BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 12, 2009

Kisah Pisang Raja Udang Di bulan Ramadhan

Hari ini aku ingin berkongsi cerita mengenai sejenis buah tempatan. PISANG!
Ape yang menarik mengenai pisang yang aku makan ni adalah rupa luarannya yang lain dari pisang yang lain. Pisang ni aku dapat dari kawan aku, 3 minggu yang lepas. Teringin nak cuba.

Pisang ni Berwarna merah hati bila dah masak. Kalau tak cukup merah, muda lagi.
Aku siap telefon ayah aku, tanya pisang nih boleh makan tak. Kata ayahanda, dulu di kebun getah nenek ada tanam pisang ni tapi mase tu ayah aku sekolah rendah lagi.

Pisang ni ada cerita mitosnya yang tersendiri. Pisang ni tak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa. Ceritanya berlaku pada zaman Kesultanan Melayu dulu. Mase tuh berlaku peperangan antara pemerintah tempatan dan pemerintah pusat. Dalam perang ini, seorang Putera Raja berketurunan Rawa telah cedera parah. Nasib baik baginda berjaya melepaskan diri dari musuh dan lari masuk ke hutan. Walaubagaimanapun, baginda tidak dapat menahan kesakitan yang dialami. Akhirnya baginda berehat di bawah sebatang pokok pisang lalu pengsan.

Sesedar sahaja daripada pengsan, putera raja itu mendapati dirinya sedang dirawat oleh seorang puteri yang sangat cantik. Atas pertolongan puteri tersebut, dapat lah baginda pulang ke istananya. Orang tua2 kata, puteri itu sebenarnya bunian yang tinggal di pokok pisang tersebut. Apabila putera raja tadi pulang semula ke pokok pisang tersebut, baginda mendapati buah pisang pada pokok tersebut berwarna merah semerah darahnya. Oleh itu, baginda begitu terhutang budi dengan bunian tersebut dan telah bersumpah agar seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini.

Memandangkan aku keturunan minang, aku makan la....siap aku buat cekodok pisang. kalau makan macam tu je kurang sedap pisang ni...pastu pisang nipah yang aku ambil skali, aku wat banana split...nyam3...sedap btul mkn tgh2 mlm bulan puasa ni dgn kawan serumah...hehe...
Kat bawah ni aku sertakan gambar buah pisang raja udang nih...mne tau ade kawan2 kita blum pernah jumpe lagi..


10 comments:

Sharing with SuperMak said...

saya tak boleh mkn pisang udang... dipercayai satu sumpahan dan jika saya memakannya,seluruh bdn akn berbintik menjadi penyakit yg boleh membawa maut...

Sesedap Biskot Abang said...

wah...ade golongan elergik pisang bg komen...ada betul gak la kesah nih...awak ni keturunan rawa kot...=)

Anonymous said...

salam,tq fr sharing,pisang ni di percayai boleh mengubat sakit2 mistik,sy ada kwn yg sgt memerlukan pisang ni untuk berubat,ada sapa2 tau kat mana kita boleh beli pisang ni..my frenz kt area subang n kl ,tq

Sesedap Biskot Abang said...

Kalau beli tak tau lah...
Kat johor ni biasanya ada orang tanam suka2...
Kedai buah area JB pn ade jual gak...

5th_E Taib said...

Salam

saya baru membeli dan menghantar 2 sisir pisang raja udang ke alor star utk tujuan pengubatan. Saya beli di simpang Seksyen 19 - SS2 pj dekat bulatan rothmans dan hotel Lisa De Inn.

Sesedap Biskot Abang said...

Hah...ade gak. terima kasih kepada Ikan Pisces sbb berkongsi pengalaman membeli. harap kwn2 yg ingin berubat boleh dptkan di Seksyen 19 PJ. Saya pernah lalu situ tp x pnah singgah. ok. terima kasih kpd kawan2 yg sudi berkongsi pengetahuan. =)

Sesedap Biskot Abang said...

haa...aku da jumpa lg sebuah kdai buah yang ade jual pisang ni. baru je buka kt area Parit Raja, Johor. Sederet dengan kedai kt simpang 4 yg ade traffik light kt parit raja ni. aku baru perasan 3 hari lepas. hehe.. sesape yg nak bleh la dtg bertandang. kedai ni ada mcm2 jenis pisang. buah lain plak yang kurang. hehe...selamat berubat.

Anonymous said...

salam...keturunan sy memang telah dipesan oleh arwah atuk agar tidak memakan pisang ini kerana jika melanggarnya akan terkena penyakit..khabarnya sehingga keturunan ketujuh...tapi tak tau la pula kami keturunan anak raja rawa

sifu_tanpanama said...

sebenarnya pisang ni takde kena mengena pun ngan mitos dan sebagainya.Ada beberapa enzim dalam pisang ni boleh memudaratkan dan mendatangkan elegik pada mereka yg memakannya.Sebab itu pisang ni tidak di komersialkan.Ianya seperti makanan laut yang akan mendatangkan elegik dan kegatalan pada sesetengah individu yg memakan makanan laut itu.Orang melayu dulu2 tidak tahu tentang perkara ini,hingga di jadikan mitos berupa pelbagai cerita yang menakutkan.

Sesedap Biskot Abang said...

terima kasih sifu...dpt maklumat baru.. dr segi saintifik pula.. biasanya perkara begini akan jd mitos sbb keturunan mereka mempunyai gen yg diwarisi dr mereka. biasa la, kromosom pn share maklumat dgn kromosom lagi satu melalui pindah silang (kiasma). kebarangkalian tuk dpt elergik tu tetap ada. sbb tu sering ingatkan cucu cicit mereka untuk berpantang. papepn, baik buruk sesuatu ciptaan tu akan tetap dicari juga.. mencegah lebih baik drpd mengubati.. terima kasih kepada generasi dulu.. =D