaha mengajar saya dari bermulanya kewujudan saya sehingga ke hari ini. Tapi mungkin lompat2 sket cerita. Pikir la da berapa lama plak hidup. Mesti pnjang nk tulis kan...hehe..

Okay..Guru terawal yang membimbing saya tentang kehidupan tak lain tak bukan adalah  ibu dan ayah. Mereka tidak serik melayan karenah anak-anak mereka dan tetap sabar mencurahkan ilmu dan kasih sayang sehingga sekarang. Mereka lah yang tetap ada di sisi untuk menjadi kaunter pertanyaan mengenai pengalaman hidup apabila dewasa ini. Disebabkan mereka juga, saya cuba mengenali guru terhebat kita, Nabi Muhammad s.a.w. dimana bahan rujukan tinggalannya, alQuran dan sunnah diguna pakai sehingga sekarang. Menjadi bahan rujukan dunia.

Seterusnya guru-guru yang mengajar saya di Taski ABIM, Kuala Pilah. Masih ingat lagi saya di suruh menyanyi dalam pertandingan nasyid dan itulah kali pertama saya menyanyi di khalayak ramai. Selain mengajar, cikgu juga yang merawat luka saya yang ditusuk pensel oleh rakan taski dan merawat luka akibat jatuh pokok. Terima kasih cikgu walaupun cikgu tak pukul budak tu tuk saya. Hehe..

Seterusnya guru-guru yang mengajar saya di Sekolah Kebangsaaan Mambau, Jalan Seremban-PD. Semasa sekolah rendah ini lebih ramai guru yang membimbing saya. Mungkin sebab ayah jadi Pengerusi PIBG, saya dpt menjadi pengawas sehingga menjadi ketua pelajar. (Ye ke?) Mase skolah rendah ni, cikgu yang paling tak dapat lupa ialah Cikgu Tahir iaitu Guru Penolong Kanan dan juga ayah angkatku. Banyak masa aku dihabiskan di rumahnya di Taman Guru Senawang terutama peperiksaan semakin hampir. Cikgu Asnor, Cikgu Normah, Cikgu Mazila, Cikgu Mariah, Cikgu Rosli, Cikgu Azmi, Ustazah Arbita dan seangkatannya, terima kasih kerana mengajar saya dan adik beradik saya turun temurun. Manakan tidak, adik setahun sorang. Berderet 5 orang dlm satu sekolah. Hehe..Sorang lagi cikgu Thelaga yang selalu tidak puas hati dengan saya. Asyik nak hukum saya dan kawan. Tapi saya tak kisah. Mungkin ada salah faham sebab orang lain elok je.

Bab ilmu akhirat ni, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada arwah Ustaz Abdul Rahman kerana mengajarku mengaji dari Iqra', Muqaddam dan sampai la khatam Al-Quran. Ustaz Latif pula mengajar kelas Fardu A'in di surau depan rumahku. Dorg ni tegas. Ramai lagi guru yang seangkatan dengan dorg. Ustaz Tuti, Ustaz Badrul Shah, Ustaz Rosli, Ustaz Farid, Ustaz Shahril, dan ramai lagi.

Okay. Lepas skolah rendah mesti la gi skolah menengah kan. Saya masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau. Guru-guru di sana adalah kawan-kawan ibu saya sebab ibu turut mengajar di sana. Ibu sesi pagi dan saya sesi petang. Jadi guru-guru akan laporkan kenakalan saya setiap hari semasa pertukaran sesi. Terima kasih cikgu Norazah kerana memilih saya sebagai ketua sesi petang. Jadi Terpaksa saya berkelakuan baik agar ibu tak risau. Hehe..Pun begitu sempat juga merasa sesi pagi dalam sebulan dua sblm pndah sekolah. Cikgu May, Cikgu Rahmah, Cikgu Azhar, Cikgu Reta, Cikgu Jacob, Cikgu Rashid, Ustazah Norazamawati, Cikgu Khatijah, Cikgu Sobana, Cikgu Norehan, Cikgu Chong, dan cikgu-cikgu yang lain. Maafkan saya tak tulis nama cikgu, saya ingat nama cikgu dlm satu skolah ni tapi banyak sangat nak taip. Mne terlintas je saya tulis. Saya tetap hargai cikgu semua dan ingat wajah-wajah cikgu. Masih ingat lagi, baru form 3, saya dah masuk kelas add math cikgu chong dlm kelas form 4. sempat gak belajar add math dgn cikgu chong. terima kasih sebab tak marah saya melepak dengan kawan-kawan senior mse tu. Kenangan bersama cikgu paling banyak di sekolah ini. Mereka ni sama gak giler2. Pasal usik mengusik tak payah cakap dah. Post ni da meleret jauh dah. hehe...

