BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 26, 2009

Laporan Raya Pertama

Hari raya pertama aku hampir sama turutan seperti hari raya sebelum ni. Cuma kurang rumah yang diziarahi dalam sehari dan ada bufday adik aku. Termasuk penutup hari yg lain dari selalu. Berikut adalah catatan bergambar hari pertama:





  • Bangun sblm Subuh di awal pagi raya. Mandi sunat aidilfitri dulu.  Berpakaian baju melayu lengkap.






























  • Siap semua, ikut sunnah pula, bersarapan di pagi raya puasa sebelum ke masjid.






  • Memandu ke Masjid Qariah Tmn. Rasah Jaya. Masjidnya baru di cat dan kawasan luas. Saje ke Rasah sbb Masjid Kayu Ara dan Masjid Negeri kompem penuh. Bergerak awal ke masjid untuk duduk i'tiqaf dan melaungkan takbir lebih lama... Merasa solat sunat raya di Mambau. Selalu di Kuala Pilah. Sejak nenek arwah, dh 4 thn solat di Mambau.



















  • Selepas pulang dari masjid, kami sekeluarga bermaaf-maafan sesama kami. Dimulakan dengan mak dan ayah, seterusnya adik-beradik.








  • Dah berair air mata, kami menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke 18 adik aku, Mohamad Hisham. Die ni belajar di Universiti Teknologi Petronas, UTP. Kek dan makanan sampingan semuanya buatan adik perempuan aku yang berbaju biru tu, Nor Hafizah yang baru melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam selepas bekerja selama stahun di hotel. Mase diploma dulu die ambil jurusan kulinari di UiTM Dungun. Adik yg ke4 aku, Muhammad Hanif, sama saiz dan berat dengan adik aku Idam. Tak hairan la ramai cakap dorg mcm kembar. Aku je kecik..

















  • Selesai sambutan bufday adik, ade la budak2 kecik datang rumah. Pastu kami merempuh jem di Bukit Putus untuk pulang ke kampung di Sri Menanti. Tah berapa jam dlm jem aku pn tak sedar sbb aku dgn adik leka menyanyi lagu raya. Yang pasti sejam tu mmg habis kt situ je. Ade gak 2-3 kemalangan mase tu. Oleh itu, hati2 di jalan raya semasa beraya...Nnt sshkn org lain plak. Nasib je 1 Malaysia, Melayu raya, India dan Cina jaga hospital. Dorg raya, kita plak jaga. Syukur duduk Malaysia nih.






  • Akhirnya, tiba di rumah arwah nenek blah mak, Tanjung Galau. Dlm gambar tu, blkg tu la rumah arwah. Tmpt berkumpul ramai2 dlu. Meriah. Skrg, dh tinggl. Hanya bersihkan skali sekala je. Keluarga blah mak tggl 2org je. Mak dan adik mak aku, Pak Cik Din. Mak ada 7 org adik beradik. Yg lain dah arwah bersama nenek dan datuk. Keluarga abg2 mak yg dh arwah masih lg melawat kami sekeluarga dan sekali sekala lawat kampung.

















  • Rumah kami lawat yg pertama adalah rumah adik nenek blah mak, Wan Chik yg terletak bertentangan dgn rumah arwah nenek. Rumah dorg dlm satu halaman je.








  • Pastu aku ikut Wan Chik aku ke bengkel kuih Bahulu die yg terletak tak jauh dr situ. Dorg usahakan Produk Bahulu dan Jus Rosell. Aku pernah ikut die bekerja dulu. Ramai nenek2 kg bekerja bersama di situ. Tua2 pun semangat lg.








  • Seterusnya ke Jumbang. Rumah nenek blah ayah aku yg masih ade lg. Ni rumah dulu2 nenek mase ayah aku pn kecil lg. Skang dh jd reban ayam dan stor.







  • Mase dtg Jumbang. Ramai sedara mara yg dh berkumpul dr pg dan ade yg dh pulang. Adik2 ayah sekeluarga ramai dah sampai dulu. kami sampai pn dh Asar. Penuh rumah ni dr atas ke bawah dn keluar rumah. Lepak sampai mkn mlm. Ayah ada 5 org adik-beradik dan 5-5 masih ada lg termasuk nenek. Mase aku lahir dlu pn datuk aku dh arwah.



  •  Sepupu dan nenek aku.



  • Aku pn dpt angpau sama mcm sepupu aku yg kecik tu.






  • Dpn rumah nenek blh ayah. Nasib dah ade yg blk.










  • Dah mlm, tba la mse main bunga api dan mercun. Pembukaan, sepupu aku, Shah Effendy pasang sepapan panjang mercun papan. Kami gantung pada sebatang buluh.








  • Letupan bertalu-talu memecah kesunyian malam. baru la rasa mcm raya!




  • Yang kecil2, main la bunga api.



















  • Yang besar sket main mercun. Mercun mancis, mercun roket (Thunder clap dan ade jenis lame tu...aku dh lupe dh namenye..) , mercun bola, mercun ketupat, mercun lebah (semua lari naik tangga...) , mercun bunga api (hias langit mcm bunga...cantik.) , dan mercun padi (aku letupkan kt hujung jari je)...mcm2 teknik bakar dan baling ade...baru la seronok.










  • Apsal la gambar anak Pak Andak aku je yg ade nih? Handphone aku tak cukup bateri nak ambil gambar dh. Merayau je sampai lupe nk charge..









  • Aku tak minat lg main mercun dh. Mungkin dh sedar dh tua. hehe...Bg budak2 kecik rase. Aku pantau  je sambil ambil gambar.







  • Dulu mase muda2 dlu, aku dgn sepupu aku, Shah, mmg tak lupe nk main meriam buluh, mercun roket, mercun bom yg besar gila tu...lawan dgn kampung seberang. Perang 4 penjuru. Kt tengah2 medan perang tu, ladang sawah nenek. Pehh...meriah bai. Cantik langit. Bunyi pun sambung2. Tambah, ble buat gila mse bubuh kebait byk sket. Pecah buluh tu. Nasib baik ktorg berlilit dawai. haha...

  • Tgh mlm blk Seremban. Tak jadi nk beraya ke hulu pilah sbb mak dan ayah dh kebas2 tgn dan kepala. Dah tua2 nih ade je penyakit. Mak plak ubat darah tinggi dh habis. Tp mkn mcm2 mse raya.





  • Kesudahnye, mak aku masuk wad sbb darah tinggi. Masuk air. Blood pressure 220/105...hai...penutup hari raya pertama mcm ni plak jdnye...Ingat la bg yg ambil ubat berterusan tu, top up ubat awal2 sblm raya. Bahaya lmbt topup. Pukul 1 pg masuk wad. Adoyai....Maknanya, hari ke2 dan ke 3 takde la gi tahlil kubur kt kampung...hmmm...







ok la...nnt aku cite psl raya seterusnya dan mak aku nih. Aku nak hantar adik aku blk Shah Alam hari ni. Blok lmbt post. k...daa....

0 comments: