BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 28, 2010

Pesanan abang kepada yang tersayang

Aku mula rindu kepada kawan2 yang telah mula meninggalkan aku untuk pulang beraya dan bekerjaya.. Sebagai seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya seperti dirinya sendiri, tak salah untuk aku ingat mengingati terutama untuk diri sendiri.

Mengikut statistik terbaru tahun ini, Johor mendahului negeri lain sebanyak 59 kes dilaporkan. Batu Pahat menduduki tangga pertama dalam senarai Johor. Oleh itu, dinasihatkan kepada kawan2 dan adik2 di luar sana agar berhati-hati ketika memandu terutama yang menunggang motorsikal.
Pastikan dalam musim dekat2 nak raya nih, motor di kunci dan park di tempat selamat. Nak cucuk duit pun, bawak teman. Yang perempuan tu, jgn sebarang letak beg tgn anda. Kedudukan selamat beg tgn adalah bertentangan dengan arus jalan, selain tu, bleh bg laki anda pegangkan. Pihak polis ada anjurkan kempen rumah selamat. Jadi, sebelum balik kampung, isi borang di balai polis berdekatan dulu. Sekurang2nya ada pihak tolong jaga rumah kawan2.

Ada video ngeri nk share tp sbb takot aku jd penyebab korg muntah2 nnt, aku tak jd letak. Jadi, aku ingatkan kepada kawan2, ingatlah orang tua kita dan orang tersayang. jangan biarkan mereka menunggu kepulangan kita berhari raya bertukar menjadi menunggu kepulangan jenazah kita. Jangan biarkan mereka bersedih di raya ini.

Selamat Pulang Berhari Raya kepada yang dah pulang awal tu...yang belum, saling ingat-mengingati.
Wallahua'lam.

1 comments:

AnipMazlan said...

ok...den tak bawak moto balik rayo..