BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru! 1432 Hijrah!


Entry kali ni aku nk post pasal tahun baru Islam.
Macam kita tahu, ada pelbagai cara pengiraan takwim, iaitu dengan menggunakan matahari (syamsiah atau solar) dan bulan (qamariah atau lunar). Aku tak perlu terangkan. Kawan2 boleh search sendri nnt..Tgh berazam baru nih. Nnt aku post kt blog lg satu pasal azam nih. hee..


Selalu kita tak perasan tahun Islam ni kan sbb kita dah selalu tengok kalendar Masihi...
Perasan tak yang tahun Hijrah tiada pn penambahan tarikh atau hari, sedangkan kalendar masihi ni ada sikit penambahan macam tahun lompat la, bulan ada yang 29, 30 dan 31 hari bagi mencapai target masa putaran lengkap Bumi mengelilingi matahari..Orang Barat punya idea untuk jadikan matahari sebagai asas panduan. Kemuadian, tiap2 tahun masihi telah menjadi budaya yang diterapkan oleh Barat dimana kita menyambut tahun Masihi dengan "countdown" beramai2 agar meriah disertai bunga api dan aktiviti hiburan semata2. Tau tak yang orang Kristian menggunakan pengiraan berdasarkan solar kerana hari kebesarannya banyak membabitkan kedudukan matahari dan pergerakan musim seperti Hari Easter dan seumpamanya. Apa relevannya kita sambut 1 Januari? Takde pn peristiwa kebesaran yang nak kita banggakan.


Berbeza dengan tahun Hijrah. bulan awal Muharram ini nmpk lebih tenggelam bagi remaja2 atau belia2 di luar sana. Kurangnya sambutan menyambut tahun baru Islam ini. Sepatutnya, awal Muharrram ni menjadi titik permulaan bagi kita untuk berubah ke arah yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Kita perlu yakin dengan bantuan daripada Pencipta kita. Oleh itu, kita diajar agar membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Kawan2 cuba la skali. Aku pn blum berubah sebaiknya tapi aku sentiasa nak mencuba memperbaiki diri. Aku harap Dia tolong aku sekali.


Ok. Camni, doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas solat asar, ikutkan dah dekat2 nak masuk waktu Maghrib. Sini contoh doa akhir tahun. Doa awal tahun pula dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib. Sini contoh doa awal tahun.. Papepun, ini adalah usaha kita untuk berazam. Doa ini buat panduan kawan2 untuk membaca doa. Ikutkan, kita boleh membaca doa kita sendiri agar lebih berkesan doa itu dengan azam kita. Doa yang aku bagi ni sebagai contoh untuk diikuti. Doa kawan2 luahkan dan minta sendiri adalah lebih sesuai. Moga doa kawan2 diperkenankan dan kawan2 beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat..


Ada hikmahnya kita buat mcm ni. Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah untuk kita bermuhasabah atau memperingati amalan-amalan kita pada tahun lalu, sama ada amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa. Dengan bermuhasabah ni, kita lebih berusaha untuk meminta ampun atas kesalahan-kesalahan kita tu serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.


Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya. Biasanya kita memang akan hilang fokus pada azam kita yang lalu. Tahun baru mcm ni la yang membantu kita menguatkan semula  azam kita untuk berusaha lebih baik dan tak putus semangat mengejar cita-cita kita. Mengejar kebaikan dalam mencapai azam kita tu. Selamat berusaha!


Haa...dah tau apa nk buat pada awal dan akhir tahun, kita ambil tau pula mengenai sejarah kalendar Hijrah ni.


Ok. Kalendar bagi umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. 
Takwim yang ni digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun. 


Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. 


Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. 


Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga menjadi pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie. 


Sebelum kemunculan kalendar Islam ni, di kalangan bangsa Arab sendiripun dah ada pelbagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliyah. 


Jadi Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa penghijrahan Rasullullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah. Peristiwa ini telah menjadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam. 


Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, tetapi peristiwa hijrah tu berlaku pada bulan yang lain selain dari bulan Muharram. Namun. kalender Islam tetap meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram iaitu bulan pertama tahun Hijrah. Ini kerana kemuliaan yang ada pada peristiwa ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah. Peristiwa hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. 


Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. 


Perbandingan antara kalendar juga telah dibuat oleh Umar, setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.


HoOOOAAAHHHhhhHHH~~~!!!
panjang jela plak menaip..aku khusyu' tetiba. ok la. selamat tahun baru Hijrah semua!
sama2 la kita berazam baru ya! Berazam, berusaha, beramal.
Azam tu penting untuk menggerakkan kita mencapai matlamat kita. Set matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Insya Allah akan ada yang membantu..=D

2 comments:

Benrauf 2.4 said...

Baru betul2 baca. Isi yang mantap. Happy Hanukkah and Merry X'mas

Sesedap Biskot Abang said...

hahaha...terima kasih bro..
slmt hari hanukkah n xmas gak... dang! kelenda ko lain...haha!