Kemudian saya masuk Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar. Mse ni saya agak liar sebab dah jauh dari ibu bapa. Di sini nama timangan Biskot tu saya dapat. Cikgu Bahasa Jepun saya, maaf sbb lupa nk sebut nama mcmna tapi saya hargai sangat cara cikgu mengajar. tak lokek bahasa. Cikgu Fatimah, Cikgu Raden, Cikgu Najib, Ustaz Tuti dan pengetua. Banyak kenangan dengan mereka walaupun kejap. Pengetua dah tulis dalam buku log sruh jadi ketua pengawas tapi apakan daya, saya dah dapat tawaran sekolah asrama penuh dan saya dah tak minat nk jadi ketua lagi. Bosan. Cikgu Najib mmg garang tp nasib baik org dah pesan jgn wat hal dgn dia. Pernah nk kne tumbuk ngan Cikgu Raden tp tu tuk jdkan saya lebih rajin. orait..

Sekolah Menengah Sains Seremban jadi pilihan untuk keluar dari STTJ. bukan ape, saya rasa mcm saya liar sgt dan rekod mungkin lebih buruk dgn sikap saya. Lgpn saya slalu mengantuk mse tu. Mknn kt DM kurang memuaskan tekak saya. Jadi saya pindah ke SaSer. Belum pape, Cikgu Ismail dah tarik saya menjadi pen ketua umum. Dalam hati nak xnk pegang jawatan dah sbnrnya. Mse ni ramai bersaing nak jawatan. Mcm pilihan raya. Sya gak yg silap. Terima je. Masih tak tau menolak. Pengetua yang baik, Cikgu Hj Azam, orang sekampung gak sbnrnya. Cikgu Abdullah, Cikgu Hasni, Ustaz Badrulshah, Cikgu Rosli, Cikgu Mustafa, Cikgu Aisyah, Cikgu Norisah dan cikgu-cikgu yang lain. Terima kasih gak kepada guru-guru mase kursus-kursus yang saya join.

Okay, da hujan kilat da ni. Nak cepat sket taip. Pastu saya masuk kolej matrikulasi N9. Tak panggil cikgu dah sbb dorg nk suh kita biasakan diri di U nnt panggil encik atau pangkat. Tu pun masih terpanggil cikgu sbb dorg tetap mcm cikgu menyampaikan ilmu. Pastu msuk UTHM. Pensyarah-pensyarah sini juga adalah cikgu. Terima kasih sangat2. Jasa anda tidak dapat dilupakan. Mohon Ampun andai terlaku salah silap dan menyentuh hati tulus seorang guru. Selamat Hari Guru semua yang telah bertembung dalam jaringan dunia hidupku.

Okay...penat korang baca, apa kata layan video dari youtube yang aku jumpe ni. tu pn tahun lepasnye. Cuma kita rasa tersentuh sket dengan cara remaja menghargai guru dlm cara yg baik camni... Layan~~!!



Ni yang arwah Din ade skali..

3 comments:

Benrauf said...

woi. sedih la ko letak video din beramboi.

Pok Li said...

Good Luck

Sesedap Biskot Abang said...

Bemrauf:
Kadang2...yg pergi tu xnk pn tgk kita sedih sbb dorg...Dorg lg suka kalau kita gembira dgn jasa dorg selama ni...

Pok Li:
Hehe..Terima kasih Pok Li kerana sudi menjengah teratak buruk ni..