BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan

Hari ni, 10/12/2011M bersamaan 15/1/1433H. Entry kali ni mengenai gerhana bulan sebab ibu aku bising suruh pergi masjid tunaikan solat gerhana bulan secara berjemaah. Bukan selalu berlaku. Apa salahnya kita laksanakan secara berjemaah. Bersendirian pun boleh. Solat ini sama je macam solat sunat zohor dan solat sunat muaakad yg lain. 2 rakaat. Cuma waktunya bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Berikut adalah susunan solat sunat gerhana. tak kira lah gerhana matahari atau gerhana bulan sekali pun. Kaedahnya tetap sama. Cuma suara semasa solat sunat gerhana matahari dalam nada perlahan dan begitulah sebaliknya, suara nyaring semasa solat sunat gerhana bulan.


ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru : Mari solat berjemaah.
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(maksud ayat je aku bagi. tak reti nak taip jawi..)
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram.  Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana.  Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

Haa... mesti ada yg pelik bila ditulis qiam 2 kali plak, rukuk pun 2 kali gak, sujud pn 2 kali gak, tapi dalam rakaat yang sama. itulah istimewanya solat sunat gerhana ni.

Bagi kita di Malaysia ini, cara inilah yang paling mudah dilaksanakan.  Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.  Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu tapi lebih baik kalau dibaca surah yang panjang seperti al-Baqarah, ali-Imran, an-Nisa', dan al-Maaidah).  Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).  Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.  Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.  Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.

Bawah ni ada sedikit video untuk kita tengok macamna gerhana bulan malam nih. ramalannya la...



Sekian sahaja entry pada kali ini. Selamat beramal. Lepas isya' kita pergi beramai2. Opps.. dari isya' lg patut dah pergi... yang wajib tu jangan lupe.. =)

4 comments:

Sang Pemerhati said...

hahaha..cikgu..tadi saya pergi Baitul Hilal kat PD tu tengok...dapat tengok orion ngan jupiter~ XD

Sesedap Biskot Abang said...

wahh~ bagus la... cikgu pn dpt tgk gak td. tp xde la pakai teleskop. gne spek mate je... hehe..

Benrauf said...

cikgu. saya nampak gerhana bulan dalam mimpi. :D

Sesedap Biskot Abang said...

ape daa... tgk dlm mimpi watpe.. tgk live la. tgk tak payah pakai teleskop pn da bleh nampak dgn jelas malam td. langit cerah plak tu. 2 tahun sekali je ada gerhana bulan. next gerhana tahun 2014...